Wednesday, August 13, 2008

BEZA HADiTH QUDSi & HADiTH NABAWi

salam.

Perbezaan antara Hadith Qudsi dan Hadith Nabawi.


Para penyelidik hadith-hadith Rasulullah S.A.W mendapati ada 2 jenis hadith daripada Rasulullah S.A.W iaitu:

1. Al-hadith al-qudsi iaitu hadith yang diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W dan disandarkan kepada Allah S.W.T. Hadith ini juga dinamakan al-hadith Ilahi atau Al-hadith ar-rabbani.

2. Al-hadith an-nabawi iaitu hadith yang disandarkan kepada Rasulullah S.A.W samada perkataan, perbuatan atau sifat atau taqrirnya.

Kedua-kedua hadith ini bersumberkan wahyu berdasarkan hujjah-hujjah dari Al-quran dan al-hadith. Antara nas-nas Al-quran berkenaan ialah firman Allah S.W.T: Dia (Muhammad) tidak memperkatakan sesuatu yang berhubung dengan perkara agama menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri, segala apa yang diperkatakan(samada al-quran atau al-hadith) tidak lain hanya wahyu yang diwahyukan. (An-najm 53:3-4)

Antara hujjah-hujjah daripada hadith ialah sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Sesungguhnya diberikan kepadaku kitab(al-quran) dan yang sama dengannya ialah ada padaku (al-hadith), awasilah orang yang berehat atas tilam (orang yang tidak mahu menuntut dengan sedalam-dalamnya) akan berkata:"berpegang teguhlah kamu dengan AL-quran, apa-apa yang kamu dapat di dalamnya halal, maka halalkanlah dan apa-apa yang kamu dapati di dalamnya haram, maka haramkanlah... (riwayat abu dawud)

Nas-nas al-quran dan al-hadith di atas, jelas menunjukkan bahawa hadith juga datangnya daripada sumber wahyu, dan bukan percakapan biasa menurut Rasulullah S.A.W kecuali dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan ijtihad Baginda S.A.W.

Al-hadtih di atas adalah merupakan amaran kepada mereka yang mengenepikan Hadith dan sunnah S.A.W dan hanya berpegang kepada Al-quran al-karim semata-mata. Seseorang itu membelakangkan perintah Allah dan rasulNya yang terdapat di dalam hadith, apabila ia berpegang kepada Al-quran semata-mata. Tambahan pula syarat beriman kepada Rasulullah S.A.W hendaklah beriman kepada ajarannya.

Imam As-syafie r.a di dalam penulisannya Ar-risalah telah mentafsirkan perkataan al-hikmah yang terdapat di dalam beberapa ayat al-quran dengan erti as-sunnah. Contohnya Firman Allah S.W.T: Wahai Tuhan kami.Utuskanlah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang akan membaca kepada mereka ayat Firman-Mu dan mengajar mereka isi-isi kandungan al-quran dan al-hikmah (as-sunnah).(al-baqarah 2:129)

Ibn Hajar al-haytami berpendapat bahawa ucapan yang disandarkan kepada Allah 'Azzawajalla boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

1. Al-quran dari segi bahasa bermakna himpunan kerana tiap-tiap yang dihimpun dibaca. Dari sudut Istilahnya, al-quran ialah kalam Allah yang mengandungi mukjizat yang ditaqrirkan kepada Nabi Muhammad S.A.W ditulis pada mushaf dan disampaikan secara mutawwatir yang mana membacanya adalah satu ibadat.

2. Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad S.A.W

3. Al-hadith al-qudsi. Perkataan al-qudsi dari sudut bahasa bermakna suci (at-tahir) atau keberkatan (al-bakarah). Sementara dari sudut istilah, hadith qudsi ialah kalam ALlah yang disampaikan kepada Muhammad S.A.W melalui mimpi,ilham atau malaikat Jibril A.S dan kemudian Rasulullah S.A.W menyampaikan hadith tersebut kepada umatnya dengan lafaznya sendiri.

Imam Syafie dalam menguatkan hujjahnya mengatakan bahawa as-sunnah (alhadith) adalah merupakan pemberian Allah kepada RasulNya S.A.W sebab itulah yang dimaksudkan dengan al-hikmah yg disebut selepas al-kitab seperti terdapat dalam beberapa ayat al-quran ialah as-sunnah (al-hadith)


wallahua'lam

No comments: