Saturday, August 16, 2008

FORM3 : 1999

Sekolah Menengah Ibn Khaldun

"ape name kelas?
xcerita pon?"
"masa sekolah rendah ade cempaka la,
anggerik la, mursyid, hidayah..."
takde takde...
memang takde.
kelas cuma de satu je.
aku skolah swasta.
so, student mmg tak ramai.
dlm satu kelas cuma ade 30lebih org kalau xsilap.
sejak aku masuk form1 aku la student batch pertama.
so aku supersenior setiap tahun.
aku xkena buli,
tapi yg bawah aku buli.
takde la..tak main la buli-buli.aku baik la.
selalu minta budak2 junior buatkan air je.
takde pon pernah nak sepak terajang.
kesian la kat junior2.diorg pon manusia jugak kan.
alhamdulillah la sekolah dulu, memang tak pernah zaman aku senior buli buli budak bawah.
masing-masing rasa tanggungjawab.
masing-masing baik.ahakss...
betul tak abu bakr,jamal,dol,malek,izat,mat,hairulnizam,kahar dan kwn2 lain?
agak seronok la bila rasa dalam asrama tu happy.
warden yg tak aku lupakan,
ustazzzzzzzzzzzzzzzzz....ASRI import from Acheh tau,
subhanallah, hampir terlupa namanya.
mula2 asrama agak jauh ngan sekolah,
kene pegi sekolah naik beskal.
mase form3 kiteorg punye asrama dekat skit.
ingat x tym kecik2 aku de cerita pasal beskal jipang.
jipang tu aku pakai lagi smpai form3...
tahan tul beskal jipang tuh.
cuma kali ni beskal jipang tuh bertemakan FILA.
colour putih susu.
cantek gile aku makeup, kepala bana GT,btg sit bengkok aloy,
clip sane sini,rim aloy,tayar sotong,spocket16,rantai chrome.mmg tip top la.
kecik2 tak mampu, dah besar rajin kumpul duit baru dpt menatang2 tuh..
pompuan mane tau benda2 nih.hehe, jgn marah.

okla, bukan beskal yg aku nak cerita, bukan lagi pasal cinta.
tapi form3 mengingatkan aku tentang hebatnya fesyen.
fesyen berpakaian di sekolah.
biasa dengar kan.
kalau pompuan tu aku xtau la fesyen camne.
cuma aku nak cerita tentang fesyen budak2 laki yang ala2 elvis presley.
time 1997-2000 memang sangat hebat dan mendapat jolokan dengan pakaian ala2 elvis presley.
sibuk ngan seluar tempah bawah 25"24"23"inches...
kalau 20" kebawah xmain laa..orang kata, xstyloo.xbleh sapu jalan.
sape yang dapat buat bawah paling besar memang rasa hebat la.
nak cerita taksubnya fesyen seluar bawah besar nih, ade member penah outer sendiri
menambah kain kat bhgian bawah.siap de butang untuk kecikkan, dan besarkan.
maknanya selamat la kalau dlm perhimpunan.
benda yang salah dan melanggar peraturan sekolah biasanya menjadi tarikan
utk pelajar mencuba.
aku pon terikut2 gak ngan benda2 nih, tapi seluar aku bawah 22" je.poket blkg aku design style marlboro melengkong, pocket tepi kecik utk selit pen sbtg,
tag bleh keluar masuk, poket kecik kat dalam.
almaklum la tym tu kaki aku size 5 1/2".kalau aku buat 25" mmg alamatnya,
kaki aku dlm seluar.hahhaa..
selalu je kene hukuman,
tapi xserik2, nak jugak buat seluar camtu.
kasut pulak penguin.
kasut penguin mane safety.
tapak nipis, kain nipis, harga murah.kualiti xbleh diramal.
tapi tula, xmakan saman.
nak jugak yang camtu.
lantak ko la daus.
lencana skola pon malas nak pakai.
slalu simpan dlm kocek jek.
bila jmpe cikgu atau nak ke bilik guru, baru pakai.

nak cerita pasal penampilan peribadi,
rambut!!
simpan ekor belakang,
yg konon2 nye ala2 GQ,
sekben kasi panjang.tepi kasi sodok.
bak kate pengetua rambut ala2 scrambler.
entah ape yg scrambler aku pon xtau.
mcm xde kene mngena la plak.
ape2 je la.
bila rambut dah panjang,
rajin la pakai minyak rambut yg famous.
kalau mase tuh, minyak yang sering jadi kegilaan,
minyak TANCHO, colour hijau.
minyak ZiNDAGHi, colour itam mcm minyak gris.
2 dua tu bau memang paing.
tapi yang paing tu laaa yg jadi kegilaan budak2 yg rindukan
elvis presley..hahahaa..xtahan aku gelak sorg2.
ZindaGHi tu orang kate memang bleh buat minyak bearing motor.
maknenye 2 in 1 la..rambut bleh, moto pon bleh.
aduyaiii...xlawak dowh.
macam2.
ade kisah tentang rambut panjang.
tapi bukan kisah aku.
tapi kisah mmber baik jiran aku(afi).
minta kebenaran story skit pasal ko ye fi.
tapi.......
xpayahla.maaf la.tak sampai hati nak cerita.
kalau nak tau tanya aku kat YM k..privacy skit.
camtu la keadaan fesyen ketika umor pada waktu itu.
mungkin jadi sejarah.
sebab budak2 zaman sekarang lebih kepada yankies.
seluar bwh cikang, rambut pendek.
setiap zaman ade byk perubahan.
ada banyak kerenah manusia.
ada banyak mentaliti yang berbeza.

