sejenak aku ingin membawa korang semua tentang aku dan kawan2 di rumah sewa.
aku start duk umah sewa sejak semester5.
sewa xdela mahal pon.
500rm sebulan.
duduk 10orang.
memang macam rojak la.
tak kesah pon.
duduk rumah sewa pon sebab senang nak ke kelas.
takde la masalah utk ke kelas lewat.
lagipon cari pengalaman skit camne nak survive hidup jadi orang bujang.
okla.
tuan rumah xpernah komplen2.
jiran2 pon baik2.
selalu akak sebelah umah bagi makanan.
baik tul.
xkurang baiknya, jiran2 yang lain.
pakcik makcik yang selalu senyum tym kite all nak pegi kuliyah, balik kuliyah.
memang seronok.
kite all sediakan jadual harian memasak.
jadual mengemas.
segalanya teratur, cuma yang xteratur tang susunan dalaman la.
paham2 la kan.
umah orang bujang.
dah la 2 tingkat.
bila cuti nak mula je.
kiteorang dah get ready utk mesyuarat.
mesyuarat nak jalan2 bebudak serumah.
antara yang pernah kiteorg pegi, sungai Tekala,
Sungai Gabai, Convoy bermotor ke Johor.
sonok sangat2.
macam2 la perangai bebudak umah nih.
apepon aku enjoy la ngan semua member.
ni adala sedikit gambar-gambaran sewaktu kami bersuka ria...
....................................................................................................
XPDC ke Umah WAFI dan Umah JAWA.
sebelum memulakan xpdc utk ke rumah Wafi n umah Jawa.
majlis berkumpul n sedikit bacaan doa utk keselamatan kami.
sebelum ke Johor kami sempat singgah ke Senawang, Negeri9.
layan lepak umah wafi kejap...
ini antara jentera pejuang yang paling bermasalah.motor wafi.
dah la xlaju, pastu tayar bleh bocor lak tu..sabo jela.tapi wafi memang enjoy.
happy go lucky...
kami duduk kat rumah jawa satu malam.famly jawa memang best la.siap bagi makan satay tuh.time kasih la pacik macik tumpangkan kami utk bermalam di teratak indah itu.
sempat la amek gambo kat signboard nih.kenang2an antara kami semua.
gambar ni betul2 tym nak balik ke selangor.setelah penat lelah lepak umah jawe.sayonaara buat warga Muar. orang muar memang sempoi.haha..
....................................................................................................
tiba masa yang ditunggu-tunggu.
masa untuk aku digelar graduan kuis.
seronok la gak.
dah habis study semua.
dah langsung xpikir nak hafal2 mengadap pc nak wat assignment.
tenang jek.
tarikh keramat pada 21/08/05.hari jadi Datuk SitiNurhaliza tu.
aku rasa macam biasa jek.
tapi mungkin di hati emak dan abah, gembira n bangga tidak terkira.
anak emak yang nakal, jahat,
bleh juga habiskan sessi pengajian dengan semp
thanks la 4 my family utk support n push edoi sampai ke tahap ini.
layan je la ye.
....................................................................................................
Sedikit tatapan kenangan di Hari Sejarah ku.
dr kiri: Ipin,Apek,Edoi
dr kiri: Shuhaidi, Ipin, Edoi
dr kiri: Ipin, Supeer, Apis, Saleh, Kak.Yam, Edoi, Amat, Acher.
....................................................................................................
ini je la gambar kenangan yang ada.
itu pon scan dari gambar film.
boleh la..
sepatutnya banyak lagi pix2...
tapi entah ke mana semuanya.
ni adala skit tym jamuan semester5 kalau xsilap..
tengok2 je la ye..
....................................................................................................
antara mamat bujang yang menyerlah di kelas ku.
dr kiri: sani, bazli, shuhaidi, syuk, panjang, izat, apek, paiz, ketol, pawi, asaduzzaman,edoi.
antara puteri2 kelas ku.
dr kiri: k.fida, mawar, azah, senah, k.bedah, zakiah, ika, shahira, huda
kiri duduk: k.fad, k.yam, aini.
p/s: nama byk salah tu.lupa dah nama korang. betulkan pls..
huhu..
untuk semua warga kelas ku.
aku harap korang dapat beri kerjasama.
tolong bagi sikit2 sumber gambar kalau ada la.
untuk memeriahkan lagi majlis penutup kuis dengan gambar2an kenangan..
terima kasih u all.
sudi layan kerenah aku seadanya.
aku enjoy ngan korang semua.
selamat tinggal KUIS.
.......................................................................................
haii...
ini cerita disebelah petang bila tym puasa di bulan ramadhan.
orang sebok nak ke bazaar utk mencari juadah berbuka.
tapi lain dengan perihal aku.
aku akan sibok suh mak siapkan ayam perap untuk dipercikkan.
tugas aku agak mencabar kali ini.
maklumlah kan..
dah besar2 ni kena la banyak pikir camne nak cari duit.
jangan nak duk rumah terperap tunggu makanan sampai.
dengan langkah drastik aku terus mencari arang2 sebanyak mungkin.
siap2 meja utk dibawa.
segala peralatan siap segala.
aku terus meluru ke tepi jalan besar.
aku bukak table.
asap2 berkepul2 mengelilingi kawasan perumahan..
aku renjiskan sedikit minyak yang telah dicampur kuah ayam perap.
maka berkatalah rakyat jelata disekeliling taman perumahan..
