gua superb senior skrg nih.
sape nak kerek ngan aku.
aku taiko.
backup aku budak-budak kelas Dahlia.
sape xkenal aBOY( kamal sazali ).
kat sekola memang samseng.
sentuh je aku.
maasalamah la.
aku xdela samseng sangat.
budak baik2 gitu.
seumur 12tahun aku banyak habiskan masa dengan pelajaran.
hahhaa..
ye ye jek...study.
perasann muka.
xde maknenye.
aku tetap macam biasa.
tiap2 hari main.
darjah 6 apeeee????....
bagusss!
pandai korang teka.
6Cempaka.
genaplah selama 6tahun.
aku org paling lame dalam kelas Cempaka.
tak turun, dan tak naik.
atas desakan teman-teman.
aku dilantik untuk memegang tampuk pemerintahan.
KETUA DARJAH.
fuuhhhhhhhhhh!!!...
macam ngeri jek bunyi.
aku dah la xbiasa.
dlm otak berlegar-legar pikir.
konpom aku yang kena
1.amek kapur.
2.amek pemadam.
3.amek record kehadiran.
4.panggil cikgu.
ahhhrggHHHHHHHHHHH!!!
xbleyh jadi.
tolak punya tolak.
tapi tetap member2 pilih aku.
undian dibuat.
peratus memang memihak kepada aku.
aku terima dengan hati terbuka.
walaupon kurasakan tugas ini satu bebanan.
esoknya aku datang dengan bersongkok.
tampak berketrampilan.
guru kelas Puan NORISAH.english teacher.
anak teacher ni fomfuan. sekelas ngan aku.
dia penolong aku.
hari-hari aku melaksanakan tanggungjawab sbg ketua kelas ngan saksama.
member2 semua happy.
aku pon happy.
kiteeeEE ENJOYY!! up cikettt..
alamak terlebih sudahh..
rendahhh jerrkkKKK!!..
.......................................................................................................
hari ini style ketupat la..
sedang asyik mengikat tali kasut pallas jazz yang koyak sedikit kat ibu jari.
"edoi nak bawak berapa nih?"
semalam punya abes x?. sapa emak.
"habis makkk!!"
mak jangan risauulaa."
"konpom abes punye."
kerepek mak kan tip top.
kunyah di mulut cair di dalam.
kerepek yang baru di packing.
masih basah lagi.
tengok colour shining dah tau.
ade perisa manis.
ade gak yang perisa pedas.
sampai meleleh-leleh cili.
satu paket 20sen je.
inilah rutin harian aku.
aku lupa nak cerita pada kisah2 sebelum nih.
aku jual kerepek sejak darjah3.
penjualan terhad, pemasarannya hanya di sekola agama.
kat SKS aku takut kene marah cikgu.
kerepek emak memang memberangsangkan.
sampaikan aku ada buku untuk tempahan.
beg yang sepatutnya diisi dengan buku2an.
aku penuhi dengan kerepek.
adela kitab sikit2.
muat la dlm 30bungkus.
hari-hari mesti habis.
alhamdulillah.
rezeki emak harini.
aku langsung xrasa segan.
ustazah ustaz pon kadang2 buat tempahan.
untung yang aku dapat ni pon.
duit belanja sekolah juga.
terima kasih kat AM BLACK ( idham Rahmat ).
AM selalu tolong promote kerepek aku.
terima kasih juga buat kawan2 yang xserik2 makan kerepek emak.
pernah sekali aku ngan AM menerbitkan sebuah COMIC.
lukis pakai tangan jek.
ade la dalam 8muka surat.
aku melukis AM jadi penerbit.
photostat cantek2.
jual dengan harga 20sen.
ada la 2, 3juta abes terjual.hahhaa..
3orang je orang beli. hampeh.
comic itam putih. sape nak beli.
soal imtihan SPRA aku langsung tak risau.
tak tahu kenapa.
aku buat endah xendah,
acuh xacuh.
ape nak jadi ngan budak edoi ni.
situasi lain...
