Saturday, July 26, 2008

DALAM HATi

salam.

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:

“Sesungguhnya di dalam hati terdapat
sebuah robekan yang tidak mungkin dapat dijahit kecuali dengan mengadap
penuh kepada Allah s.w.t.

Di dalamnya juga ada sebuah keterasingan yang
tak mampu diubati kecuali dengan menyendiri bersama Allah.

Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak akan mampu disekat
kecuali dengan kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan
ketelusan berinteraksi dengan-Nya.

Di dalam hati juga terdapat sebuah
kegelisahan yang tidak mampu ditenangkan kecuali dengan berhimpun
kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah.

Di dalam hati, juga terdapat gejolak api yang tidak mampu dipadamkan
kecuali oleh keredhaan akan perintah,
larangan, dan keputusan Allah, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran.

Oleh itu,

Seseorang manusia harus cukup rendah hati utk mengetahui kesilapannya,
cukup bijak utk mengambil manfaat drpd kegagalannya n ckup berani utk
membetulkan kesilapannya"

renung2kan dan selamat beramal...

No comments: