Thursday, August 7, 2008
keHEBATan BiSMiLLAHiRAHMANiRAHiM
salam
bismillahirahmanirrahim...
Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril
apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya
kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullah
s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain
antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih
mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya."
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya
oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. Sabda
Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah.
Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua
pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah
yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )
Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya
Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli
langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy
kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000
Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan,
tunduklah segala jin dan bergetar segala planet.
Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari
Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi,
mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat
mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu
mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir
gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan
hingga meneduhkan penduduk Mekah."
Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa
membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh
yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja
ia tidak dapat mendengarnya."
Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa
haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim,
Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran,
dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan
Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa
ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka
Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana
Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu
sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud
r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa
membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan
baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan
darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000
darjat."
Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai
barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka.
Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian,
ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana
sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ
merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith
di atas ialah hendaklah kita mengucapkan
Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita
menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan
kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan
sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya
tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan
samada atas harta-benda mahupun diri dan segala
usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi
s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan
dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia
dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti
Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun,
mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya
satu persepuluh darinya."
Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum
yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih
berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu
berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya
imbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya,
adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka
sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan
Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim
Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan
langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca
timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi."
Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah
Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat
penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan
bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau
ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah
Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya
Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu
hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari
persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan
bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan
bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan
walau seorang."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah
bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara
kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,
lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi
dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan
jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau
kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah
takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak,
tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk
selama-lamanya."
Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror
bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama
yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para
Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil,
300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama
disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1
berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada
keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3
nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim
yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia
menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun
sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi
itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat
penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka,
barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi
dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya
terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat
Zabbaniah.
Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan
mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki
dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta,
diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi
alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang
rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah
di mukabumi ).
wallahua'lam
renung2kan dan selamat beramal.
PE.MUDA.
salam.
Syed Qutb berkata :
"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan
kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.
Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah
satu mata dari mata2 rantai yang panjang,
kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang
kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjaungan kita
dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda."
renung2kan dan selamat beramal...
Syed Qutb berkata :
"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan
kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.
Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah
satu mata dari mata2 rantai yang panjang,
kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang
kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjaungan kita
dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda."
renung2kan dan selamat beramal...
Subscribe to:
Posts (Atom)