"boleh tolong mintakkan nom tipon umah awek tu x?."
aku malu la".
tolong la ye...
aku xingat aku minta tolong kat sape.
yesss!! dapat.
jantung aku berdegup kencang.
adakah ini yang dinamakan CINTA?
aku menjengok dari sudut sisi tingkap.
aku tatap wajahnya.
dalam hati terukir seribu senyuman.
cantiknya budak ni.
putih melepak.
tampak setiap sudut lekukan yang terukir dari senyumannya
melambangkan ke ayu an.
aku terpaut pada budi pekertinya yang agak malu2 kucing.
pernah si dia menguntum senyuman.
aku fikirkan untuk aku.
rupa-rupanya dia senyum kat JANNAH..
aku memang xmampu berbuat apa-apa.
aku segan.
nombor tipon umah nye aku simpan dlm buku tipon kecik.
buku tipon kecik tu masih wujud.
mana tak segan.
tiap2 kali exam akhir, aku dpt nombor 9, 10..paling bagus pon nombor3.
si dia xpernah nombor lain.
konpom 1..
tiap2 tahun muka si dia je yang akan amek hadiah.
pandaiiiiiiiiiiiinyerr!!..
yang aku naik pentas gak.
tapi untuk persembahan nasyid je.
nasyid pon nasyid laaaa...
aku selalu buat si dia tersipu2 di bawah.
mana xtersipu.
dah macam nasyidkan untuk si dia je.
bapak2 ibuk2 langsung aku xpandang.
maafin dongg...
hormon tumbesaran semakin meningkat.
aku diulit mimpi2 indah setiap hari.
...................................................................................
di sessi paginya.
hari ini aku kene injection.
BCG..katanye utk menyah dari tetanus.
kalau xsilap...penyakit kancing gigi.
nak kene inject tu aku xtakut...
cume letih nak beratur panjang.
busan2.
exam UPSR xlama lagi.
abah lagi semangat dari aku,
baik abah je yang amek exam.
siang malam abah bagi nasihat.
kata2 perangsang pada kebiasaannye berbunyi camni...
" tengok kak.yati dan abg alim kamu tuhh.."
"diorg semua dah masuk U!!.."
edoi xteringin ke nak masuk U.?"
"....jadikan abg dan akak sebgai pendorong utk bejaya"..
abah yakin edoi gak boleh"..
sok sek sok sekk..."
aku tunduk diam je.
iyye kan segalanya.
aku capai pensil, buku latihan, terus buat latihan...
xsampai 15minit aku dengan pensil dan buku latihan selamat.
kroiiihhhhhhh kroihhh...
ketiduran.
alhamdulillah la.
xde la bengap sangat.
cukup2 makan la.
2A.
keputusan SPRA plak.
bleh tahan la.
makbul.hahaa..
cukup2 makan.
aku memang pemalas.
sudah sampai masanya.
aku tinggalkan alam sekolah rendah...
aku cuba menyelami keindahan masa2 lalu.
kenangan demi kenangan.
mengajar aku erti sebuah kehidupan.
hitunglah sepi.
renunglah diri..
sejauh mana kemampuan.
kelak,
akan kau lihat mimpi yang panjang.
akan menjadi kenyataan.
selamat tinggal 12tahun ku.
dah habis ke?....
Monday, July 28, 2008
5Cempaka, 5Mursyid : 1995
mane pulak stokin aku nihh?
sebelah je ade!!
pelik nih..
kat ampaian kot..
emm xde.
kat dalam lipatan2 baju kot..
mungkin de terselit2 kat dalam laci.
xde jugak.
uikk..
pelik...
dari tingkap atas aku dengar tepekik telolong...
"edoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! edoooiiiii!!! edoiiii!!!! cepatlaaaa"
serentak plak tu.
mesti anep( hanif razali) afi( zafri ) ijam( nizam maat) nih.
xbleh jadi.
dah lambat nih.
habislaa aku.
"nape doii?...cari ape tuhh"..sapa emak..
"stokin xde la mak"..mane entah.
mak pon turut sama cari.
abah buat xtau je.
dah biasa ngan perangai aku.
dah nak pegi sekolah baru cari stokin.
xpyh tipu la..korang lebih kurang jek.
puas cari.
rupanye kat dlm mesin basuh.
basah lagi.
elok la tu.
sebelah aku pakai, sebelah lagi basah.
teus perah, capai iron.
zressssssssssSSSSs..
agak2 lebih kurang jek.
lantakla ape nak jadi.
kalau xpakai stokin lagi teruk nanti.
mahu aku kene piat perut ngan penolong guru BESAU..
