Friday, August 15, 2008

TEKA TEKi TEKA TEKUK -bhg.1-



salam.


Sedikit Tekatekitekatekuk penghibur lara


1.Ada sebuah kapal selam. muatan ialah 30 orang. suatu hari, 29 orang telah masuk kedalamnya.kemudian datang seorang ibu mengandung. tiba-tiba, kapal itu tenggelam..kenapa? Jawapannya: Kerana itu ialah kapal selam.mestilah tenggelam

2.Apa bendanya ada leher tak de kepala, ada tangan tak de jari, ada badan tak de kaki, cubalah teka. Kalau tak tahu jawapannya ialah baju. Bagusss tak???

3.antara banyak-banyak mi, mi yang mana tak boleh kita makan jawapan: misai

4."BANGUNAN APA YANG PALING TINGGI?". JAWAPAN: MASJID: KERANA BANGUNAN LAIN TIDAK BOLEH MENCECAH BULAN DAN BINTANG TETAPI MASJID BOLEH...

5.Anda ada sebuah bakul yang mengandungi 13 biji epal. tiga biji epal telah anda ambil. berapakah biji epal yang anda ada? jawapannya 13lah sebab saya tak tanya berapa biji epal yang tinggal(baki)

6.Benda apakah jika dipotong masih lagi dipanggil panjang walaupun ianya dicincang lumat? Jawapannya: Kacang panjang

7.Banyak-banyak pokok dalam dunia nie,pokok apa paling tinggi,emmm jawapannya tentulah pokok yang tumbuh diatas bukit. hi hi hi....

8.Nak dengar lawak saya,jom... Gini,ketika puasa, kita boleh makan apa yang tak membatalkan puasa.. naktau jawapannya, makan anginlah......kan? kan?

9.Banyak-banyak bunga , bunga apa yang tak boleh cium?? jawapannya.....tentulah bunga api hehehe..

10.Apa kamu buat apabila hujan turun di tengah jalan? Saya jalan di tepi jalanla!


kita bersama lagi dlm tekatekitekatekuk bhg.2

KELEBiHAN ALQURAN

salam.


HADIS KELEBIHAN AL QURAN


1. Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa'at kepada pembacanya.
(Riwayat Muslim)

2. Daripada Nawwas Bin Sam'an r.a. telah berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li 'Imraan, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya.
(Riwayat Muslim)

3. Daripada Osman Bin 'Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda : Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
(Riwayat Bukhari)

4. Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. : Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

5. Daripada Abu Musa Al Asy'ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Umpama orang mukmin yang membaca Al Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

6. Daripada Omar Bin Al Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al Quran. (Riwayat Muslim)

7. Daripada Ibnu Omar r.a. daripada Nabi Muhammad S.A.W. telah bersabda: Tidak boleh berhasad dengki kecuali di dalam dua perkara : Lelaki yang dianugerahkan kefahaman yang sahih tentang Al Quran, ia menunaikan ibadat siang dan malam , lelaki yang dianugerahkan kemewahan harta lalu dinafkahkannya siang dan malam. (Riwayat Bukhari & Muslim)

8. Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah (sakinah) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.
(Riwayat Bukhari & Muslim)

9. Daripada Ibnu 'Abbas r.a. beliau berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : Sesungguhnya orang yang tidak ada di dalam ingatannya sesuatu pun daripada ayat Al Quran seperti rumah yang roboh. (Riwayat Tarmizi dan beliau berkata: Hadis ini hasan sahih)

10. Daripada Abdullah Bin 'Umru Bin Al 'As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca Al Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan Al Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan.
(Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih)

11. Daripada 'Uqbah Bin 'Amir r.a. menceritakan : Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda: Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau 'Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim. Kami menjawab : Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya. (Riwayat Muslim)

12. Daripada Ibnu Mas'ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca Al Quran.
(Riwayat Muslim)

13. Daripada Jabir Bin Abdullah r.a. bahawa Nabi Muhammad S.A.W. menghimpun antara dua lelaki yang terbunuh di peperangan Uhud kemudian beliau bersabda : Yang mana satukah antara keduanya yang paling kuat berpegang teguh dengan Al Quran maka apabila aku tunjukkan kepada salah seorang daripada keduanya maka dialah orang yang pertama masuk ke liang lahad. (Riwayat Bukhari, Tarmizi, Nasa'ie & Ibnu Majah)

14. Daripada 'Imran Bin Husain Bahawa beliau lalu di hadapan qari yang sedang membaca Al Quran kemudian dia berdoa kepada Allah kemudian ia kembali membaca kemudian ia berkata aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Barangsiapa yang membaca Al Quran maka berdoalah kepada Allah dengan Al Quran maka sesungguhnya akan datang beberapa kaum yang membaca Al Quran dan mereka berdoa dengannya.
(Riwayat Tarmizi, beliau berkata : Hadis ini hasan)

15. Daripada Ibnu Mas'ud r.a. ia berkata : Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf. (Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)


wallahu'alam

renung2kan dan selamat beramal...

SYA'BAN

salam.


