Saturday, July 26, 2008

4Cempaka, 4Mursyid : 1994

kring kringgggggggg!!!
loceng ape plak nih, bunyi sampai 2kali.
loceng pertama kene berhenti mcm patung.
loceng ke2 baru bleh jalan.
aduyaiii...
confirm peraturan baru.
ape2 je la SKS..

kini aku masuk 10tahun.
darjah 4Cempaka lagi!!
ape la cikgu nihh..
asyik kelas Cempaka je.
tapi xpe.
cikgu mmg nak ajar aku erti SABAR.
macam biasa aku akan ambil port tmpat duduk kat tengah2.
senang nak cover line.
cikgu xnampak kl buat benda lain.
korang pon same kan.
xpayah la nak tipu..hahhaa..

aku rasa tenang.
sebab aku dah xjanggal.
kawan2 yg silih bertukaran kelas sudah jadi perkara biasa bg aku.
masuklah ape jenis kaum pon.
aku layankan je.
yg penting aku mmg senior kelas Cempaka.
bunyi macam berlagak je..
ke provok?
hahahaaa.
Guru kelas time ini cikgu Salmiyah..
teacher Salmiyah. i called her teacher caus they'r major of teacher english language.
sooo...can i help u..??yes no..allright thank u..time tu yg aku tau yes no tenkiu welcome...
hahhaaaa...so bladipulll..
4Cempaka Oh Bunga Cempaka.

umur 10tahun aku sibuk ngan basikal jipang.
pagi petang siang malam xabis2 layan jipang.
time tu basikal mcm awek la.
kire hobi gak la.
nak main BMX kepala bully, tayar sotong, body sisik kelisa xde duit.
jipang pon jipang lah.
tiap2 hari ade je yang nak diupdate.
pantang de habuk.
cargas terus lap.
kalau xsilap d first body kit jipang tu aku spray sendiri, kelabu metallic.
siap bantai spray clear.
dahsat..
konon2 pusing satu kampung nnti mata2 budak jipang lain bepinau laa.
aduyai.
sonok2.
pegi skola naik jipang.
awek konon2 tepikat la.
padahal langsung xpandang.
hampeh.

pegi sekola racing.
balik pon racing.
nak best skit..time balik ikut UPM.
jalan straight.
baru la bleh cecah 80km/s. perasan!!
kl ikut Seri serdang mcm jauh sgt la plak.
jatuh seret sane sini, benjol sane sini tu biasa la.
kate budak jipang.
naKALL anak mak ni kan!!

................................................................................................

PETANG...

grekkk greeeeeekkkkkkk!!!
uikkkk......
hahahaa..
nape gelak?
mane xgelak, loceng bunyi mcm xmakan sebulan.
meneran..
biasala.
name pon sekolah agama rakyat.
pihak DUNIAWI mane la prihatin ngan SAR.
xpe2.
yg penting aku smpai sekolah agama.
4mursyid jugak rasenye.
xberapa nak ingat.

yah yahhh...
aku terus masuk barisan.
duk paling depan.
maklumla aku paling pendek.
kalau berdiri paling belakang,
konpom nampk kepala BOY(kamal) xpon CIPUT(saifulza) a.k.a budak2 tinggi

angkat tangan.
jatuh tangan.

bosan2.
benda yg same tiap2 kali perbarisan.
aku bukan askar.
layankan.

"sekarang kite akan nasyidkan lagu sekolah kite!!..."

la la la laaaaaa....
kafa alfalaaaaahhhhhh..
alam taniiiii...
wabilhuda jammallaaniiiiii..
finsik ghoriiiii alam tani..
alam tani....
alang alang2 baik jadi petaniiii....

aduyaii...

haramm!!
aku xtau pe lyric lagu sekolah nih..
main hentam keromo je.
ape yg aku ingat entah.

anak emak nakal lagi ye!!!

nak wat camne kan.
name pon budak hingusan.