LET'S GOOOO!!!...
mcm biasa jipang colour metallic akan mengambil kedudukan
petak pertama dlm kategori novis jipang..
laju xberapa laju la.
dah lambat kan.
alhamdulillah.
sempat.
ngam ngam bunyi loceng.
baju basuh kuyup. peluh. nasib xde bau badan lagi!
rambut plak lupe nak sikat.
serabut baiii serabuttt...
kelas kat bangunan lama.
macam seram je..
aku pasti 5C.
emm..
memang aku mengekalkan prestasi.
rekod pelajar CEMPAKA terlama.
kawan2 lelaki langsung aku xtengok.
tengok awek je.
perghh..
ade yang bleh tahan.
sesungguhnya aku perlu cover encem.
sape la yang boleh tahan tu?.
nak tau ke?...
akhir kisah ni aku bgtau k...
tahun 1995 ni ade koko.
ape KOKO?...
kokurikulum.
ada macam2 kelab dan persatuan.
tp aku langsung xminat.
aku tertarik ngan yg satu nih.
KELAB REKACIPTA.
dahsat ni.
bunyi macam best.
terus cari kaum yg nak joint skali.
ade la dlm 15 ke 20 orang.
yang jadi penasihat untuk kelab nih..
cikgu SARIFUDIN BIN KELING ngan puan RUJANTINA..
bleh tahan gak name cikgu penasihat kelab nih.
best bestt...
lagi best kelab nih xde uniform.
gamble jeee.
bayar 15ringgit pastu follow je ape cikgu suh buat.
tak payah pening-pening kepala.
macam-macam aktiviti yang kelab anjurkan.
aku pernah masuk pertandingan rekacipta.
dpt naib johan je.
aku bleh bantai buat bot masa depan.
bunyi macam lawak.
tp memang canggih la..
kalah sebab bot tu xbleh jalan dlm air.
masa try kat umah ok.
sedih jek.
awek lalu lalang usha2.
psttttttttt......budget nak wat fewwettt,
tp bunyi angin jek.
aduh..terlepas lak.
comey gak.
umur11 tahun dah pandai nak mengorat.
nakal anak emak nihh..
tu la naluri budak lelaki.
sungguhpon masih budak.
tapi empunya hati yang besar..
lupa nak bgtau kat u all...
guru kelas 5Cempaka namenye puan LATIPAH OMAR.
terima kasih cikgu.
pandai didik saya.
alhamdulillah jadi manusia.
aku suka cikgu nih.
sebab dia perempuan.
hahahaha...
xdelaa.
sebab cikgu ni cool jek.
tenang dan bersahaja.
xbanyak nak marah2.
tak siap keje sekolah pon dia just rotan sampai pembaris patah je.
ok la daripada kene penampar sulong cikgu....sss..ssaaa..
takutla nak sebut.
ada kisah cikgu ssSSSssaa...
satu hari ni ade kejadian yang agak tragis.
kawan yang agak rapat ngan aku.
nama mamat nih.....
boboiz tau bukan gugurlz..
cerita dia camni.
subjek english.
abes je buat ujian cikgu sssssss bagi balik kertas jawapan.
cikgu ssss nih suruhla kiteorang bagi markah.
tapi dengan syarat kertas jawapan tu mesti bukan sendiri punya.
cikgu sss buat camni mgkin nak ajar murid2 dia bersikap jujur.
semua memberi markah berdasarkan ape yg cikgu sss sebutkan dgn baik..
selesai je semua, cikguu sss terus mengedarkan kertas jawapan
kpd kiteorg seorang demi seorang.
firdaus...
azuwa..
kamiliahh..
hidayatii..
ummi kaaa........kaaa.........kayu...
ummi kayu..
erkkk...
cikgu sss pon rase pelik.
sbb xde pelajar yang keluar amek kertas jwpn.
cikgu ssss tanye.
sape ummi kayu?
ada seorg pompuan berdiri, "nama saya ummi kalthom!!"bukan ummi kayu.
cikguu sSSsss naik berang.
muka merah padam..
belum sempat dia bersuara..
mamat kacak encem berdiri.
"saya yang tukar nama dia cikgu"...( maaf identiti dirahsiakan krn mendatangkan aib )...
