Sunday, July 27, 2008
RENUNGAN
sejenak merenung langit
kau lihat ketinggiannya
sesaat menerlus lautan
kau akan lihat keluasannya
senafas menyedut udara
kau akan rasa ketenangannya
betapa agungnya ALLAH yang MAHA ESA
kau pasti mengagumi kekuasaannya
sejenak itu
kau renunglah masa silam
kau akan nampak kejahilanmu
sesaat itu jua
kau terluslah kisah semalam
kau akan ingat nyawa yg panjang
senafas kemudian
kau sedutlah hari ini
kau akan rasa kesyukuran
betapa jauh pon kau mengorak langkah
esok mungkin menjadi sejarah
hitunglah sepi
timbanglah sunyi
berapa derita yang kau lalui
tanyalah mimpi
soal lah ilusi
adakah bahagia sentiasa di sisi...
MEMBELi CiNTA
Di sebuah daerah tinggal seorang saudagar kaya raya. Dia mempunyai seorang hamba sahaya yang sangat lembap, hingga orang-orang menyebutnya si bodoh.
Suatu hari sang tuan menyuruh si bodoh pergi ke sebuah perkampungan miskin untuk menagih hutang para penduduk di sana. "Hutang mereka sudah cukup tempoh," kata sang tuan. "Baik, Tuan," sahut si bodoh. "Tetapi nanti wangnya mahu dibeli apa?" "Belikan sesuatu yang belum aku punyai," jawab sang tuan.
Maka pergilah si bodoh ke perkampungan yang dimaksudkan. Cukup penat juga si bodoh menjalankan tugasnya; mengumpulkan sedikit demi sedikit wang hutang dari para penduduk kampung. Para penduduk itu memang sangat miskin, dan ketika itu pula tengah terjadinya kemarau panjang.
Akhirnya si bodoh berjaya juga menyelesaikan tugasnya. Dalam perjalanan pulang ia teringat pesan tuannya, "Belikan sesuatu yang belum aku miliki." "Apa, ya?" tanya si bodoh dalam hati. "Tuanku sangat kaya, apa lagi yang belum dia punyai?" Setelah berfikir agak lama, si bodoh pun menemukan jawapannya. Dia kembali ke perkampungan miskin tadi. Lalu dia bagikan lagi wang yang sudah dikumpulkannya tadi kepada para penduduk. "Tuanku, memberikan wang ini kepada kalian," katanya.
Para penduduk sangat gembira. Mereka memuji kemurahan hati sang tuan. Ketika si bodoh pulang dan melaporkan apa yang telah dilakukannya, sang tuan geleng-geleng kepala. "Benar-benar bodoh,"keluhnya.
Waktu berlalu. Terjadilah hal yang tidak disangka-sangka; perubahan pemimpin kerana pemberontakan membuat usaha sang tuan tidak semulus dulu. Datang pula bencana banjir yang menghabiskan semua harta bendanya. Pendek kata sang tuan jatuh miskin dan melarat. Dia terpaksa meninggalkan rumahnya. Hanya si bodoh yang ikut serta. Ketika tiba di sebuah kampung, entah mengapa para penduduknya menyambut mereka dengan riang dan hangat; mereka menyediakan tumpangan dan makanan buat sang tuan.
"Siapakah para penduduk kampung itu, dan mengapa mereka sampai mahu berbaik hati
menolongku?" tanya sang tuan. "Dulu tuan pernah menyuruh saya menagih hutang kepada para penduduk miskin kampung ini," jawab si bodoh. "Tuan berpesan agar wang yang terkumpul saya belikan sesuatu yang belum tuan punyai. Ketika itu saya berfikir, tuan sudah memiliki segalanya. Satu-satunya hal yang belum tuan punyai adalah cinta di hati mereka. Maka saya membahagikan wang itu kepada mereka atas nama tuan. Sekarang tuan menuai cinta mereka."
Semoga orang-orang yang punya kekayaan dan pengaruh dapat belajar dari kisah ini ; bahawa kekayaan dan pengaruh amat berguna jika dipergunakan untuk menebar cinta kasih.
