Monday, July 28, 2008

5Cempaka, 5Mursyid : 1995


mane pulak stokin aku nihh?
sebelah je ade!!
pelik nih..
kat ampaian kot..
emm xde.
kat dalam lipatan2 baju kot..
mungkin de terselit2 kat dalam laci.
xde jugak.
uikk..
pelik...
dari tingkap atas aku dengar tepekik telolong...
"edoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!! edoooiiiii!!! edoiiii!!!! cepatlaaaa"
serentak plak tu.
mesti anep( hanif razali) afi( zafri ) ijam( nizam maat) nih.
xbleh jadi.
dah lambat nih.
habislaa aku.

"nape doii?...cari ape tuhh"..sapa emak..
"stokin xde la mak"..mane entah.
mak pon turut sama cari.
abah buat xtau je.
dah biasa ngan perangai aku.
dah nak pegi sekolah baru cari stokin.
xpyh tipu la..korang lebih kurang jek.

puas cari.
rupanye kat dlm mesin basuh.
basah lagi.
elok la tu.
sebelah aku pakai, sebelah lagi basah.
teus perah, capai iron.
zressssssssssSSSSs..
agak2 lebih kurang jek.
lantakla ape nak jadi.
kalau xpakai stokin lagi teruk nanti.
mahu aku kene piat perut ngan penolong guru BESAU..

LET'S GOOOO!!!...

mcm biasa jipang colour metallic akan mengambil kedudukan
petak pertama dlm kategori novis jipang..
laju xberapa laju la.
dah lambat kan.
alhamdulillah.
sempat.
ngam ngam bunyi loceng.
baju basuh kuyup. peluh. nasib xde bau badan lagi!
rambut plak lupe nak sikat.
serabut baiii serabuttt...

kelas kat bangunan lama.
macam seram je..
aku pasti 5C.
emm..
memang aku mengekalkan prestasi.
rekod pelajar CEMPAKA terlama.
kawan2 lelaki langsung aku xtengok.
tengok awek je.
perghh..
ade yang bleh tahan.
sesungguhnya aku perlu cover encem.
sape la yang boleh tahan tu?.
nak tau ke?...
akhir kisah ni aku bgtau k...

tahun 1995 ni ade koko.
ape KOKO?...

kokurikulum.
ada macam2 kelab dan persatuan.
tp aku langsung xminat.
aku tertarik ngan yg satu nih.

KELAB REKACIPTA.
dahsat ni.
bunyi macam best.
terus cari kaum yg nak joint skali.
ade la dlm 15 ke 20 orang.

yang jadi penasihat untuk kelab nih..
cikgu SARIFUDIN BIN KELING ngan puan RUJANTINA..
bleh tahan gak name cikgu penasihat kelab nih.
best bestt...
lagi best kelab nih xde uniform.
gamble jeee.
bayar 15ringgit pastu follow je ape cikgu suh buat.
tak payah pening-pening kepala.

macam-macam aktiviti yang kelab anjurkan.
aku pernah masuk pertandingan rekacipta.
dpt naib johan je.
aku bleh bantai buat bot masa depan.
bunyi macam lawak.
tp memang canggih la..
kalah sebab bot tu xbleh jalan dlm air.
masa try kat umah ok.
sedih jek.

awek lalu lalang usha2.
psttttttttt......budget nak wat fewwettt,
tp bunyi angin jek.
aduh..terlepas lak.
comey gak.

umur11 tahun dah pandai nak mengorat.
nakal anak emak nihh..
tu la naluri budak lelaki.
sungguhpon masih budak.
tapi empunya hati yang besar..

lupa nak bgtau kat u all...
guru kelas 5Cempaka namenye puan LATIPAH OMAR.
terima kasih cikgu.
pandai didik saya.
alhamdulillah jadi manusia.
aku suka cikgu nih.
sebab dia perempuan.
hahahaha...
xdelaa.
sebab cikgu ni cool jek.
tenang dan bersahaja.
xbanyak nak marah2.
tak siap keje sekolah pon dia just rotan sampai pembaris patah je.
ok la daripada kene penampar sulong cikgu....sss..ssaaa..
takutla nak sebut.

ada kisah cikgu ssSSSssaa...
satu hari ni ade kejadian yang agak tragis.
kawan yang agak rapat ngan aku.
nama mamat nih.....
boboiz tau bukan gugurlz..
cerita dia camni.

subjek english.
abes je buat ujian cikgu sssssss bagi balik kertas jawapan.
cikgu ssss nih suruhla kiteorang bagi markah.
tapi dengan syarat kertas jawapan tu mesti bukan sendiri punya.
cikgu sss buat camni mgkin nak ajar murid2 dia bersikap jujur.
semua memberi markah berdasarkan ape yg cikgu sss sebutkan dgn baik..
selesai je semua, cikguu sss terus mengedarkan kertas jawapan
kpd kiteorg seorang demi seorang.

firdaus...
azuwa..
kamiliahh..
hidayatii..
ummi kaaa........kaaa.........kayu...
ummi kayu..
erkkk...

cikgu sss pon rase pelik.
sbb xde pelajar yang keluar amek kertas jwpn.
cikgu ssss tanye.
sape ummi kayu?

ada seorg pompuan berdiri, "nama saya ummi kalthom!!"bukan ummi kayu.
cikguu sSSsss naik berang.
muka merah padam..

belum sempat dia bersuara..

mamat kacak encem berdiri.
"saya yang tukar nama dia cikgu"...( maaf identiti dirahsiakan krn mendatangkan aib )...
"bagus kamu mengaku!!"
cikgu ssss memanggil kedepan.
mungkin ada balasan yang setimpal,
atau mungkin sekadar nasihat...
kita tunggu dan lihat.

kelas jadi sepi....sunyi...
angin berdesir membawa pepasir ke gigi rumput menghijau...
lantas menerbangkan dedaun kering yang baru sahaja disapu abang MULTi.
abg multi ni kerja sapu sampah kat SKS.

paaaaannnNGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!....
berpusing..
memang berpusing.

ya ALLAH....
terkejut aku.
serius!...berpusinggg beb.

tapak tangan cikgu ssSSss memang tepat ke muka mamat encem.
maka,
berbekas la pipi dengan cop bodyGlove colour rumah NURI.
pepatah melayu berbunyi..
bagaikan menconteng arang ke muka sendiri...

memang kesian.
tapi tula...
buat pengajaran.
ejek mengejek, caci mencaci kan xelok.
inikan pula memalukan kawan di khalayak ramai.
lgpon islam melarang buat camtu.

..............................................................................................


lagi 5minit aku kena amek eskeemm nih.
jap lg nak rehat.
biasanya aku akan amek eskeem awal 10minit sebelum rehat.
macam biasa aku MON ngan ADZAN akan keluar kelas dengan keizinan.
sebelum sampai ke pagar belakang kami perlu lalu bilik guru.
belum sempat ke pintu pagar.
tiba-tiba.....

woiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!
korang bertiga nak pegi mane?.

aduhhh..
bunyi macam suara guru besar.
Ustaz Redza namanye.
"apehal pulak nihh?"
sebelum ni xde pulak camni.

dari bilik guru besauu...kedengaran..
"2 orang jee..!!"
sorang lagi masuk kelas."

aku pon volunteer la balik kelas.
dalam hati..."aduh rugi la..."
xdpt eskem sebatang.
pastu xdpt jumpe nenek.
merungut2 la aku ngan bebel2an.

fiuwww~~keletakkkkkkkkkkkkKKK...!!!

"aduhh..cibaii!"
sape baling kasut nih..
guru besauu yg baling dari bilik guru.
ape aku nak buat nii.?.
konpom kene pulang balik kat dia.
matila akuu...
ape salah aku.
aku tak buat pape pon..

sampai je kat guru besauu..
"ko cakap ape tadi...?"
ko xpuas hati ngan aku yee..?"

belum sempat aku cakap...

libasan penerajang padu maut guru besau hinggap kat peha aku.
nasib aku sempat tahan..
bebirat gak la..

ohhhh!!!..."ko pandai tahan yee.!!!"
sekali lagi guru besau bagi..
kali ni aku tadah jee..

aku balik kelas ngan muka hampir mencecah 15sen.
macam nak nangis.
tapi tahan.
xpaham gak aku.
nape tiba2 guru besau bukan main hangin.
nak kate period, kahwin pon belum.
lantak la..
malas nak pikir..

kawan2 semua xtau ape yg terjadi.
aku pon rahsiakan je.
selamat diorg xtau..


memang aku bikin panas.

...................................................................................


dalam sejarah hidup ku.
pengalaman pertama dan untuk selama-lamanya.
aku xkan lupe sampai bila2.
aku dikhatan kan di klinik penawar.
segalanya berjalan baik.
emak buat kenduri dikampung.
walaupon aku perlu menahan kesakitan dan agak kenyiluan,
tp pulangannya memberangsangkan.
duit yg aku dpt dr org kampung,
bleh la beli tape player..
time tu mane de vcd player.al kisah sampai di sini...

yuppppp...
aku ade awek!!.
betul ke?
yuppppppp.
tp bukan awek yang aku minat.
si dia admire kat aku.
aku terpaksa buat macam biasa.
lagipon aku tahu perjalanan hidup aku masih jauh.
aku pon xjanji apa-apa.

dlm kepala asyik terfikir.
tahun depan aku UPSR.
periksa besar.
apa yang aku nak buat.

selamat tinggal 1995....

*yg bleh tahan comey tu ZAHARAH Md Salleh.
*yg buat aku bersemut2 mata tu......huhuuu..

jom ke tirai 1996..

7 comments:

Puan T said...

ada rumah NURI eh kt skola ko?wohoohoh bangge lak aku..ahahah~

Firdaus Masnan said...

NURI tau..bukan NURY KOnakata...simpan2 bangga tu utk esok2 ye..hahah

Puan T said...

ko jeles neh..namo sobonar den=nuriah.jdnyer bl dipendekkan jd nuri.ohohohoh!!~xkire..nk bangge gk!~

Firdaus Masnan said...

nuriah yee...haii nuriah.baru aku tau name ko nuriah.xkire2.aku nak menang gak..wakakaka!!gurau je nury.

snm | snm said...

ade 2 org si cantik manis di SMKSS :D
zaharah md salleh
nurul izza saaman

snm | snm said...

kesian ko kene terajang dgn cikgu tu :( ade sesape tau x selain pembaca tegar blog ko nih??

Firdaus Masnan said...

nurul ixxa termasuk ke?dahsat gak ye.
kl tym tu la kan..aku tetap ckp intan hazrina muhamad cun.hahaha..tp skrg tidak lg.stkt ni xde org tau slain ko.thanx lin.ko mmg flenchip poleba aku..