Friday, October 17, 2008

2005 : AKHiR

assalamualaikum semua.
apa khabar? sihat?
dah makan ke blum nih?
buat benda yang penting dulu sebelum layan hari2ku k.

.......................................................................................


aku dapat mesej mengatakan yang "dia" dah kahwin.
mesej dari Dr.Suriani.

siapa "dia"?

kata Dr.suriani lagi,
intan dah kahwin.
kahwin kat malaysia.
dia nak bgtau kat aku, tapi xtau camne nak jumpa aku.
dia balik kawin je.
pastu fly US balik.

aku terus ajak kawan2 aku.
anep ngan nuar.

ke Putrajaya.
lepak kat jambatan wawasan.
aku pandang ke langit sedalam2nya sehingga kelapisan langit ke lapan.
aku terus berfikir.

salah siapa?

salah aku.
yupp...memang salah aku.

case closed.

bodohla aku, kalau still fikirkan pasal dia.

.......................................................................................

aku terus packing barang untuk ke MESiR.
tinggal 2minggu je lagi.
dengan semangat berkobar2,
aku perlu tinggalkan malaysia dengan segera.
aku yakin setiap yang berlaku ada khikmahnya.
aku redho dengan setiap ketentuannya.
hidup ini tidak semudah yang kita sangkakan.
apa yang kita perlu belajar adalah,
bukan semua benda yang kita inginkan akan menjadi milik kita.
kadang2 kita lupa ada kaca yang lebih bersinar dari intan permata yang kita idam2kan.
kita belajar dari kesilapan diri.
kita belajar dari susah payah.
kita belajar dari sejarah silam.

aku yakin ada ramai yang menghadapi situasi macam aku.
dan aku yakin masih ramai insan yang tabah seperti aku.

ayuh kita sama2 mengorak langkah.

mengejar sesuatu yang pasti...












dalam hati ada sikit luka masih berdarah...

2002 : 2005 Kesimpulan

haii semua.
rajin korang duk depan PC,
bersengkang mata layan blog yg entah apa2.
time kasih banyak2.

kali ni, aku tutup kisah hidup sepanjang aku berada di KiSDAR.
cerita banyak2 sangat pon tak bagus gak.
banyak cakap nanti, banyak pulak dosanya.
banyak dosa nanti, banyak pulak pintu2 neraka untuk dibuat pilihan.
fuhhh....
dah nak dekat hampir suku abad perjalanan hidupku.
kurasakan baru dinihari aku menghirup udaraNYA.
sungguh kejam masa membunuh waktu2ku.
apa2pon.
aku bersyukur,
kerana aku masih dapat melihat alam.

Aku nak cerita pasal dia. sapa dia?

intan ohhh intan..
inilah ceritanya.
pada awal 2003, semester 3kalau xsilap.
ingat2 lupa ni.
aku digemparkan ngan berita yg dia nak melanjutkan pelajaran ke jepun.
tp xjadi,
seronok sekejap je.
xjadi, tapi dia tukar untuk melanjutkan pelajaran ke US.
apepon, aku pasrah.
cuma yang aku kesah,
aku takut cinta aku ngan dia tak dapat bertahan.
paham2la kan.
so kami abeskan sisa2 sebelum dia fly ke sana ngan keluar jalan2,
makan sama2, buka puasa sama2, pegi mana sama2,
bleh kata semuanya sama2...
sampaikan spectacles kami pon power nak dekat sama.
tu yang akak kat guardian de tanya,

"u all berdua ni adik beradik ke?"

dengan saling pandang memandang kami pon tersipu2
tersenyum tanda gembira...ada jodoh la kot...
hemmmm....menghela nafas panjang.
penah juga si dia sakit.
macam biasala kan...
si hero pon bawakkan pegi hospital zahrah, bangi.
masa ni ayah dia baru meninggal dunia.
akibat sakit jantung. so aku la yang slalu amek tahu hal dia.
bila sampai hospital, adela pakcik tu tanya...

"kamu abg ke, dia kakak?..."

huhu...sekali lagi kami merasakan keakraban kami macam adik beradik.
ala2 secocok la..
itulah lumrahnya orang bercinta.
semuanya manis2.
semuanya indah2.

tiba la masanya yang aku langsung xtunggu2.
sebab aku xsuka untuk berpisah ngan dia.
tapi apakan daya.
siapa aku untuk menahan segala impian yang si dia inginkan.
aku terpaksa membiarkan dia meneruskan agenda perjalanan sebuah cita2 yang diidam2kan.
aku sempat untuk ke KLiA.
aku sempat jumpa ngan sanak saudaranya kawan2 rapat dia, abg, adik, pacik macik nek atok.
aku menahan segala hiba di hati,
aku baluti dengan seukir senyuman yang berpanjangan agar dia dapat pergi dengan tenang dan membawa pulang kejayaan yang dinanti2kan bersama nanti.
aku lihat dari jauh sayup2 wajahnya.
comel, tapi esok aku xkan nampak lagi wajah comel itu.
aku kurang bercakap pada malam tu.
sedihnya hati ini, hanya tuhan yang tahu.

bila dia sudah hilang dari pandanganku.
aku hanya memikirkan untuk esok hari.
bagaimana pula hari2ku di kemudian hari.

aku sempat kenal dengan falin, hayati dan kawan2 intan yang aku xpernah kenal sebelum ni.diorg semua mesra alam.
rasa macam dah kenal lama.
thanks u all.
sebab korang bg aku semngat untuk terus yakin yg aku dan dia kekal
untuk selamanya..
bak kata orang,
"tak kan lari gunung di kejar."

begitulah pengakhirannya antara aku dan dia.
aku di sini, dia di sana.
dengan harapan.
agar kami di satukan pada hari yang ditunggu2...

dalam perjalanan pulang,
kereta dipandu oleh kawan baik ku OSS.
aku cari koleksi MP3 cakera padat di dalam album.
aku jumpa satu lagu.
aku suka lagu tu, dan dia juga suka lagu tu.
tajuk lagu.

SAYAP iLUSi -Wings- nyanyian awie.

seolah2 aku rasakan aku terbang dengan sayap ilusi mengiringi setiap perjalanan si dia dengan 1001 kenangan indah.

sedih sangat pon xbagus kan..
jadi, itu sahaja peristiwa yang bleh aku sampaikan untuk kali ini.
kita nantikan di kisah2 yang lain agar kita semua ketahui
apa pengakhiran kisah antara aku dan dia.
adakah kekal bersemi dengan apa yang kami harapkan?
adakah sekadar coretan hidup antara aku dan dia berakhir seperti layang2 yang putus talinya?
semuanya masih dalam tanda tanya.

STOP!







......................................................................................

pada bulan 7, 2005.

aku simpan surat tawaran untuk menyambung pelajaran ke MESiR.
tapi kantoi.
sebab mak jumpa dan baca segala isi kandungannya.
jadi, aku dah xleh nak berdalih.
mak dengan harapan besar dan tinggi menggunung
agar aku terus menyambung pelajaran.
aku turuti segala kemahuannya,
aku takut, aku tergolong sebagai anak yang kurang ajar.
mak keluar kan segala buku akaun bank simpanannya.
diperlihatkan kepada aku...dengan harapan aku setuju untuk meneruskan belajar ke sana.
simpanan yang agak besar telah mak khaskan untuk membiayai perbelanjaan anak2.
aku ucap terima kasih buat emak.
aku cium pipinya.
mak memang baik.
mak memang sanggup korban walau apa cara sekali pon.
kalau mak sanggup,
aku pon sanggup.
jawapannya.
aku sanggup untuk ke Universiti Al-Azhar.

sebelum ke sana,
aku perlu menjalani kursus selama dua bulan di KiSDAR.
kursus intensif bahasa arab.

2minggu sebelum aku berangkat ke MESiR...

?
?
?

......................................................................................