Nama baik lebih berharga dari pada kekayaan besar, dan dikasihi orang lebih baik dari pada perak dan emas.
renung2kan dan selamat beramal...
sekaLi SYA'iRR daaa!!
salam.
berkata seorang penyair islam:
بسم الله الرحمن الرحيم
قال الشاعر: ( الحسد )
إِذَا أَرَادَ اللهُ نَشْرَ فَضِيْلَةٍ # طُوِيَتْ أَتَاهَا
لَسَانَ الْحَسُوْدِ
وَلَوْلاَ اشْتِعَالُ النَّارِ فِيْمَا جَاوَرِتْ # مَا كاَنَ
يُعْرَفُ الطِّيْبُ عُرْفَ الْعُوْدِ
Telah berkata seorang penyair:
Jika Allah ingin menunjukkan kelebihan
seseorang dia akan mengutuskan
kepadanya orang yang suka berhasad
dengki.
Kalaulah tidak kerana terbakarnya
pokok-pokok di hutan, maka tidak akan
diketahui mana satu pokok gaharu yang
wangi.
قال الشاعر: ( الحسد )
إِصْبِرْ عَلَى مَضَضِ الْحَسُوْدِ # فَإِنَّ صَبْرَكَ قَاتِلُهْ
فَالنَّارُ تَأْكُلُ نَفْسَهَا # إِنْ لَمْ تَجِدْ مَا تَأْكُلُهْ
Telah berkata seorang penyair:
Bersabarlah kamu dengan dugaan yang
datang dari penghasut, kerana
kesabaran kamu itu akan membunuhnya.
Api akan membakar dirinya sendiri,
jika dia tidak dapat apa yang akan
dimakannya.
قال الشاعر: === ( الإعتبار )
إِذَا أَنْتَ لَمْ تَرْحَلْ بِزَادٍ مِنَ التُّقَى # وَلاَقَيْتَ
بَعْدَ الْمَوْتِ مَنْ قَدْ تَزَوَّدَا
نَدِمْتَ عَلَى أَلاَّ تَكُوْنَ كَمِثْلِهِ # وَأَنَّكَ لَمْ تَرْصِدْ
كَمَا كَانَ أَرْصَدَا
Telah berkata seorang penyair:
Jika kamu tidak berbekalkan untuk
dirimu dengan ketakwaan sebelum kamu
bertemu ajal.
Dan kamu akan bertemu dengan orang-
orang yang telah berbekal dengan
amalan soleh.
Kamu pasti akan menyesal kerana tidak
seperti mereka, dan kamu tidak
bersedia sepertimana mereka bersedia.
قال الشاعر: ( الصداقة )
لاَ تَصْحَبِ الْكَسْلاَنَ فِيْ حَالاَتِهِ # كَمْ صَالِحٍ بِفَسِادِ
آخَرَ يَفْسُدِ
Telah berkata seorang penyair:
Janganlah kamu berkawan dengan orang-
orang yang malas pada keadaannya.
Berapa ramai orang-orang yang baik
dirosakkan oleh orang malas.
قال الشاعر: ( الإعتبار)==
غَدًا تُوَفَّى النُّفُوْسُ مَا كَسَبَتْ # وَيَحْصُدُ
الزَّارِعُوْنَ مَا كَسَبُوْا
إِذَا أَحْسَنُوْا أَحْسَنُوْا ِلأَنْفُسِهِمْ # وَإِنْ أَسَاءُوْا
فَبِئْسَ مَا صَنَعُوْا
Telah berkata seorang penyair:
Di hari qiamat nanti setiap jiwa akan
mendapatkan apa yang telah
dilakukannya selama dia di dunia. Dan
dia akan menuai segala yang ditanamnya.
Jika baik perbuatannya maka dia akan
mendapatkan layanan yang mulia, jika
buruk amalannya maka itu adalah
seburuk-buruk yang telah dibuatnya.
قال الشاعر: ( الإعتبار )==
يَتَمَنَّى الْمَرْءُ فِي الصَّيْفِ الشِّتَا # فَإِذَا جَاءَ
الشِّتَا أَنْكَرَهْ
فَهُوَ لاَ يَرْضَى بِحَالٍ وَاحِدٍ # قُتِلَ الإِنْسَانُ مَا
أَكْفَرَهْ
Telah berkata seorang penyair:
Seseorang akan mengharapkan musim
sejuk apabila datang musim panas,
tetapi apabila masuk musim sejuk dia
tidak menerimanya.
Tabiat manusia memang tidak akan suka
dengan satu keadaan…………….