KEISTIMEWAAN SYA'BAN


Bulan Syaaban adalah termasuk bulan yang dimulia Allah dengan keistimewaan yang tersendiri. Ia adalah sebagai bulan memperbanyakkan amal ibadah, melakukan persiapan fizikal dan mental untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan.


Bulan Syaaban perlu diisi dengan pelbagai ibadah terutama puasa sunat dan sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadan yang lalu, hendaklah disegerakan mengqada’nya sebelum masuk ke bulan Ramadan yang tidak berapa lama lagi akan tiba. Banyak hadis-hadis yang menyebutkan tentang kelebihan dan kemuliaan bulan Syaaban. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebutkankan:


“Bulan Rejab itu bulan Allah, Bulan Syaaban itu bulanku (bulan nabi), dan bulan Ramadan itu bulan umatku.”


Iman Al Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadis daripada Aishah r.a. di mana beliau telah berkata: Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa (selain puasa Ramadan) dengan banyak melainkan di dalam bulan Syaaban di mana beliau telah berpuasa pada seluruh bulan Syaaban.


As-Sheikh Qadir Al Jalani telah menukilkan di dalam kitab beliau Al Qhunyah :

“Telah diberi tahu kepada kami oleh As Syeikh Abu Nasr Muhammad daripada bapanya Abu Ali Al Hussin, telah diberitahu kepada kami oleh Abu Hassan Ali bin Muhammad bin Umar bin Hafs Ja’far Al Muqri dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Abu Al Fath Al Hafiz Umar diberitahu kepada kami oleh Abu Bakar Muhammad bin Abdullah As Syafi’I, Diberitahu kepada kami oleh Ishaq bin Al Hassan, diberitahu kepada kami oleh Abdullah bin Salamah, Diberitahu kepada kami oleh Malik bin Anas daripada Abu An Nadhar, hamba kepada Umar bin Abdullah daripada Abu Salamah bin Abdur Rahman daripada Aisyah r.a. bahawa beliau telah berkata:

“Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w berpuasa sehingga kami mengatakannya
bahawa beliau tidak berpuasa dan berbuka sehingga kami mengatakannya tidak berpuasa dan kami tidak melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasanya sebulan melainkan di dalam bulan Puasa dan Kami tidak melihat baginda s.a.w berpuasa di dalam sesuatu bulan melebihi daripada puasa baginda s.a.w di dalam bulan Sya’ban.”

(HR Bukhari)


Daripada Malik rahimullah dan telah diberi tahu kepada kami oleh Abu Nasr daripada Muhammad daripada bapanya dengan isnad-isnad daripada Hisyam bin Urwah daripada Aishah r.anha katanya: Rasulullah s.a.w telah berpuasa sehinggakan kami mengatakannya tidak berbuka dan berbuka sehinggakan kami mengatakanya tidak berpuasa dan adapun puasa yang paling disukai oleh baginda s.a.w selepas puasa di bulan Ramadan adalah puasa di dalam bulan Sya’ban. Maka akupun berkata : “Ya Rasulallah!, aku melihat kamu berpuasa di dalam Sya’ban (dengan banyaknya ).” Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Ya Aishah, sesungguhnya ianya bulan di mana Malaikat Maut menghapuskan nama orang yang akan diambil rohnya di sepanjang tahun itu maka sesungguhnya aku amat suka jika beliau tidak mengambil rohku melainkan di dalam bulan Sya’ban.


Telah diberitahu kepada kami oleh Abu Nasr daripada Muhammad daripada bapanya dengan isnad-isnad daripada Atha bin Yusar darupada Ummi Salamah r.a. katanya: Tidaklah Rasululah s.a.w berpuasa di dalam sesuatu bulan selepas bulan Ramadan melebihi puasanya di dalam bulan Sya’ban.


Telah diberitahu kepada kami oleh Abu Nasr daripada bapanya dengan isnad daripada Thabit daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w telah ditanya mengenai puasa yang afdal. Baginda s.a.w telah bersabda maksudnya; Puasa Syaban sebagai menghormati (membesar-besarkan kedatangannya ) bulan Ramadan.


Daripada Abdullah bin Umar r.a daripada Nabi s.a.w sabdanya yang bermaksud:

“Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu, pertama malam Jumaat, kedua malam 10 Muharram, ketiga malam Nisfu (pertengahan bulan) Sya’aban, keempat pada malam Aidul Fitri dan kelima malam Aidul Adha.”


Berdasarkan hadis tadi, eloklah kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w mencontohi amalan baginda iaitu membanyakkan puasa sunat ini. Semoga ia menjadi satu latihan atau persiapan untuk melaksanakan puasa pada bulan Ramadan yang penuh barakah.


Bagaimanapun jika ada yang masih belum mengqadha hutang puasa yang lalu, segeralah menunaikannya sebelum masuk bulan Ramadhan, kerana jika telah lewat bulan Ramadan, maka dikenakan fidyah selain daripada mengqadha banyak hari yang ditinggalkan.


wallahu'alam


renung2kan dan selamat beramal...