5minit sebelum rehat aku dan 2org kawan akan keluar sekolah.
biasanye aku akan keluar ngan ADZAN mastor dan MON (akmalPaimon).
pegi umah CIPUT..
buat ape?
haaaa.........
nenek ciput de buat aiskrim batang.
ade perisa macam2.
ade 2box aiskrim, kire2 dlm 50 hingga 100 btg utk satu hari.
sebtg 10sen je.
aku cari duit tepi.
tolong nenek ciput jualkan aiskrim kat sekolah.
upahnya aku xmintak.
dpt sebatang aiskrim pon dah ok.
tp utk kebiasaan nye..
nenek ciput akan bg upah 20sen.
seronok.
lagi seronok yg beli, kebanyakkannye awek2.

tapii..........
dlm benak berfikir sejenak.
nape minah yg buatkan hatiku berkaca2 tu xpenah dtg beli aiskrim.

benci kat aku?....

minat kat aku?...

pemalu?.......

atau mmg xmakan aiskrim!!

kl xsedap tipu la.
eskem nenek ciput tip top tu.
lantak la...

tinggalkan persoalan tanpe sebarang jwpn...

eskem abis tp duit short..
camne nih..
dgn jujurnya bgtau nenek duit short.
nenek kate kat kiteorg.

"Xpeeeeee.....
biasa la tuuu.
meniaga memang camni...".(dlm dialek jawa)
nenek ciput org jawa.
baik sungguh nenek ciput.

hari2 aku dihiasi dengan aktiviti2 yang sama.
xlebih xkurang.
menikmati hari2 indah
mengecapi dunia kanak2 tanpa sebarang gangguan.

aku tetap seperti kanak2 yang lain.

persoalan apa yg masih belum terjawab?
ceritera apa yg belum terungkai?
belum ternokhtah.
tahun silih berganti lagi.

tunggu di tahun 1995..
ada kisah2 menarik sepanjang perjalanan hidupku.

buat ONAR lagi ke?...

ANGKA 13

salam.

Apa yang sering diketengahkan puak barat tentang fakta angka 13.
Mereka sering menganggap dan menwar-warkan angka 13 adalah angka yang menakutkan, memberi bala, dan sesuatu yang buruk. Setelah diselongkar dan dselidiki....

Inilah dia rahsia 13 rukun wajib solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu...

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu' Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I'tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan dan membenci angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th ".

renung2kan dan selamat beramal...

PESAN UMAR AL-KHATTAB

salam.

Saiyidina Umar Al Khattab RadiAllah hu anhu. Berkata :

Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
Orang yang suka menghina orang lain,
dia juga akan dihina.
Orang yang menyintai akhirat,
dunia pasti menyertainya.
Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain,
pasti kehormatan dirinya akan terjaga.

renung2kan dan selamat beramal...

PUASA di bulan REJAB

salam.


Kelebihan berpuasa di bulan Rejab

Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib ,
dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a. katanya :
Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya:

Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan .

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya
pintu - pintu Neraka Jahim yang tujuh.

Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab
nescaya dibukakan bagikan baginya pintu - pintu Syurga yang lapan itu.

Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan
kejahatan - kejahatannya dengan kebaikan - kebaikan.

Barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab
nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan
dosa-dosa yang lalu.


renung2kan dan selamat beramal...

DALAM HATi

salam.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat
sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap
penuh kepada Allah s.w.t.

Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang
tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu disekat
kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan
ketelusan berinteraksi dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat sebuah
kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun
kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan
kecuali oleh keredhaan akan perintah,
larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran.

Oleh itu,

Seseorang manusia harus cukup rendah hati utk mengetahui kesilapannya,
cukup bijak utk mengambil manfaat drpd kegagalannya n ckup berani utk
membetulkan kesilapannya"

renung2kan dan selamat beramal...

PESAN PADA HATi

salam.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan...

Pesan pada hati,

sekiranya kau peroleh kejayaan,
janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah
dan bila-bila masa sahaja nikmat ditarik sekelip mata....

Pesan juga pada hati,

sekiranya kau menghadapi kegagalan,
usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupakan satu bentuk ujian Allah
untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit darinya..

Semoga Allah melimpahkan maghfirah dan hidayah
bagi mereka yg hatinya dekat dengan Allah.

renung2kan dan selamat beramal...