owhh..lupe nak cerita tentang waktu sekolah.
8-4.
masuk 8pagi, balik 4petang.
lama kan.
dah macam waktu kerja.
dari form 1 sampai la form 5.
rase lama kat sekolah.
rasa bosan duduk atas bangku.
rase mengantuk dan sentiasa rasa tak puas hati dengan pelajaran yang
amat memualkan.
itulah naluri seorg yang bergelar pelajar menengah.
hadap tetap hadap,
bosan tetap bosan.
tanggungjawab perlu diteruskan.

dah tua-tua asyik lupa jek.
saat indah sewaktu ini aku sekali lagi di nobatkan sebagai pelajar
yang mempunyai suara se merdu elvis presley.
aku jadi ketua nasyid sekolah.
pandai tak aku jage suara aku.
orang tua-tua kata darah budak ni memang berdarah seniman.
mungkin aku cucu cicit P.Ramlee kot.
hahaha..tak de laa..gurau je.
ade je function atau apa-apa pertandingan semestinya aku lah vokalisnya.
wahhh..
ramai antara mereka-mereka yang inginkan sign aku..
tapi maaf la.
aku jual mahal.
hhahahhaaa...jangan marah.artis tak bleh nak vogeh-vogeh lebih.
nanti kene gossip tau.
ahaksss..bluwekkk..meluat aku.
cerita sampai di sini.

apa yang kita tempuh pada hari2 itu sememangnya kita buta.
kita buta utk melihat setiap kebaikan.
yang kita pandang adalah keburukan.
jiwa yang sentiasa memberontak.
hati yang sentiasa menghawakan nafsu.
sering membuatkan diri terkapai-kapai.
setiap apa yang ditegur itu banyak baiknya.
kata-kata cikgu itu banyak manfaatnya.
guru-guru adalah ibu&ayah sewaktu kita di sekolah.
sekarang ini baru kita nampak.
kita nampak siapa diri kita.
siapa diri mereka.
apa yang ada pada kita.
dan apa yang ada pada dia.
lilin menyala menerangi kegelapan.
jiwa yang kosong,
disulami alim mutaqqi.
itulah motto kebanggaan sekolah ibn khaldun.
tak serik menghasut anak2 bangsa menjadi manusia berguna.
syakirin awi..

terima kasih buat guru cikgu ustaz ustazah.


jasamu tak pernah ku lupa.

TEKA TEKi TEKA TEKUK -bhg.2-



salam


TekaTekiTekaTekuk penghibur lara.


1.Dalam banyak ikan...ikan mana yang paling tua..?? Jawapannya ikan keli laaaa..sebab dia ada janggut...

2.Dlm satu kesesakan jln raya di simpang empat ade polis trafik tgh jaga,masa tue ader seorang pemandu lori ,dgn slumbernye dier meneruskan perjalanannya walaupun masa tue lampu merah kat jln die,aper yg peliknya polis tadi tak tahan pemandu lori tue,..... sebab pemandu lori tue jalan kaki.....hahaha jgn marah aaaaaaaaaa

3.Apa pintu yang tidak ada pintu ???? Jawapannya ialah pintu gol .

4.Antara banyak2 bapak,bapak yang mana paling tua??? JAWAPAN:BAPAK MERTUA lah,sebab dia paling tua,betul tak!!

5.Banyak-banyak batu ,batu apa yang paling BESAR. 'JAWAPANNYA:BATU PAHAT

6.dalam sebatang pokok kelapa, benda apa yang hujunya tak ada perkataan kelapa?... jawapn: lidi penyapu mana ada lidi kelapa..

7."dalam banyak banyak jam.Jam apa yang berbau busuk??? jawapannya ialah jamban betul tak"

8.banyak-banyak mi, mi apa yang paling besar? jawapan:Myanmar....

9.Ikan apakah yang paling besar didunia. Jawapannya ikan sepat benua

10.dalam banyak buah,buah aper tak ader pokok. jwp:buah dadu


berjumpa lagi di tekatekitekatekuk bhg.3