Sunday, July 27, 2008

MEMBELi CiNTA

salam

Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat lembap, hingga orang-orang menyebutnya
si bodoh.

Suatu hari
sang tuan menyuruh si bodoh pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana. "Hutang mereka sudah cukup tempoh," kata sang tuan. "Baik, Tuan," sahut si bodoh. "Tetapi nanti wangnya mahu dibeli apa?" "Belikan sesuatu yang belum aku punyai," jawab sang tuan.

Maka pergilah
si bodoh ke perkampungan yang dimaksudkan. Cukup penat juga si bodoh menjalankan tugasnya; mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para penduduk kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin, dan ketika itu pula tengah terjadinya kemarau panjang.

Akhirnya
si bodoh berjaya juga menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang ia teringat pesan tuannya, "Belikan sesuatu yang belum aku miliki." "Apa, ya?" tanya si bodoh dalam hati. "Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia punyai?" Setelah berfikir agak lama, si bodoh pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke perkampungan miskin tadi. Lalu dia bagikan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk. "Tuanku, memberikan wang ini kepada kalian," katanya.

Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati
sang tuan. Ketika si bodoh pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, sang tuan geleng-geleng kepala. "Benar-benar bodoh,"keluhnya.

Waktu berlalu. Terjadilah hal yang tidak disangka-sangka; perubahan pemimpin kerana pemberontakan membuat usaha
sang tuan tidak semulus dulu. Datang pula bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata sang tuan jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. Hanya si bodoh yang ikut serta. Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para penduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat; mereka menyediakan tumpangan dan makanan buat sang tuan.

"Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai mahu berbaik hati
menolongku?" tanya
sang tuan. "Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini," jawab si bodoh. "Tuan berpesan agar wang yang terkumpul saya belikan sesuatu yang belum tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan punyai adalah cinta di hati mereka. Maka saya membahagikan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka."

Semoga orang-orang yang punya kekayaan dan pengaruh dapat belajar dari kisah ini ; bahawa kekayaan dan pengaruh amat berguna jika dipergunakan untuk menebar cinta kasih.


Nama baik lebih berharga dari pada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik dari pada perak dan emas.

renung2kan dan selamat beramal...

2 comments:

snm | snm said...

membeli cinta manusia bukan semudah membeli ikan di pasar.. perlukan kesabaran, kebijaksaan dlm mengolah cinta..biar ianya meninggalkan kesan di hati..cinta & kasih di dalam hati & jiwa hingga ke hujung nyawa :D

Firdaus Masnan said...

thats rite falin..keep it up.ayat2 hujung tu mcm cinta lain jek..hehe..