SEDEKAH

salam.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasullullah saw telah bersabda :

Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila terbit matahari.
Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah.
Engkau membantu seseorang menaiki tunggangannya.
ataupun mengangkat barang-barang ke atas tunggangan adalah sedekah.
Kata-kata manis juga sedekah.
Setiap langkah yang engkau melangkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah.
Dan engkau menjauhkan bahaya dari lalu lintas orang ramai juga merupakan sedekah.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

renung2kan dan selamat beramal...

BEKALAN

salam...

LIDAH SEORANG YANG BIJAK BERADA DIBELAKANG HATINYA...
NAMUN LIDAH PENDUSTA BERADA DIDEPAN HATINYA.
ITULAH SEBABNYA ORANG BIJAK AKAN SELALU MEMIKIRKAN SETIAP KATA YANG AKAN DIUCAPKAN.
ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MENGETAHUI KELEMAHAN & KEGAGALAN SENDIRI
DARIPADA MENUDING KESALAHAN KEPADA PIHAK LAIN.
RAHSIA HATI SESEORANG IALAH SEDALAM SEBUAH LAUTAN
KEKECEWAAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN...
TERUSKAN PERJALANAN KITA WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN DEMI RINTANGAN DALAM HIDUP...
INGATLAH SABAR ITU IMAN, DUIT BUKAN KAWAN,
DUNIA HANYA PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN.
JIKA DUNIA INI HANYA PERSINGGAHAN,
MENGAPA TIDAK KITA BANYAKKAN BEKALAN UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN??

KERANA KITA CUMA ADA SATU PERSINGAHAN...

renung2kan dan selamat beramal...

INGATLAH

salam...

LIDAH SEORANG YANG BIJAK BERADA DIBELAKANG HATINYA...
NAMUN LIDAH PENDUSTA BERADA DIDEPAN HATINYA.

ITULAH SEBABNYA ORANG BIJAK AKAN SELALU MEMIKIRKAN SETIAP KATA YANG AKAN DIUCAPKAN.
ADALAH LEBIH BAIK UNTUK MENGETAHUI KELEMAHAN & KEGAGALAN SENDIRI
DARIPADA MENUDING KESALAHAN KEPADA PIHAK LAIN.

RAHSIA HATI SESEORANG IALAH SEDALAM SEBUAH LAUTAN
KEKECEWAAN MENGAJAR KITA ERTI KEHIDUPAN...
TERUSKAN PERJALANAN KITA WALAUPUN TERPAKSA MENGHADAPI RINTANGAN DEMI RINTANGAN DALAM HIDUP...

INGATLAH SABAR ITU IMAN, DUIT BUKAN KAWAN,
DUNIA HANYA PINJAMAN DAN MATI TAK BERTEMAN.
JIKA DUNIA INI HANYA PERSINGGAHAN,
MENGAPA TIDAK KITA BANYAKKAN BEKALAN UNTUK MENERUSKAN PERJALANAN??

KERANA KITA CUMA ADA SATU PERSINGAHAN...

renung2kan dan selamat beramal...

MENANGiS

salam

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan,
seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara di lautan,
sesaat bersedih kerana redha Allah adalah lebih mulia dari seharian bersedih kerana cinta manusia,
sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna adalah lebih bercahaya dari kilauan segunung permata.
sesuci hati kerana cinta Ilahi,
itulah hakikat cinta abadi…

renung2kan dan selamat beramal...

CELAKA MANUSiA

salam...

"Mana-mana pemuda yang telah berkahwin,
maka menjeritlah syaitan nya seraya berkata :

"Aduhai celaka lah diriku,
orang muda ini telah selamat dari tipudayaku"

"Sabda Rasulullah SAW"

renung2kan dan selamat beramal...

NiKMAT KAHWiN

salam..

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2
mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan
pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang
untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan
menjadikan syurga sebagai matlamat.
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan
kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya,
bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan,
tiba masanya ia akan datang menjemput,
namun perlu juga anda membuka lorong2nya
agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

renung2kan dan selamat beramal...

iLMU & AMAL

salam.

Utsman r.a. berkata,

" ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini,
orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu,
dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit
dari meniti sehelai rambut "

renung2kan dan selamat beramal...

UKHUWAH...

salam.

"Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhuwah
ialah menerima keritikan teman,
menutupi aib teman,
dan mengampuni kesalahannya."

(kata-kata Hikmah dari Imam Syafi'i Rahimahullah)


renung2kan dan selamat beramal...

MENCARi...

salam...

Aku Mencari Keberkatan Keperluan Hidup,

Aku Mendapatinya Dalam SOLAT DHUHA…

Aku Mencari Penerang Untuk Alam Kubur,

Aku Mendapatinya Dalam SOLAT MALAM...

Aku Mencari Jawapan Untuk Menjawab Soalan Malaikat,

Aku Mendapatinya Dalam MEMBACA AL-QURAN…

Aku Mencari Alat Untuk Berpegang

Ketika Menyeberang Titian Sirat,

Aku Mendapatinya Dalam PUASA & SEDEKAH…

Aku Mencari Naungan ‘Arasy,

Aku Mendapatinya Dalam MENGASINGKAN DIRI BERIBADAH
KEPADA ALLAH TAALA…

renung2kan dan selamat beramal...

iLMU & JAHiL

salam

Orang berilmu bertanya mengenai perkara yang dia sudah tahu
dan perkara yang belum diketahuinya. Maka dengan cara ini dia
dapat memperkemaskan ilmu yang telah ada dan dapat
menimba ilmu yang belum diketahui.Orang jahil pula
sentiasa menyisih diri daripada menerima pelajaran dan
berhenti daripada belajar..

-Imam Syafi-

renung2kan dan selamat beramal...

MAAFiN

salam..

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya
dan janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu. ...
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya
begitu istimewa....
anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.
akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

renung2kan dan selamat beramal...

BUKANLAH....

salam..


"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa"

"Segagah mana pun diri bukanlah namanya pahlawan jika nafsu tidak dapat dilawan"

"Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah namanya ratu jika buruk tingkahlaku"

"Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia jika tiada iman didada"

"Melangit mana pun ilmu bukanlah namanya bijaksana jika tidak diamal dan digunakan"

"Sealim mana pun warak bukanlah namanya ulama' jika takbur dan riak"

"Sebesar mana pun ujian bukanlah namanya beban jika hati sentiasa pada yang Esa"

renung2kan dan selamat beramal...

Dah dekat Dah !!

salam semua..

kita hampir sampai ke penghujung dunia..


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

bersabda: Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.' Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.'
- Hadith Sahih Bukhari

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata.... walaupun sekadar tengok di berita perdana jam 8.00malam @ Al Jazeera.


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang..' - Hadith Sahih Muslim

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... kat mana mana ada perkara macam ni. dah tahu malu lagi. kalau nabi Muhammad PBUH masih hidup, pasti baginda sedih melihat kejadian ini. sebab bukan ini yang baginda inginkan dari umatnya.


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?' Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita' - Ibnu Majah

~ perkara ni dah jadi dah... depan mata... paling senang nak jumpa depan television. adanya rancangan Akademi Fantasia, Malaysia Idol, artis perempuan yang membawa imej muslimah... dan pelbagai lagi... ini tak termasuk artis wanita yang macam perempuan nasrani dan yahudi.


4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid' - Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah... tak payah tengok kat luar negara, kat Malaysia ni pun ada... masjeed cukup main besar, tapi tak ramai jemaahnya. tempat yang ramai jemaah, sampai melimpah-limpah tak muat nak masuk buat solat jumaat tak nak diperluaskan lagi masjeed tu. biasanya orang macam ni lebih pentingkan, masjeed mana paling canggih... cantik...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.' - Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...... ada jugak bapak yang tak ingat anak, suruh orang lain bela... bila anak dah besar, tak payah bela lagi, baru datang carik anak...


6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran'
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal... kalau yang ada ada ni tak tahu komitmen dia yang sebenarnya, samada betul tanggungjawabnya untuk kepentingan islam atau sekadar tempelan batuk di tangga..


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina).. Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia' - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada....


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.' - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)... pakai kat umah cukupla tunjuk kat laki, dapat pahala besar... ini siap tunjuk kat orang.. nak tunjukkan betapa besar "lurah aku", betapa besar pinggul aku", betapa ramping badan ku... betapa 'flat' perut ku .... etc... masyaAllah. kan senang pakai baju kurung, nak duduk selesa, nak berjalan selesa, nak buat ibadah umum (macam keluar bekerja mencari rezeki, pegi berniaga dan jumpa orang, menghadiri majlis perkahwinan etc) pun selesa. apatah lagi ibadah khusus (bersolat, tak nampakla kulit kalau telekung jarang, nak berzikir pun seronok, sebab menutup aurat, sebab berzikir ni walaupun pendek, tapi berulang kali memang ada kebaikannya, hanya Allah yang tahu, bukan kita.)


10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit.' - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok... atau tanya orang yang biasa dengan ilmu ini. pasti mereka tahu.


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie....... macam macam kan ....


12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu .......
& disembunyikan kesaksian yang benar.' -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ... soheh serta sah nampak, tapi kita atau orang yang sepatutnya ... buat tak tahu jek....


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²' - Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina (tempat orang buat haji- bersihkan dosa) dah kene banjir....


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:


'Sampaikanlah pesanku biarpun...
1 ayat...'

wassalam


renung2kan dan selamat beramal...

1minit ?

salam semua..

Apa yang boleh dilakukan dalam masa 1 minit?

Adalah satu rahmat yang besar dan 1 peluang yang besar dalam setiap minit minit kehidupan kita.Dan setiap minit amatlah berharga bagi setiap muslim / muslimat.

1 Dalam 1 minit anda bole membaca 7 kali surah Al-fatihah

Dikisahkan, suatu ketika Rasulullah Saw melihat sebuah lembaran yang terbuat dari mutiara yang sangat langka, yang berada di bawah Singgasana Allah Swt. Beliau juga melihat lembaran lain yang terbuat dari zamrud. Di atas lembaran yang pertama terdapat Surah Al Fatihah, yang berisi 7 ayat.

Sedangkan di atas lembaran yang kedua, Rasulullah Saw melihat seluruh isi Al Quran.Beliau lalu bertanya kepada Malaikat Jibril As, “Wahai Jibril, apa ganjaran bagi orang yang membaca Surah Pembuka itu?”. Jibril As menjawab, “Tujuh pintu neraka akan ditutup baginya dan tujuh pintu surga akan dibuka baginya”.

Bayangkan dengan 7 Kali Bacaan

2. Dalam 1 minit anda bole membaca 20 kali surah Al-Ikhlas

Rasulullah Saw bertanya lagi, “Apa ganjaran bagi mereka yang membaca Surah Al Ikhlas?”. Jibril As menjawab “Para malaikat akan memberinya minuman dari 4 sungai yang amat nikmat, yang disebut dalam Al Quran: sungai air kristal murni, sungai susu, sungai anggur dan sungai madu”.

3. Boleh menyebut Kalimah “Laa ilaaha ill-Allah” (Tiada Tuhan melainkan Allah) Sebanyak 50 kali

4. Boleh memohon keampunan dari Allah S.W.T dgn menyebut Astaghfirulah Al-Adzim 100 Kali

5. Boleh menyebut Kalimah “Alhamdulillah ” (Bersyukur kepada Allah) sebanyak 60 kali

6. Boleh menyebut Subhan Allah, Wa'l-hamdu Lillah, Wa ha ilah ill-Allah, Wa Allahu sebanyal 18 kali

Cuba bayangkan dengan hanya satu minit apa yang dapat kita lakukan. Mungkin semasa memandu, mungkin sebelum tidur, atau semasa duduk menunggu rakan yang belum sampai.

Sesungguh Allah sentiasa memberi petunjuk dan Hidayah Nya walaupun dalam 1 minit kita mengingati Nya,
Jazakalahu Khairan

renung2kan dan selamat beramal.....