قال الشاعر: (الإعتبار)==
يَا نَفْسُ تُوْبِيْ فَإِنَّ الْمَوْتَ قَدْ حَاناَ # وَاعْصِ
الْهَوَى فَإِنَّ الْهَوَى مَا زَالَ فَتَّاناَ
يَا نَفْسُ مَا ِليْ وَلِلأَمْوَالِ نَجْمَعُهَا # خَلْفِيْ
وَأَخْرُجُ مِنْ دُنْيَايَ عُرْيَاناَ
Telah berkata seorang penyair:
Wahai jiwa! Bertaubatlah kamu kerana
kematian telah hampir, lawanilah hawa
nafsu kerana dia sentiasa merosakkan
kita.
Wahai jiwa! Kenapa aku sibuk
menggumpulkan harta dan aku
meninggalkan dunia ini dengan keadaan
miskin papa kedana.
قال الشاعر: ( الإعتبار )
تَوَاضَعْ تَكُنْ كَالنَّجْمِ لاَحَ لِناَظِرٍ # عَلىَ صَفَحَاتِ
الْمَاءِ وَهُوَ رَفِيْعُ
وَلاَ تَكُ كاَلدُّخَانِ يَعْلُوْ بِنَفْسِهِ # عَلىَ صَفَحَاتِ
الْجَوِّ وَهُوَ وَضِيْعُ
Telah berkata seorang penyair:
Rendahkanlah diri kamu nescaya kamu
akan menjadi seperti bintang yang
nampak jelas oleh orang yang
melihatnya, walaupun ianya dilihat
dipermukaan air masih kelihatan tinggi.
Janganlah kamu menjadi seperti asap
yang naik tinggi dengan sendirinya ke
atas udara padahal ianya langsung
tidak berharga.
قال الشاعر: ( الصبر)
وَقَلَّ مَنْ جَدَّ فَيْ أَمْرٍ يُحَاوِلُهُ # وَاسْتَشْعَرَ
الصَّبْرَ إِلاَّ فَازَ بِالظَّفَرِ
كَمْ حَاجَةً بِمَكاَنِ النَّجْمِ قَرَّبَهَا # طُوْلُ
التَّرَدُّدِ فِي الرَّوْحَاتِ وَالْبُكُرِ
Telah berkata seorang penyair:
Siapa yang gigih berusaha untuk
mendapatkan sesuatu dengan penuh
bersabar pasti dia akan mencapai
segala yang diimpikannya.
Berapa banyak sekali hajat dan
permintaan yang ia terdapat di bintang
dia mampu untuk memperolehinya dengan
penat lelah disiang dan malam hari.
قال الشاعر: == ( الإعتبار )
إِذَا حَجَجْتَ بِمَالٍ أَصْلُهُ سُحُتٌ # مَا حَجَجْتَ وَلَكِنْ
حَجَّتِ الْعِيْرُ
لاَ يَقْبَلُ اللهُ إِلاَّ كُلَّ خَالِصَةٍ # مَا كُلُّ مَنْ حَجَّ
بَيْتَ اللهِ مَبْرُوْرُ
Telah berkata seorang penyair:
Jika kamu mendirikan haji dengan hasil
yang haram, haji kamu tidak dikira
Allah Cuma kenderaan kamu sahaja yang
dikira hajinya.
Allah tidak akan menerima amalan
seseorang itu kecuali yang halal
sahaja, dan ingatlah bukan semua yang
menunaikan haji akan mendapatkan haji
mabrur.
قال الشاعر: ( العلم )
ليس في الدفاتر والكتب علم # وإنما العلم
في صدور الرجال
Telah berkata seorang penyair:
Ilmu itu tidak boleh didapati melalui
buku dan kitab, akan tetapi ia hanya
boleh didapati dihati-hati Alim Ulamak.
قال الشاعر:== ( الإعتبار )
إنِاَّ وَإِنْ كُرِّمَتْ أَوَائِلُناَ # لَسْناَ عَلىَ الآباَءِ
نَتَّكِلُ
نَبْنِيْ كَماَ كاَنَتْ أَوَائِلُنَا # تَبْنِيْ وَنَفْعَلُ مِثْلَ
مَا فَعَلُوْا
Telah berkata seorang penyair:
Sesungguhnya jika keturunan kami
dimuliakan dan dihormati, tetapi
langsung kami tidak berbangga dengan
semua itu.
Kami akan berusaha sepertimana mereka
berusaha, dan kami akan berjaya
sepertimana mereka berjaya.