"bagus kamu mengaku!!"
cikgu ssss memanggil kedepan.
mungkin ada balasan yang setimpal,
atau mungkin sekadar nasihat...
kita tunggu dan lihat.
kelas jadi sepi....sunyi...
angin berdesir membawa pepasir ke gigi rumput menghijau...
lantas menerbangkan dedaun kering yang baru sahaja disapu abang MULTi.
abg multi ni kerja sapu sampah kat SKS.
paaaaannnNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!....
berpusing..
memang berpusing.
ya ALLAH....
terkejut aku.
serius!...berpusinggg beb.
tapak tangan cikgu ssSSss memang tepat ke muka mamat encem.
maka,
berbekas la pipi dengan cop bodyGlove colour rumah NURI.
pepatah melayu berbunyi..
bagaikan menconteng arang ke muka sendiri...
memang kesian.
tapi tula...
buat pengajaran.
ejek mengejek, caci mencaci kan xelok.
inikan pula memalukan kawan di khalayak ramai.
lgpon islam melarang buat camtu.
..............................................................................................
lagi 5minit aku kena amek eskeemm nih.
jap lg nak rehat.
biasanya aku akan amek eskeem awal 10minit sebelum rehat.
macam biasa aku MON ngan ADZAN akan keluar kelas dengan keizinan.
sebelum sampai ke pagar belakang kami perlu lalu bilik guru.
belum sempat ke pintu pagar.
tiba-tiba.....
woiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!
korang bertiga nak pegi mane?.
aduhhh..
bunyi macam suara guru besar.
Ustaz Redza namanye.
"apehal pulak nihh?"
sebelum ni xde pulak camni.
dari bilik guru besauu...kedengaran..
"2 orang jee..!!"
sorang lagi masuk kelas."
aku pon volunteer la balik kelas.
dalam hati..."aduh rugi la..."
xdpt eskem sebatang.
pastu xdpt jumpe nenek.
merungut2 la aku ngan bebel2an.
fiuwww~~keletakkkkkkkkkkkkKKK...!!!
"aduhh..cibaii!"
sape baling kasut nih..
guru besauu yg baling dari bilik guru.
ape aku nak buat nii.?.
konpom kene pulang balik kat dia.
matila akuu...
ape salah aku.
aku tak buat pape pon..
sampai je kat guru besauu..
"ko cakap ape tadi...?"
ko xpuas hati ngan aku yee..?"
belum sempat aku cakap...
libasan penerajang padu maut guru besau hinggap kat peha aku.
nasib aku sempat tahan..
bebirat gak la..
ohhhh!!!..."ko pandai tahan yee.!!!"
sekali lagi guru besau bagi..
kali ni aku tadah jee..
aku balik kelas ngan muka hampir mencecah 15sen.
macam nak nangis.
tapi tahan.
xpaham gak aku.
nape tiba2 guru besau bukan main hangin.
nak kate period, kahwin pon belum.
lantak la..
malas nak pikir..
kawan2 semua xtau ape yg terjadi.
aku pon rahsiakan je.
selamat diorg xtau..
memang aku bikin panas.
...................................................................................
dalam sejarah hidup ku.
pengalaman pertama dan untuk selama-lamanya.
aku xkan lupe sampai bila2.
aku dikhatan kan di klinik penawar.
segalanya berjalan baik.
emak buat kenduri dikampung.
walaupon aku perlu menahan kesakitan dan agak kenyiluan,
tp pulangannya memberangsangkan.
duit yg aku dpt dr org kampung,
bleh la beli tape player..
time tu mane de vcd player.al kisah sampai di sini...
yuppppp...
aku ade awek!!.
betul ke?
yuppppppp.
tp bukan awek yang aku minat.
si dia admire kat aku.
aku terpaksa buat macam biasa.
lagipon aku tahu perjalanan hidup aku masih jauh.
aku pon xjanji apa-apa.
dlm kepala asyik terfikir.
tahun depan aku UPSR.
periksa besar.
apa yang aku nak buat.
selamat tinggal 1995....
*yg bleh tahan comey tu ZAHARAH Md Salleh.
*yg buat aku bersemut2 mata tu......huhuuu..
jom ke tirai 1996..
Subscribe to:
Posts (Atom)