Sunday, August 17, 2008

HALAWAH iMAN

salam.


KEMANiSAN iMAN


Hadis Anas r.a: Nabi s.a.w bersabda:
Ada tiga sifat yang sesiapa memilikinya,
dia akan mendapat kemanisan iman:

Seseorang yang menyintai Allah dan RasulNya
lebih daripada yang lain, menyintai seseorang
hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada
kekafiran selepas Allah menyelamatkannya dari
kekafiran itu sebagaimana dia juga tidak suka
dicampakkan ke dalam Neraka.

Dalam Hadis diatas Rasulullah menegaskan bahawa
seseorang boleh merasai kemanisan iman apabila
dia melakukan tiga perkara.:

Yang pertama:
Menyintai Allah dan Rasulullah S.A.W.
lebih daripada yang lain,ini bermakna meletakkan rasa
kasih dan cinta kita yang pertama hanya pada Allah
dan Rasul-Nya, bukan kepada yang selain
daripadanya.

Yang kedua:
Mengasihi dan menyintai seseorang hanya
kerana Allah, ini di ertikan sebagai kita hendaklah
mengasihi dan menyintai seseorang hanya kerana
Allah, mengasihinya dapat menambah ketaqwaan kita pada
Allah dan dengan mengasihinya merapatkan diri kita
dengan Allah.

Yang ketiga:
Merasa benci untk kembali pada kekafiran
sepertimana benci dirinya dicampakkan ke dalam api
neraka.Ini bermakna kita hendaklah merasa benci
dan tidak suka diri kita kembali melakukan
perkara-perkara buruk dan maksiat sepertimana kita
benci diri kita dicampakkan ke dalam api neraka....

Bersabda Rasulullah SAW:
"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpulkan
kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi
redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang
dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari amalam
untuk akhiratnya dan lalai untuk memperolehi redha Tuhannya.
(Riwayat Al-Hakim)

renung2kan dan selamat beramal...

KALKi AVATAR ?

salam.


NABI MUHAMMAD S.A.W. DI DALAM AJARAN HINDU


Pundit Vedaprakash Upadhyay,
seorang profesor Hindu telah membongkar
rahsia diskripsi AVATAR yang didapati dari kitab suci Hindu
dengan Nabi Muhammad S.A.W.
Menurut satu sumber, masyarakat di seluruh negara India.
Jika pengkaji ini seorang Muslim, pastinya beliau akan
ditangkap dan di dakwa.
namun pengedaran buku tersebut telah dibekukan dan
mungkin diharamkan.
Pundit Veraprakash Upadhyay ialah seorang ahli ilmuan
dan terkenal sebagai pakar dalam agama Hindu.
Beliau merupakan penganut ajaran Hindu Brahmin yang
berasal dari Banggali. Beliau juga ialah seorang
penkaji agama di Universiti Allahabad.
Selepas beberapa tahun mengkaji, beliau menerbitkan buku
bertajuk KALKI AVATAR. dan tidak kurang dari lapan orang
pengkaji ajaran Hindu telah
mengiktiraf isi kandung bukunya.
Menurut ajaran Hindu, seluruh penganutnya sedang
menanti kehadiran seorang
Penunjuk dan Pemimpin yang bernama KALKI AVATAR.
Namun penulis menyifatkan
bahawa penantian penganut ajaran Hindu tidak akan
berakhir dan merupakan satu penyeksaan yang tidak berkesudahan.
Ini kerana orang suci yang
ditunggu-tunggu itu telah pun tiba kira-kira 14 kurun yang lampau.
Antara penemuan yang telah dibongkar oleh penulis
berdasarkan kajiannya
dari kitab suci Veda dan beberapa kitab lain ajaran
Hindu mendapati;

1) Dalam Skrip PURANAS, KALKI AVATAR adalah satu
utusan terakhir dari Tuhan.
Utusan tersebut akan memimpin seluruh masyarakat dunia.

2) Ramalan yang dibuat dari ajaran Hindu menyatakan
bahawa kelahiran utusan
tersebut adalah dari satu kawasan tanah semenanjung,
kemungkinan besar di rantau Arab.

3) Di dalam kitab-kitab suci Hindu ada menyebutkan
nama bapa kepada KALKI AVATAR ialah
VISHNUBGHAGAT dan ibunya SUMAANI.
Jika dikaji secara teliti,
VISHNU bererti tuhan Baghat bererti hamba = hamba
tuhan. Jika diterjemahkan
ke dalam bahasa Arab menjadi ABDULLAH iaitu nama bapa
kepada baginda
Rasulullah S.A.W. SUMAANI pula bermakna kedamaian dan
ketenangan. Jika diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
menjadi AMINAH iaitu nama ibu kepada
baginda Rasulullah S.A.W.

4) Di dalam Kitab Hindu juga menceritakan KALKI AVATAR
hidup dan menjejakkan
kaki di kawasan yang banyak tertanamnya tumbuhan kurma
dan zaitun. Fakta ini bertetapan dengan kelangsungan kehidupan baginda
Rasulullah S.A.W.

5)Tercatat dalam kitab suci VEDA bahawa kelahiran
KALKI AVATAR dari kalangan
keturunan mulia dan disanjung. Sememangnya Baginda
Rasulullah S.A.W.
dilahirkan dari keturunan Arab Quraisy yang merupakan
bangsa yang paling mulia di kalangan masyarakatArab.

6)Tuhan yang mengajar KALKI AVATAR melalui utusannya
(malaikat) di sebuah
gua. Nabi Muhammad S.A.W juga mendapat wahyu yang
pertama di Gua Hira'. Di
sana juga KALKI AVATAR akan diberikan seekor kuda
ajaib yang boleh berlari
laju untuk mengelilingi dunia dan tujuh lapisan
langit. INI bertetapan dengan kisah Rasulullah dengan Burraq
serta ekspedisi Israk Mikraj menuju ke
langit yang ke tujuh.

7)KALKI AVATAR sentiasa mendapat pertolonngan yang
luar biasa dari tuhan.
Perkara ini terbukti dalam banyak peperangan Nabi.
Seperkara yang lebih menarik lagi,
KALKI AVATAR akan dilahirkan pada12 hari bulan.
Ya, Nabi Muhammad di lahikan pada tanggal 12 Rabiul Awal.
KALKI AVATAR juga mahir menuggang kuda dan bermain pedang
sama seperti sejarah kehidupan Rasulluah.

Ketika fakta ini di keluarkan pengkaji telah
mempertikaikan kesahihan
ajaran Hindu di mana tidak mungkin dunia sedang
menuggu utusan yang mahir
berkuda dan bermain pedang sedangkan manusia hari ini
telah menggunakan
peralatan perang dan kenderaan yang terlalu
canggih.Ini sesuatu yang
membodohkan .

Apakah KALKI AVATAR yang di maksudkan itu Nabi
Muhammad S.A.W.?


wallahu'alam.

MALAiKAT MENCABUT NYAWA

salam

BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain
masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk
dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat
masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,maka dia
akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah "S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan
ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat
maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki,
maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:

"Wahai malaikatKu, tulis Asma Ku ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T.maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
AbuBakar R.A:

"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke
SyurgaIlliyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara
tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam
nerakaSijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai
hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia
yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan
ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatankita bersama.

Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.


Bersabda Rasulullah SAW:
"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpulkan
kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi
redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang
dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari amalam
untuk akhiratnya dan lalai untuk memperolehi redha Tuhannya.
(Riwayat Al-Hakim)

wallahu'alam.


renung2kan dah selamat beramal.