قال الشاعر: == ( الإعتبار)
وَمَا الْمَرْءُ إِلاَّ رَاكِبٌ ظَهْرَ عُمْرِهِ # عَلىَ سَفَرٍ
يُفْنِيْهِ بِالْيَوْمِ وَالشَّهْرِ
يَبِيْتُ وَيُضْحِيْ كُلَّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ # بَعِيْدًا عَنِ
الدُّنْياَ قَرِيْباً مِنَ الْقَبْرِ
Telah berkata seorang penyair:
Sebenarnya seseorang itu ibarat
menunggang belakang umurnya,dalam
perjalanan yang di habiskan dengan
hari dan bulan.
Hanya dia berjaga dan tidur pada waktu
siang dan malam, semakin jauh dari
dunia dan semakin dekat dengan
kuburnya.
قال الشاعر: ( التقوى )
تَقْوَى إِلَهِ الْعَالَمِيْنَ فَإِنَّهَا # عِزٌّ وَحِرْزٌ فِى
الدُّناَ وَالْمَرْجَعِ
فِيْهَا غِنَى الدَّارَيْنَ فَاسْتَمْسِكْ بِهَا # وَالْزَمْ
تَنَلْ ماَ تَشْتَهِيْهِ وَتَدَّعِى
Telah berkata seorang penyair:
Bertaqwalah kamu kepada Allah yang
memiliki alam ini, kerana dengannya
sahajalah kita akan mendapatkan
kemuliaan dan pelindungan di dunia dan
di akhirat.
Padanya terdapat segala-gala kekayaan
maka berpeganglah kamu dengannya, dan
tabah akhirnya kamu akan dapatkan apa
yang kamu inginkan.
قال الشاعر: ( الصداقة )
أَحْبِبْ حَبِيْبَكَ هَوًْنا مَا # عَسىَ أَنْ يَكُوْنَ بَغِيْضَكَ
يَوْمًا مَا
وَأَبْغِضْ بَغِيْضَكَ هَوْنًا ماَ # عَسىَ أَنْ يَكُوْنَ
حَبِيْبَكَ يَوْمًا مَا
Telah berkata seorang penyair:
Sayangilah seseorang itu sekadarnya
sahaja, mungkin suatu hari nanti dia
akan menjadi musuh bagimu.
Bencilah seseorang itu sekadarnya
sahaja, boleh jadi dikemudian hari
nanti dialah orang yang paling kau
sukai.
قال الشاعر:== ( الإعتبار)
عَلَيْكَ بِأَوْسَطِ الأُمُوْرِ فَإِنَّهَا # طَرِيْقٌ إِلَى نَهْجِ
الصِّرَاطِ قَوِيْمُ
وَلاَ تَكُ فِيْهَا مُفْرِطًا أَوْ مُفَرِّطًا # فَإِنَّ كِلاَ حَالِ
الأُمُوْرِ ذَمِيْمُ
Telah berkata seorang penyair:
Hendaklah kamu melakukan sesuatu
dengan sederhana, itu adalah cara yang
terbaik dan sempurna.
Janganlah kamu berlebihan dan tidak
tekun melakukan sesuatu, ini kerana
kedua perkara itu adalah terkutuk.
قال الشاعر:
أَتاَنِيْ هَوَاهَا قَبْلَ أَنْ أَعْرِفَ الْهَوَى # فَصَادَفَ
قَلْبًا خَالِيًا فَتَمَكَّناَ
Telah berkata seorang penyair:
Aku telah jatuh hati kepadanya sebelum
aku mengenalinya.
Apabila dia
قال الشاعر: == ( العلم )
مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ بِغَيْرِ كَدٍّ # سَيُدْرِكُهَا إِذَا شَابَ
الْغُرَابُ
Telah berkata seorang penyair:
Sesiapa yang menuntut ilmu tanpa
bersungguh-sungguh, dia akan
mendapatnya bila gagak telah beruban.
قال الشاعر: ( الصداقة )
أَنْتَ فِي النَّاسِ تُقَاسُ # بِالَّذِي اخْتَرْتَ خَلِيْلاَ
فَاصْحَبِ الأَخْياَرَ تَعْلُوْ # وَتَنَلْ ذِكْرًا جَمِيْلاَ
Telah berkata seorang penyair:
Kamu akan dipandang seperti orang yang
kamu pilihnya menjadi kawan.
Maka berkawanlah dengan orang mulia
nescaya kamu akan dipuji dan dicontohi.
قال الشاعر: ( التقوى )
مَا أَحْسَنَ الطَّاعَاتِ لِلشُّبَّانِ # فَاسْعَوْا لِتَقْوَى
اللهِ ياَ إِخْوَانِي
Telah berkata seorang penyair:
Alangkah bagusnya kalau dari muda
kita mentaati Allah, Marilah kita
wahai saudaraku bertaqwa kepadanya.
قال الشاعر:== ( الإعتبار )
نَحْنُ نَدْعُو الإِلَهَ فِيْ كُلِّ كَرْبٍ # ثُمَّ نَنْسَاهُ عِنْدَ
كَشْفِ الْكُرُوْبِ
كَيْفَ نَرْجُو إِجَابَةً لِدُعَاءٍ # وَقَدْ سَدَدَناَ
طَرِيْقَهَا بِالذُّنُوْبِ
Telah berkata seorang penyair:
Kita sering meminta kepada Allah
ketika kita ditimpa pelbagai musibah,
apabila kita mendapat kesenangan kita
terus melupakannya.
Bagaimana kita ingin semua doa kita
diperkenankan, kita telah menutup
jalannya dengan pelbagai dosa.
قال الشاعر: ( الصداقة )
مَا عَاتَبَ الْحُرَّ الْكَرِيْمَ كَنَفْسِهِ # وَالْمَرْءُ
يُصْلِحُهُ الْجَلِيْسُ الصَّالِحُ
Telah berkata seorang penyair:
Orang yang mulia itu akan melihat aib
yang ada pada dirinya lebih dari orang
lain, manusia hanya mampu dididik
menjadi baik oleh orang yang soleh
sahaja.
قال الشاعر: ( الإعتبار )
هِيَ الْقَناَعَةُ فَالْزَمْهَا تَكُنْ مَلِكاً # لَوْ لَْم
يَكُنْ لَكَ فِيْهاَ رَاحَةُ الْبَدَنِ
وَاْنظُرْ لِمَنْ مَلَكَ الدُّنْيَا بِأَجْمَعِهَا # هَلْ رَاحَ
مِنْهَا بِغَيْرِ الْقُطْنِ وَالْكَفن
Telah berkata seorang penyair:
Siapa yang ada padanya sikap redha
dengan apa yang diberikan kepada Allah
s.w.t dia akan menjadi seperti raja
walaupun kehidupan kamu tidak sesenang
mereka.
Lihatlah kepada siapa yang memiliki
dunia dan seisi-isinya, ingatlah dia
tidak akan meninggalkan dunia ini
kecuali dengan memakai kain kafan
sahaja.
قال الشاعر: ==( العلم )
تَعَلَّمْ فَإِنَّ الْعِلْمَ زَيْنٌ ِلأَهْلِهِ # وَفَضْلٌ وَعُنْوَانٌ
لِكُلِّ الْمَحَامِد
Telah berkata seorang penyair:
Jadilah kamu orang yang berilmu
sesungguhnya ia adalah sebaik-baik
penyeri, kemuliaan dan dengannya kamu
akan mendapatkan segala penghormatan.
قال الشاعر:== ( الإعتبار)
كُلٌّ يَدَّعِىْ وَصْلاً بِلَيْلىَ # وَلَيْلىَ لاَ تُقِرُّ لَهُمْ
بِذَاكاَ
إِذَا اشْتَبَكَتْ دُمُوْعٌ فِيْ جُفُوْنٍ # تَبَيَّنَ مَنْ بَكَىَ
وَمَنْ تَباَكَى
Telah berkata seorang penyair:
Semua mendakwa dia ada hubungan dengan
laila, tetapi laila menafikan dakwaan
itu.
Jika berlinangan air mata di kelopak
masing-masing, terbuktilah siapa yang
betul-betul cinta dan siapa yang
berpura-pura.
قال الشاعر: ==( الإعتبار)
ألا إنما الدنيا كأحلام نائم # وما خير عيش
لا يكون بدائم
تأمل إذا ما نلت بالأمس لذة # فأفنيتها
هل أنت إلا كحالم
Telah berkata seorang penyair:
Ketahuilah! Dunia ini ibarat mimpi
orang yang tidur, setiap kehidupan
yang indah bukanlah untuk selama-
lamanya.
Lihatlah! Jika semalam kamu
mendapatkan keseronokkan, dan kamu
telah hapuskannya selepas itu tidakkah
kamu hanya seperti yang bermimpi.
قال الشاعر:== ( الإعتبار)
إجهد ولا تكسل ولا تك غافلا # فالندامة عقبى
لمن يتكاسل
Telah berkata seorang penyair:
Usahalah dengan tabah jangan malas dan
lalai, kerana kemalasan itu akan
diakhiri dengan penyesalan.
