Saturday, July 26, 2008

PESAN PADA HATi

salam.

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan.
Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan.
Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan.
Tidak ada kebaikan bagi sadaqah kecuali niat yang ikhlas.
Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan...

Pesan pada hati,

sekiranya kau peroleh kejayaan,
janganlah kau berbangga diri kerana kejayaan itu pinjaman Allah
dan bila-bila masa sahaja nikmat ditarik sekelip mata....

Pesan juga pada hati,

sekiranya kau menghadapi kegagalan,
usah bersedih hati kerana kegagalan ini merupakan satu bentuk ujian Allah
untuk menguji sejauh mana kau tabah menghadapinya dan kemudian bangkit darinya..

Semoga Allah melimpahkan maghfirah dan hidayah
bagi mereka yg hatinya dekat dengan Allah.

renung2kan dan selamat beramal...

No comments: