Thursday, October 30, 2008

2007 : alexandria bhg.1

salam semua.

kabare?..
moga sehat tidak terhingga.
kalau sakitsakit pon,
anggaplah itu suatu ujian tuhan.
oklah..

kali ini aku nak cerita tentang satu perjalanan.
perjalanan ape?
perjalanan suatu percutian.
percutian!!
di ISKANDARIAH.
nama lain yang lebih menjadi jolokan,
dipanggil ALEXANDRIA.
yupp..
tempat ini sangat best untuk didampingi.
kalau tym cuti aku dan kawan2 mesti kesana.
almaklumla.
di Alex de pantai yang terbahagi kepada dua daerah.
satu SAFIRAH.
satu lagi MANDARAH.
nak dikatakan keluasan tu, aku pon xtau.
Wallahua'lam.
cantek memang cantek.
aku xnafikan.
bile dok tepi laut yang membiru, pekena isap syisya enab fakhir...
angin2 membedil pipi dan membelai rambut,
ku rasa terhuyung hayang dilanda badai kesegaran ciptaan tuhan.
Alhamdulillah syukur.
untuk kebiasaannye, aku dan kawan serumah akan pergi setiap kali cuti selepas peperiksaan.
biasanya selepas exam musim sejuk dlm bulan FEBRUARY.
masa untuk release kan otak la kunun2 nye.
sebenarnya bila dah lama xnampak perempuan2 bandar,
teringan la nak tengok untuk freashkan mata yang agak SUGUL terperap
di TANTA..hehe..
perempuan arab kan canteekk.

seperti biasa,
kami akan menyewa rumah kosong untuk bermalam di Alex.
harga yang agak berpatutan. sekitar 80LE = 60rm untuk satu malam.
rumah besar, dan bleh duduk dalam 8orang.
kami akan ambil yang paling last.
untuk kesegaran di tingkat paling atas,
kami ke balkoni untuk menghirup angin laut
mandarah...
teringat kepada novel ayat-ayat cinta,
karya fadhil Habiburahman... yang banyak menceritakan plot2 indah
ketika fahri bersama aisyah di Iskandariah,
ketika itu mereka berbulan madu di San Stefano.
macam xpercaya aku boleh berada di sini.
sangat indah kan?...
jom la ke EGYPT...

bercerita perihal Alex nih,
banyak juga tempat2 menarik.
antaranya, terdapat,
kawasan kubu kuat panglima Salehudin Al Ayubi,
Muntazah, kawasan bunga yang paling cantik dan paling besar di Egypt.
di situ terdapat Istana Raja Farouq, dan juga terdapat jambatan yang dibina indah.
keluasan kawasan itu dikatakan mencecah puluhan hektar.
memang penat la nak jalan.
tidak ketinggalan di Alexandria terdapat Colloseum.
aku kurang pasti tentang sejarahnya...tapi nanti de gambar2 peninggalan yang sempat aku amek. tunggu dan lihat la ye.
terdapat juga kawasan untuk membeli di pasar besar mansyiah dan ada sedikit sebanyak monumen sejarah untuk memperingati askar2 egypt ketika mesir menuntut kemerdekaan.
yang paling terindah di Alex ni,
terdapat makam NABI kita.
iaitu makam NABI DANIAL dan disebelahnya makam LUKMAN AL HAKIM.
terdapat juga makam imam ABI DARDA'.
dikatakan terdapat banyak lagi makam imam2 yang masyur.
tapi aku xjumpa lagi..insyallah, lepas nih. hehe..
owhh lupa nak bagitau kat u all.
antara yang terhebat di Alex adalah PERPUSTAKAAN.
perpustakaan yang terbesar di benua Afrika.
tiket hanya 2LE,
duduklah sepuas2nya dalam perpustakaan.
memang besar gila2.
bertingkat2 dah macam mangkuk tingkat.
dari atas bila lihat bawah nampak orang kecil je.
bayangkan la...jgn berangan dah le..haha
di ALEX juga terdapat Universiti AL Azhar..
tapi U ni hanya dikhaskan untuk perempuan sahaja.
kalau de lelaki Malaysia di sana pon disebabkan mereka yang sudah berkahwin.
akan nak tinggal bini kat Alex kot. hehe...

keseronokan akan lebih dirasai di malam hari.
berjalan2 sepanjang persisiran pantai.
menikmati bunyi ombak dan deruan angin sepoi2 menusuk2 gegendang comel ku ini.
sebelum subuh sampai rumah,
selepas solat subuh,
kite all akan mandi manda di pantai.
semestinya menjadi perkara wajib untuk tuun ke laut.
bukan mencari rezeki, tapi mencari pasal...
kalau dah kat tempat orang ni paham2 la ye.
dah macam artis.
ramai awek2, minah2, mamat2 perhatikan.
kadang2 naik segan gak.
nak buat camnekan..
terpaksa la buat tak tahu je.
kat Alex ni pelik skit.
nak mandi kena bayar.
dalam 3LE seorang.
dia akan bagi payung besar dan kerusi sorg satu.
macam bersantai la kiranya.
bolehla dikatakan seronok.

sebelum pulang tidak lupa untuk menjamu selera di MAKRAM.
MAKRAM ni mmg tempat aku dan kawan2 selalu layan.
kat situ de jual sandwich sotong, udang yang fresh2.
memang tip top la.
meleleh bila teringat.
harga berpatutan dan sangat berbaloi.
maklumlah laut besar, makanan laut murah.
sempat juga beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Tanta.

dalam perjalan ke Tanta yang memakan masa hampir 2 ke 3 jam.
membolehkan aku tidur dengan lena dalam keadaan separuh sedar.
apa?
naik APA?
hehe..depend kat ahli syura la.
kalau semua setuju train, kite all akan naik train.
kalau nak murah sikit, aku akan amek PEUGOT.
sebuah kereta yang memuatkan 7penumpang.
ape2pon semoga korang enjoy bila tengok pix2 yg sempat di ambil...

opss..

Tengoklah puas2 picture nih. banyak lagi sebenarnya, tapi akan aku nak upload semua kan.
mahu penuh ngan gambar je nanti...


ni betul2 tepi laut sebelum aku nak mandi.. cari port yang sesuai.
nanti melekat obor2 kat badan susah plak nanti..haha..besarkan batu tuh..
so korang paham2 la kan..maknanye aku dah tinggi, sbb aku bleh panjat batu tuh.
jangan marah...

matahari baru nak naik. so aku sempat la amek pix nih.cantek kan view nih..memang indah ciptaan tuhan.

view lautan n jutaan manusia sedang mandi manda. memang best la..
terbaeeeeeeekkk laa...

yang ni masa kat muntaza..

tenang je bila tengok garisan horizontal antara laut dan langit.
korang mesti dapat rasakan kan. kl xdapat rasakan, try pasni pegi laut tengok hujung laut.
kl xtenang jugak, korang baca surah yasin banyak2 la. pastu taubat seikhlas hati..
dah xlama la tuh..hahha

jambatan yang cantek. laluan untuk ke istana Raja Faroq
cuma laluan tu dah xdibenarkan pengunjung lalu. sbb, Raja je yang bleh lalu.huhu

bercuti kan untuk merehatkan otak yang runsing, jadi ini lah sedikit aksi ranjang pengunjung2. pelbagai aksi yang menarik dipersembahkan..moga2 kegembiraan dirasai bersama dan melenyapkan segala kegelisahan di dalam hati.huuraayyy

pemandangan di sepanjang muntaza.ramai gak couple2 arab beronggeng kat sini.
kiteorg skodeng2 je la. takut2 gak diorg rupenye. ingatkan berani sangat..

sekarang ni kita berada di dalam kubu kuat pertahanan panglima perang Salehudin Al Ayubi.
cantik dalam dia.aku suka tempat nih. di setiap tetingkapnya, de cahaya yang masuk.terdapat juga tempat2 khas memanah, tempat solat, sistem peredaran angin yg mengkagumkan.

ni pintu masuk ke dalam kubu. besar gila pintu dia. berat lak tu. xlarat aku nak tolak.

pintu masuk kubu pertahanan. masa aku pegi ni tiba2 jumpa pelancong cina dari malaysia.
kebetulan la kot. cina tu suami istri. kalau dia xtegur dulu mane la aku nak tau yg dia tu cina malaysia. takut mmg betul2 cina dr negara Cina.haha..pening aku baca statement nih.

penat la gak pusing2 kubu kuat orang islam nih..memang besar gila.
cuma yang best, sbb dia betul2 tepi laut. pemandangan nya sangatla benar2 indah..