" gerangan manakah yang membakar ayam percik nih "
baunya sangat harum dan mencocok2 " semestinya penjual ayam percik ni baik orangnya,
elok wajahnya, berbudi pekertinya, sudah tentu sekali berpatutan harganya, dan yang pasti
sedap rasanya "
bergelimpangan lah rakyat2 di setiap lorong serdang jaya mencari akan bau2an yang agak keterlaluan sedapnya itu..
dengan merasa yakin keluarlah alunan suara dari aku,
"AYAM PERCIK AYAM PERCIK...
MARI MARI MARI...
MURAH2...
xpayah nak jalan jauh2 ke bazaar.
kat sini je bleh dapat.
2.50rm aje.."
aku meniaga kat tepi jalan besar.
meniaga ayam percik.
alhamdulillah la.
aku pon xsangka boleh habis.
pandai aku meniaga rupanya.
bakat tym sekolah agama jual kerepek yang aku penah cerita sebelum ni memang masih ada.
bisness is bisnes k.
ramadhan di hari pertama aku cuma buat 25ketul jek.
di atas permintaan ramai keesokannya.
aku tambah menjadi 50ketul..
pon habis juga.
awek2 UPM, budak2 macik2 akak abang..atok nenek...
masing2 tidak ketinggalan untuk menyambar seketul dua ayam percik aku.
kadang2 habis awal..
kesian kat diorg sebab xdpt nak rasa.
nak buat camne kan...
tunggulah esok gamaknya..
terima kasih mak sudi perapkan ayam utk edoi meniaga.
emak mmg chef teragung la. sempoi.
alhamdulillah, aku maintain dan berniaga sampai ke puasa yg ke29.
moga apa yang ku lakukan ini, rezekinya diterima ALLAH.
aminn...
terima kasih kawan2 yang kadang2 duk lepak sekali teman aku..
aku sampai xcukup tangan.
time kasih kat iwan, kucit, ijam, nuar, anep, sapri, afi dan kawan2 yg lain..
tym aku niaga ni aku ingat de kawan lame pon penah dtg..
beramah mesra la antara kami..
mamat tu ismail..
kawan lama sekolah agama tym kecik2..
itulah khikmahnya berniaga.
patutlah rasulullah menggalakkan umatnya berniaga.
berniaga dapat merapatkan silaturahim antara manusia sesama manusia..
aku seronok ngan kerja jual ayam percik.
sungguh pon xbanyak untungnya.
yang penting aku dpt pengalaman dan dpt beramah mesra ngan orang2 taman serdang jaya.
belum kenal jadi kenal,
yang dah kenal jadi rapat,
yang dah rapat jadi erat.
secara tidak langsung,
ukhuwah sesama manusia terbina.
2tahun berturut2 aku berniaga ayam percik setiap munculnya bulan ramadhan.
cuma hari2 biasa aku xberniaga la.
sebab sibuk study..
meleleh ke air liur korang..
sabar2..
nnt aku wat reunion utk sape2 komen terbanyak dlm blog ni,
dapat ayam percik 3ketul..huhu
pancing nampak..haha
......................................................................................
alang2 dah cite pasal cari duit nih,
aku nak cerita tym cuti sem pendek bila aku di rumah sewa.
alhamdulillah, aku ingat lagi kenangan ni.
asaduzzaman tym tu mamat yg ajak join kerja part time.
syukur de part time.
dapat cari duit tepi.
bertambah la rezeki hidup.
kerja yang mula2 ku pandang senang.
tapi sangat susah.
maklumlah kan. kerja kilang mana de yang mudah.
aku terharu bila tengok orang2 kita ramai yang kerja kilang.
sungguh tabah mereka.
sangat teruja dan bangga.
aku dapat buat part time kat kilang surat khabar KOSMO!
kat situ aku belajar ape erti cari nafkah untuk sara diri.
memang sakit.
bayangkanlah ye,
aku keje 12jam, dapat 20rm je.
12jam tu la berdiri sepanjang masa.
tapi xpela.
aku muda lagi. aku mampu buat ape2 pon yang suprvisor suruh.
aku pernah gak keje satu hari tanpa henti.
masuk pagi dan balik esok paginya.
memang berpinau mata.
dapatla 40rm. xbanyak pon aku rasa banyak gak.
seronok la.
nak kata enjoy tu xla.
sebab memang xde masa nak borak2.
mesin sentiasa bergerak.
kita nak ikut robot mmg la xmampu.
kene marah kene kutuk tu biasala.
pekakkan telinga je.
yang penting kerja xmengular,
pernah skali la aku dapat 3ratus lebeh.
aku kumpul dan xamek2 gaji.
skali amek baru rasa macam banyak.
bayangkan la..
kerja bagai nak rak, yg dapat cuma 3ratus lebeh.
syukur je la.
aku buat kerja part time ni sampai aku habis kisdar.
ape khabar entah staff2 di KOSMO! sana.
entah diorg ingat aku lagi atau x.
harap2 diorg sihat...
oklah,..
itu saja untuk hari ini.
jumpe lagi selepas ni..
doakan agar aku sihat utk menulis celoteh sepanjang hidup di hari2ku...