Wednesday, August 13, 2008

S.O.L.A.T

salam


SOLAT


Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai
cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."
(Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang
solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca
sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu
meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :

"Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka
sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan
Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata :

"Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari
melakukan perbuatan mungkar dan
keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak
mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu
itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti
satu bungkusan kain tebal yang buruk


wallahua'lam

renung2kan dan selamat beramal...

EPiLOG DiALOG RAMADHAN

salam


DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH


Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang.
Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti
bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan.
Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik. Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat
Allah s.w.t. memohon sesuatu "recommedation" bagi manusia yang berpuasa di bulan
Ramadhan. Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?. Ramadhan meminta Allah
memakaikan mahkota kepada setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas
perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada setiap pengamal puasa
di bulan Ramadhan. Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan
syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar. Kemudian
dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan. Setiap bidadari
itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang. Untuk kelengkapan menerawang di syurga
mereka diberikan kenaikan BORAQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya "Apa lagi
kehendakmu ya Ramadhan?" Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal
puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga FIRDAUS.
Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi 100
bandar daripada permata merah ya'qut. Setiap bandar pula dilengkapkan
dengan 1000 mahligai. Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap
orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.


--------------------------------------------------------------------------------


MORAL, IKTIBAR dan ISTIFADAH

1. Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada pengamalnya sama ada
di dalam kubur atau di akhirat kelak. Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak
terbatas.
2. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.
3. Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan
yang terpuji.
4. Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa
dalam Lailatul-Qadr.
5. Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga FIRDAUS.
6. Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan
mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
7. Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang
Ramadhan ini.



wallahua'lam

renung2kan dan selamat beramal...

BEZA HADiTH QUDSi & HADiTH NABAWi

salam.

Perbezaan antara Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi.


Para penyelidik hadith-hadith Rasulullah S.A.W mendapati ada 2 jenis hadith daripada Rasulullah S.A.W iaitu:

1. Al-hadith al-qudsi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan disandarkan kepada Allah S.W.T. Hadith ini juga dinamakan al-hadith Ilahi atau Al-hadith ar-rabbani.

2. Al-hadith an-nabawi iaitu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada perkataan, perbuatan atau sifat atau taqrirnya.

Kedua-kedua hadith ini bersumberkan wahyu berdasarkan hujjah-hujjah dari Al-quran dan al-hadith. Antara nas-nas Al-quran berkenaan ialah firman Allah S.W.T: Dia (Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan perkara agama menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala apa yang diperkatakan(samada al-quran atau al-hadith) tidak lain hanya wahyu yang diwahyukan. (An-najm 53:3-4)

Antara hujjah-hujjah daripada hadith ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya diberikan kepadaku kitab(al-quran) dan yang sama dengannya ialah ada padaku (al-hadith), awasilah orang yang berehat atas tilam (orang yang tidak mahu menuntut dengan sedalam-dalamnya) akan berkata:"berpegang teguhlah kamu dengan AL-quran, apa-apa yang kamu dapat di dalamnya halal, maka halalkanlah dan apa-apa yang kamu dapati di dalamnya haram, maka haramkanlah... (riwayat abu dawud)

Nas-nas al-quran dan al-hadith di atas, jelas menunjukkan bahawa hadith juga datangnya daripada sumber wahyu, dan bukan percakapan biasa menurut Rasulullah S.A.W kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ijtihad Baginda S.A.W.

Al-hadtih di atas adalah merupakan amaran kepada mereka yang mengenepikan Hadith dan sunnah S.A.W dan hanya berpegang kepada Al-quran al-karim semata-mata. Seseorang itu membelakangkan perintah Allah dan rasulNya yang terdapat di dalam hadith, apabila ia berpegang kepada Al-quran semata-mata. Tambahan pula syarat beriman kepada Rasulullah S.A.W hendaklah beriman kepada ajarannya.

Imam As-syafie r.a di dalam penulisannya Ar-risalah telah mentafsirkan perkataan al-hikmah yang terdapat di dalam beberapa ayat al-quran dengan erti as-sunnah. Contohnya Firman Allah S.W.T: Wahai Tuhan kami.Utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membaca kepada mereka ayat Firman-Mu dan mengajar mereka isi-isi kandungan al-quran dan al-hikmah (as-sunnah).(al-baqarah 2:129)

Ibn Hajar al-haytami berpendapat bahawa ucapan yang disandarkan kepada Allah 'Azzawajalla boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Al-quran dari segi bahasa bermakna himpunan kerana tiap-tiap yang dihimpun dibaca. Dari sudut Istilahnya, al-quran ialah kalam Allah yang mengandungi mukjizat yang ditaqrirkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ditulis pada mushaf dan disampaikan secara mutawwatir yang mana membacanya adalah satu ibadat.

2. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W

3. Al-hadith al-qudsi. Perkataan al-qudsi dari sudut bahasa bermakna suci (at-tahir) atau keberkatan (al-bakarah). Sementara dari sudut istilah, hadith qudsi ialah kalam ALlah yang disampaikan kepada Muhammad S.A.W melalui mimpi,ilham atau malaikat Jibril A.S dan kemudian Rasulullah S.A.W menyampaikan hadith tersebut kepada umatnya dengan lafaznya sendiri.

Imam Syafie dalam menguatkan hujjahnya mengatakan bahawa as-sunnah (alhadith) adalah merupakan pemberian Allah kepada RasulNya S.A.W sebab itulah yang dimaksudkan dengan al-hikmah yg disebut selepas al-kitab seperti terdapat dalam beberapa ayat al-quran ialah as-sunnah (al-hadith)


wallahua'lam

HELL : NERAKA ?

salam.


KEHEBATAN APINYA


Abu Hurairah meriwayatkan:

"Ketika Rasulullah berkata:Api dunia kamu adalah satu
dari 70 bahagian api neraka;"lalu seseorang
bertanya;"Ya Rasulullah,adakah ia tidak akan mencukupi
untuk membakar orang kafir?Maka Rasulullah menjawab,
"Api neraka mempunyai 69 bahagian lebih dari api biasa
di dunia,dan kesemuanya adalah sangat panas
sebagaimana ia (api dunia). Riwayat Bukhari.

KESAN NERAKA PADA DUNIA KINI

Kesan-kesan kehebatan neraka dapat dirasai di dunia
ini lagi berdasarkan hadis Rasulullah: Diriwayat oleh
Abu Hurairah:

Rasulullah bersabda: "Api neraka mengadu kepada Allah
dengan berkata;"Hai Tuhanku, bahagian-bahagian padaku
memakan di antara satu sama lain."Lalu Allah
membenarkannya mengambil dua pernafasan iaitu pada
musim sejuk dan pada musim panas. Inilah sebabnya
mengapa kamu terasa terlalu panas dan terlalu sejuk,"
Riwayat Bukhori

MAKANAN PENDUDUK NERAKA

Penduduk neraka tetap diberi makanan walaupun makanan
ini tidak menyuburkan badan mereka. Firman Allah:

"Mereka tidak memperolehi makanan selain dari pohon
yang berduri, yang tidak menggemukkan dan tidak pula
menghilangkan lapar." Al Ghasiyah 6-7

MINUMAN AHLI NERAKA

1. Hamim(air yang mendidih)

Firman Allah:

"Inilah neraka Jahannam yang didustakan oleh
orang-orang yang berdosa.Mereka berkeliling di
antaranya dan di antara air yang mendidihh yang
memuncak panasnya."

2. Ghassaq(nanah dan darah)

Firman Allah:

"Maka tiada seorang teman pun baginya pada hari ini di
sini. Dan tiada makanan sedikit pun kecuali dari darah
dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali
orang-orang yang berdosa." Al Haqqah : 35-37

3. Sadid (air danur(nanah)yang keluar dari tubuh ahli
neraka)

Firman Allah: "Dihadapan mereka ada neraka Jahannam,
dan ia diberi minum dari air danur (nanah yang keluar
dari tubuh ahli neraka." Ibrahim 16

4. Air seperti Tembaga cair

Firman Allah:

"Dan jika mereka meminta minum,nescaya mereka akan
diberi minum dengan air seperti tembaga yang mendidih
yang menghanguskan muka mereka. Itulah minuman yang
paling buruk dan tempat rehat yang paling hina." Al
Kahfi 29.

PAKAIAN AHLI NERAKA

1. Pakaian dari api

Firman Allah:

"Inilah dua golongan(mukmin dan kafir) yang
bertengkar,mereka saling bertengkar mengenai tuhan
mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka
pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang
mendidih ke atas kepala mereka." Al Hajj 19

2. Pakaian dari minyak tar

Firman Allah:

"Pakaian mereka adalah dari minyak tar dan muka mereka
diliputi oleh jilatan api neraka." Ibrahim 50.

BAHAN BAKAR API NERAKA

Bahan bakar neraka adalah terdiri dari manusia dan jin
yang kafir dan engkar kepada Allah,batu-batu termasuk
patung berhala.Firman Allah;

"Hai orang yang beriman. Peliharalah dirimu dan
keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah
manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, yang
keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang
diperintahkanNya dan mengerjakan apa yang
diperintahkanNya." At Tahrim 6

PENDUDUK NERAKA

Imran b Husin meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda:

"Aku melihat ke dalam syurga dan mendapati majoriti
penduduknya adalah orang miskin,dan aku melihat ke
dalam neraka,aku mendapati majoriti penduduknya adalah
wanita," Riwayat Bukhori.

NAMA-NAMA NERAKA

Neraka mempunyai beberapa nama sebagaimana telah
disebutkan di dalam Al Quran, iaitu:

1. Jahannam -

Firman Allah yang bermaksud "Sesungguhnya neraka
Jahannam itu (padanya) ada tempat pengintai." An-
Naba:21

2. Latho

Firman Allah yang bermaksud "Sekali-kali tidak dapat
sesungguhnya neraka (Latho) itu adalah api yang
berganjak, yang mengelupaskan kulit kepala" - Al- Ma
arij; 15-16.

3. Al-Hutamah

"Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan
dilemparkan ke dalam Hutamah. Dan tahukah kamu apa
Hutamah itu? Iaitu api yang disediakan Allah yang
dinyalakan, yang naik sampai ke hati." Al Humazah 4-7

4. Sa ir

Yang disebutkan dalam surah Asy-Syura:7 bermaksud:
Sesungguhnya masuk ke syurga dan segolongan masuk ke
neraka sa ir. 5. Saqar

Firman Allah yang bermaksud " Aku akan memasukkannya
ke dalam neraka Saqar. Tahukah kamu apakah neraka
Saqar itu? Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak
membiarkan (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit
manusia."

6. Al- Jahim

" Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada
orang-orang yang sesat." Asy-Syura :91

7. Al- Hawiyah

" Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan
(kebaikan)nya, maka tempat kembalinya adalah neraka
Hawiyah. .. iaitu api yang sangat panas. Al- Qari
ah;8-11.


wallahua'alam.


renung2kan dan selamat beramal...