yang ni la yang aku katakan masjid. dlm kubu kuat ni terdapat masjid.
mmg mantap tentera2 dibawah pimpinan Salehudin Al Ayubi nih. aku de la dengar2 sejarah di masa peperangan meletus. masjid ni kecik je sebenarnya, tapi bala tentera yang ramai muat ketika bersolat jemaah kat sini. mgkin kuasa tuhan melebarkan keluasaannya.
Wallahua'lam.

inilah colloseum Roman theatre...aku xpasti la digunakan untuk bergaduh atau tengok drama.
hehe..sayangnya tempat ni dah barai. batu batan banyak yg dah runtuh. sedang dlm keadaan membaik pulih.

pandanglah lihatlah...

pandanglah lihatlahh..

ade la sikit2 sumber2 kl rajin nak baca. hehe..aku amek gambar je, nak baca malas.

aku curi2 panjat smpai ke belakang, nasib pak guard xnampak. kl x mesti kena tembak.
hohoho...

konon2 aku tengok theatre ngan kucing la nih..haha..
merasa gak aku duduk kat sit pendekar2 zaman dulu kala..

ni la patung2 yang dijumpai di dalam laut. mgkin de sejarah sebelum ni. tapi aku kurang mengerti. apa sejarah benda ni nanti aku selidik balik.
patung2 ni juga ditempatkan bersebelahan colloseum.

setelah penat mandi manda, ke kubu pertahanan dan muntaza,
kami beralih ke bandar2 Alexandria..ni de la skit2 pix tatapan u all semua.
dari depan. aku pon xtau pe fungsi benda nih.tapi de la mamat dua orang yang berdiri tegak mcm patung. mungkin 8 jam mungkin 12 jam mungkin 1hari...kesian..

panorama dari belakang bandar bersejarah Alex

tugu memperingati pahlawan2 mesir yang menuntut keMerdekaan mesir.

jalan Nabi Danial.

Al fatehah buat Nabi Danial dan juga Lukman al Hakim.keadaan makam di bawah tanah.
mungkin sebelum ni kawasan ni rendah, tapi dah ditinggikan.di atas makam ini, adalah masjid Nabi Danial. kawasan ini telah di cantikkan, untuk memudahkan pelawat dtg untuk melihat.
di dalam ini juga terdapat peninggalan terowong yang sangat menyeramkan. di katakan terowong tu digunakan sewaktu perang. wallahua'lam. aku sempat tengok2, tapi seram, sbb xnampak penghujungnya...

ni la makam Abi Darda.besar makam nih. siap dibina rumah khas. siap de penjaga.
makam ni menjadi laluan kiri dan kanannya laluan keretapi jalanraya. kami melihat dengan jarak dekat keadaan sebenar makam beliau. Alfatehah buat imam Abi Darda, moga bersama2 orang2 yang soleh...

aku sempat candid pix nih.mamat yg bukak papan tanda ni membuat perkhidmatan tipon bergerak. yang tergantung berjela2 tu kad topup. mudah la gak nak dpt kad topup.
bersepah2 orang jual. nilai terendah 10LE. masa aku baru2 sampai harga kad 10LE ni berharga 12LE, dah la harga mahal, pastu nilai di dalamnya xsampai 10LE..pelik tapi benar. pada tahun 2008 baru de perubahan. harga sama n nilai dalam pon sama. mungkin syarikat telekomunikasi dah kaya kot. antara yline yang popular di Egypt nih, Vodafone, Mobinil, Etisalat. aku pakai Vodafone, sbb nmpak class gitu.wahh...

keadaan pasar di Alex.cantek kan susunannya. susah la kalau nak dpt kat Tanta.xbeli pon, tapi just round2 amek angin pasar sebelum berangkat pulang meninggalkan Alex.

sebelum pulang ni la kedai yang aku cakapkan tuh. kl korang teringin nak ke sini nnt aku bawakkan.best woo....

ni la no flat peugot yg aku penah naik..
tibe2 terasa nak amek gambar tym tuh..

sampai sudah di Tanta..

ketemu lagi di lain waktu..
owhh..
masih de pix yg kurang.
tym di perpustakaan... nanti aku masukkan di bahgian ke dua ye.
banyak sgt gambau, pening aku nak edit...

ape kisah seterusnya...