قال الشاعر:=== ( العلم )
لا تحسبن العلم تمرا أنت آكله # ولن تبلغ
المجد حتى تلعق الصبر
Telah berkata seorang penyair:
Jangan kamu menyangka ilmu pengetahuan
itu ibarat buah kurma yang mudah kamu
memakannya, kamu tidak akan mendapat
kejayaan selagi kamu tidak menjilat
biji jadam.
قال الشاعر: ( الدعاء )
لا تسألن بنى آدم حاجة # وسل الذي أبوابه
لا يحجب
الله يغضب إن تركت سؤاله # وبنى آدم حين
يسأل يغضب
Telah berkata seorang penyair:
Janganlah kamu asyik meminta-minta
kepada bani Adam. Pohonlah kepada
pintunya yang tidak pernah tertutup.
Allah akan murka jika kamu tidak
memohon kepadanya, dan bani Adam jika
asyik diminta kepadanya ia akan marah.
قال الشاعر: ( الإعتبار)==
كرر على حديثهم يا حادي # فحديثهم يجلو
الفؤاد الصادي
Telah berkata seorang penyair:
Perdendangkanlah berkali-kali kepadaku
kata-kata mereka ( ulamak ), kerana
permata-permata yang keluar dari mulut
mereka dapat membersihkan karat-karat
dihatiku.
قال الشاعر: ( الإعتبار)==
فكم من مصل ما له من صلاته # سوى رؤية
المحراب والخفض والرفع
تراه على سطح الحصيرة قائما # وهمته في
السوق في الأخذ والدفع
Telah berkata seorang penyair:
Ramai sekali orang yang mendirikan
sembahyang akan tetapi dia hanya
setakat melihat mihrab, sujud dan
ruku’ sahaja.
Kamu melihatnya berdiri tegak di atas
tikar sejadahnya, tetapi kepalanya
memikirkan tentang urusan
perniagaannya.
لقد طلب التعجل في أمور # قضاء الدين مع
تزويج البكر
وتجهيز لميت ثم طعم # الضيف توبة من فعل نكر
Telah berkata seorang penyair:
Ada beberapa perkara yang kita
dituntut agar bersegera melakukannya,
melangsaikan hutang piutang,
menyegerakan perkahwinan anak
perempuan, mempercepat urusan jenazah,
menyediakan makanan untuk para tetamu
dan akhir sekali bertaubat dari setiap
kemungkaran yang terlanjur dilakukan.
قال الشاعر: ( الإعتبار)==
تبا لمن يمسى ويصبح لاهيا # ومرامه المأكول
والمشروب
Telah berkata seorang penyair:
Celakalah! Bagi orang yang lalai
diwaktu siang dan malamnya, dan hanya
mementingkan makan dan minumnya.
قال الشاعر: ( الإعتبار)==
إذا جمع الأشراف من كل بلدة # فأفضلهم من
كان للخير صانعا
Telah berkata seorang penyair:
Apabila dikumpulkan orang-orang yang
mulia dari segenap tempat, maka yang
paling diagungkan dikalangan mereka
adalah yang paling banyak melakukan
kebaikan.
قال الشاعر: ( الحسد )
كل العداوات قد ترجى إزالتها # إلا عداوة
من عاداك من حسد
Telah berkata seorang penyair:
Semua perbalahan diantara kita boleh
diatasi, kecuali permusuhan yang
disebabkan hasad dengki.
قال الشاعر: ( الصداقة )
ما أكثر الإخوان حين تعدهم # ولكنهم في
النائبات قليل
Telah berkata seorang penyair:
Alangkah ramainya sahabat-sahabat yang
kita berkawan dengannya, akan tetapi
sedikit sekali sahabat yang sanggup
bersama dalam menanggung kesulitan
hidup.
قال الشاعر: ( الإعتبار)==
سهر العيون لغير وجهك ضائع # وبكاؤهن لغير
فقدك باطل
Telah berkata seorang penyair:
Mata yang sanggup berjaga malam tetapi
bukanlah kerana Allah adalah sia-sia,
dan tangisan yang bukan disebabkannya
juga adalah dusta.
قال الشاعر: (الإعتبار)==
ألا إن نومات الضحى تورث # خبالا ونومات
العصير جنون
Telah berkata seorang penyair:
Ketahuilah! Sesungguhnya tidur di
waktu pagi akan mewarisi penyakit
dungu, dan tidur selepas asar pula
mewarisi penyakit gila ( migrain ).
قال الشاعر:=== ( العلم )
إستودع العلم قرطاسا فضيعه # وبئس
مستودع العلم القراطيس
Telah berkata seorang penyair:
Seseorang yang menjadikan kertas
sebagai tempat untuk menyimpan ilmunya
dan kertas tersebut telah
merosakkannya,sesungguhnya tempat yang
paling tidak sesuai untuk meletak ilmu
adalah kertas.
قال الشاعر: ( الإعتبار)===
أكرم بشهر إذا ما حل ذكرنا # ميلاد طه
وما في ذاك من عجب
يا مرحبا بك يا شهر السعادة # إذ ذكرتنا
المصطفى من عبد المطلب
Telah berkata seorang penyair:
Alangkah mulianya bulan jika ianya
tiba dapat mengingatkan kita hari
kelahiran Baginda Rasulullah S.A.W.
dan perkara-perkara aneh yang terjadi
pada hari tersebut. Selamat datang
wahai bulan yang penuh dengan
keberkatan, oleh kerana kau telah
mengingatkan kami kepada Rasulullah
dari nasab Abdul Muttalib.
قال الشاعر: (الإعتبار )==
ودعا الإله الرسل كلا باسمهم # ودعاك وحدك
بالرسول وبالنبي
Telah berkata seorang penyair:
Allah telah memanggil semua para Rasul
dengan nama mereka sendiri, apabila
dia ingin memanggil engkau wahai
Rasulullah dia tidak memanggil kecuali
dengan ya rasul! dan ya nabi!
قال الشاعر: === ( العلم )
العلم حرب للفتى المتعالي # كالسيل حرب
للمكان العالي
Telah berkata seorang penyair:
Ilmu tidak akan masuk ke hati orang
yang bersikap takabbur, sepertimana
banjir tidak akan dapat naik ke tempat
yang tinggi.
penterjemahan ini hasil kerjasama bro miftahul kasih.
-credited-
renung2kan dan selamat beramal...
LUCU
kelucuan diri AKU yg perlu aku seriuskan...
Lucu kan, duit RM50 aku kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
masjid, tapi begitu kecil bila aku nak makeup cover set jerung...
Lucu kan, 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi 45 minit betapa
pendeknya waktu itu untuk round2 town maju junction jln TAR chowkit,brickfield,uptown,bangsar,bb,jln ipoh,bulatan pahang,ampang,blkg mercedes,beach...
Lucu kan, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid, tapi betapa cepatnya ber jam-jam berlalu saat menonton winter sonata dan wayang di KLCC XTRA MID VALLEY METRO.
Lucu kan, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjangkan saat berdoa atau
sholat, tapi bertapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu
kawan-kawan or pakwe or makwe or chikaro or cia.
Lucu kan, betapa seruan dan teriakan yang perpanjangan waktu pertandingan
lumbe haram jadi kegemaran aku, tapi betapa bosannya bila imam sholat
Tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.
Lucu kan, susah sangat baca Al-Quran 1 juz, tapi majalah hiburan dan
novel best-seller,ahadiat akashah,usman awang 1001 halaman pun habis dilahap.
Lucu kan, aku berebut paling depan untuk menonton sure heboh,jom heboh,
dan aku berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat
supaya boleh cepat keluar.
Lucu kan aku perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis
ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda, tapi untuk acara lain
seperti menonton wayang, annual dinner atau lepak mapley jadual aku boleh
diubah sekelip mata.
Lucu kan, susahnya aku utk mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya aku
menyertai dan menyebar gossip.
Lucu kan, aku begitu percaya pada yang dikatakan oleh orang sebagai e-mail
layang di internet, tapi aku sering menolak, mempermudah serta
mempersoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran.
Lucu kan, aku inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berpikir,
berbicara ataupun melakukan apa-apa.
Lucu kan, aku boleh mengirimkan ribuan cerita2 lawak dan gambar2 mengarut melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah seringkali berpikir
dua-tiga-kali.
JANGANLAH BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN2KU.
"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian ku dengan kematian yang baik lagi mulia,
lancarkan lidah ku mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri ku...amin..amin..
aminYarobbal a'lamin.."
("Hai orang-orang yang beriman, ingatlah akan Allah dengan ingatan yang
sebanyak-banyaknya (perbanyakkan mengingati Allah)"
(Surah Al-Ahzab - ayat 41)
("Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mu'min bahwa
sesungguhnya bagi mereka kurnia yang besar dari Allah. Janganlah engkau ikut
orang-orang kafir dan orang-orang munafiq, dan biarkanlah mereka menyakiti
engkau, dan tawakallah (menyerahlah) kepada Allah. Cukuplah Allah sebagai
wakil (tempat menyerahkan urusan)."
(Surah Al-Ahzab - ayat 47 - 48)
renung2kan dan selamat beramal...
C.i.N.T.A atau S.U.K.A
Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia gembira
Perasaan cinta bermula dari kata
Perasaan suka bermula dari telinga
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang akan mengalami dalam hidup mereka
Cuma fikirkanlah bersama siapa yang anda betul-betul CiNTA atau SUKA?..
C.i.N.T.A & K.A.W.A.N
Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung...
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga...
Kenapa??
Kerana CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga...
Kenapa KAWAN berbuat sedemikian rupa??
Kerana...KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga, CINTA hilang...
Kenapa??
Kerana...CINTA itu halus,
mudah hilang kalau tak dijaga,
sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu..
Kenapa??
Kerana...KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...
hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dirinya bererti..
7kali prkataan CINTA..
8kali prkataan KAWAN...
pilihla yg mana lebih mndorong diri utk terus berdiri dgn kaki sendiri..CINTAilah KAWAN selagi KAWAN terus mnCINTAi sbg KAWAN..
Dari ABU HAMZAH, ANAS BIN MALIK R.A,
pembantu Rasulullah s.a.w...meriwayatkan dari beliau,
bahwa beliau S.A.W bersabda:
"Seseorang dari kamu tidak akan beriman (dengan sempurna), sehingga mencintai saudaranya sama seperti mencintai dirinya sendiri."
[Disepakati oleh BUKHARI dan MUSLIM]
iSLAM ZODiAC
salam.
Muharram
Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.
Rejab
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya'ban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.
terima kasih kerana sudi mengambil tahu tentang bulan2 islam anda...
mgkin ianye satu fakta hasil drpd kajian atau kebetulan..
semua manusia itu baik dan sering melakukan kesilapan..
cube muhasabah dan perbaiki diri kerana anda masih belum terlambat...
kelahiranku pada 24 bulan 4RABIULAKHIR 1404hijrah...sabar ye mak abah!!!
PANDANGAN iSLAM PERiHAL C.i.N.T.A
Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.
“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.”
HR Abu Daud dan At-Tirmidzi
Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam menyediakan penyaluran untuk itu (misalnya lembaga pernikahan) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri- isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang- orang yang berfikir.”
Q.S Ar-Ruum : Ayat 21
Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah menikah).
Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau pacaran dahulu baru menikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana (na’udzubillahi min zalik). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan, sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat. Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan / diutamakan dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.
“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu- sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang- orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang- orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).”
Q.S Al-Baqarah : Ayat 165
Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7,
ada enam peringkat cinta (maratibul - mahabah), iaitu:
1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi/paling agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata- mata.
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.” “Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah”. Q.S Al-Baqarah:Ayat 165
Jadi, ungkapan-ungkapan seperti: “Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam kalbu” atau “Kusebutkan namamu di setiap detak jantungku”, “Cintaku hanya untukmu” dan sebagainya seharusnya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat/kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Jangan terbalik, baru diberi sekelumit cinta dan kenikmatan dari si “darling” kita sudah hendak menyerahkan jiwa raga kepadanya yang merupakan hak Allah. Lupa kepada Pemberi Nikmat.
“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh- tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”. Q.S Al-Baqarah:Ayat 164
2. Peringkat ke 2; ‘isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.
“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Q.S Aali Imran : Ayat 31
3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.
4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.
5. Peringkat ke 5; ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.
6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia: harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa’ (pendayagunaan/pemanfaatan ).
renung2kan dan selamat beramal...
KiSSiNG FiSH
salam.
"Pernah dengar x!..xpernah!!...baguss...
ada sejenis ikan kat Amerika Selatan -kissing Fish?
bila ikan ni berpasangan dan seekor mati,
yang masih hidup takkan cari penggantinya hingga ke akhir hayatnye..."
adakah CINTA memerlukan pengorbanan seperti si KISSING FISH??
atau CINTA memerlukan pengorbanan dari sebelah pihak jee??
atau CINTA itu tidak perlu ditatang ditunggu atau diambil perhatian..
CINTA selalunye buat manusia jatuh n terkapai2...
atau kahwin, baru ber CINTA!!
hahahaaa..
buktikan pada diri di mana kebenaran CINTA yg sebenar...
renung2kan dan selamat beramal...