Monday, October 6, 2008

2004 : KiSDAR

salam.

kini aku di tahun 3.
final year.
cakap banyak tak guna.
aku dah pikir nak habiskan study je.
awek, awek juga.
belajar tetap macam biasa.
bukan mudah nak senang.
bukan senang nak mudah.
tiada kejayaan tanpa usaha.
tiada kegagalan tanpa berduduk diam.

meh aku layankan korang ngan kisahian yang terjadi sepanjang tahun 2004.
at de first dan buat pertama kali wa min awal qisoh fi hazal yaum..

pada semester5 aku telah dipecah dan dipindahkan kelas.
perbuatan ini agak melampau..
tapi tak de la sampai dapat tentangan dari kite all.
kiteorang just menyirap jek.
ye la kan.
istana yang dibina kukuh selama 2 tahun sudah.
kini dengan mudah di roboh untuk sessi mendasarkan apertite terhadap golongan yang tidak bersalah ini.
ape aku cerita ni. hahaha.
Yaaa!!
betul betul betul...(terjebak upin&ipin)
atas dasar meletakkan yang pandai ke kelas yang pandai2.
dan yang kurang pandai ke kelas yang kurang pandai.
mungkin de sebab tersirat ma'rifat dan mutashabihat.
mungkin juga atas kestabilan memantapkan minda dalam berdaya saing.
semuanya untuk kebaikan bersama.
betul tak ustazah?..
betul betul betulll...uik..huhu
ape2pon..
aku enjoy jek.
waktu untuk menyesuaikan diri di kelompok kelas baru langsung tidak menggugat kredibaliti aku.
dengan ketampanan sedia ada.
aku senang dengan kelas baru ini.
sempoi la budak2 semua.sungguhpon berpecah..tapi xdela semua terpisah.
budak laki shuhaidi sorg je yang kekelas lain..
so funny la..
macam2 aturcara yang dibuat..
macam2 kerenah yang digilap.
macam2 lawak yang dah tak ingat.
semuanya memerlukan keringat.
memang best x ingat...

totally..
aku memang tak penah de masalah la dengan budak2 kelas.
semuanya baik2, ramah2, mesra2...

Ada cerita pasal benda baru..
Semester5 ni macam agak busy la..
sampaikan kena de kelas malam.
dahsat..
kelas malam ni leceh gak la bagi aku.
sebab nak kena ulang alik kisdar dari serdang time malam.
dah la highway bandar sri putra serdang tu banyak hantuooo..
alamak terlebih sudah!!
xdela. gurau jek..
ye lakan..
bila bawak moto sorang2 tu macam2 la pikir.
rasa sit belakang macam de awek pakai telekong putih je.
nak tengok side mirror pon pikir 13 kali.
memang side effect cerita2 hantu nih menjiwai la.
astaghfirullah..
uik!!! sorry ye,..
kelaut lak..
ok2...
kelas malam antara yg masih dalam ingatan..
ustaz Farid Ravi.
subjek tafsir.
sonok gak bile tym malam2 ni belajar.
sebab dapat tengok awek2 dalam kelas..
biasala kan..
waktu siang ngan malam intonasi warna kulit akan berlaku perubahan.
so, bila malam nampak lain.
siang nampak lain.
kena plak, kelas de air cond...sejuk je pandang budak2 nih..
hahahaa..
gatal...
jangan maraahh haa.
itu dulu la.
sekarang lain..dah baik dah.

Ada cerita lawak gak la.
Pasal wat assignment dalam kumpulan.
mcm biasa la.
geng wat assignment aku ngan apek.
aku ngan apek agak sengal ubi.
kalau wat assignment dalam bahasa arab...
alamatnya mmg banyak copy n paste la.
dah la wat assignment dengan ustaz Farid.
untuk kebiasaannya bila buat muqadimah dan penutup assignment,
kiteorang copy paste jek.
sebab nak buat ayat sendiri takut salah banyak.
paham2 la bahasa arab.
byk pantang larang dlm Nahu sorof.
tym buat assignment ni aku ngan apek terlepas pandang.
langsung xbaca isi setiap ayat yang aku copy paste.
biasanya ok jek.
bila tugasan dah selesai..
aku ngan apek dengan bangganya hantar assignment yang konon2nya mengancam.
bile kena tym presentation...
tau ape terjadi?
mesti nak tau kan!!!
ustaz Farid bleh buat announcement tentang tiap2 tajuk yg kene bentang.
kalau de pape yg xpuas hati, kira settle situ la.
so mmg memalukan gile babeng la.
sebab muqadimah tajuk aku bleh bantai copy paste dan x pahamkan maksud setiap ayat.
ayat dia pon berbunyi camni bile diterjemahkan le dlm bahasa melayu.
lebih kurang camni la:

" Saya Muhamad firdaus dan Mohd Akmal bersyukur ke hadrat ilahi,
dengan limpah kurnia Nya kami merafa'kan setinggi kesyukuran kerana
dapat juga menyiapkan hasil tugasan MASTER ini dengan jayanya......
sekian terima kasih..........."

perghhhhhh..
memang malu gile..
budak2 semua gelak.
aku ngan apek pon gelak gak.
tapi gelak dalam hati la.
kalau gelak open kat situ,
mau berdarah bibir kena sepak ngan Ustaz Farid.
memang bikin malu.
aku diploma pon xlepas lagi,
de hati nak siapkan tugasan MASTER.
nasib baik subjek itu lulus.
tapi de extra tugasan la.
aku kene tolong kemas bilik ustaz Farid.
ustaz Farid memang baik orangnya.
mudah bawak bincang la.

kenangan kan..
sape lagi nak cipta kenangan kalau bukan dari kesilapan diri sendiri.
moral of d story..
sebelum buat sesuatu.
analisa sesuatu perkara dengan sebaiknya.
apepon,
kite kena belajar dari setiap kesilapan.
biarpon banyak kali silap.
tapi jalan nak kepada perubahan itu mesti ada dan selari dengan syariat
yang digariskan dalam islam.

Nak tau tak bila aku kenal Perpustakaan Negara.?
Nak tau bile aku start kenal Pusat Islam, kat Masjid Negara tuh?

emm..
jawapannye tahun 2004..haha..
umor dah 20 tahun baru nak ke perpustakaan.
itu pon sebab aku de tessis yang nak kene aku settlekan sebelum aku graduate.
kalau tak, maaf la.
so macam biasala kan.
bahan2 xcukup kalau nak harapkan library kisdar je.
so kene cari maklumat tambahan kat Pusat Islam ngan P.Negara.
memang best la.
banyak gila bahan baca dan bahan rujuk yang dapat menambah mukasurat dalam isi tessis aku nanti.
not just copy+paste je k.
kalau dah fakta memang la kena copy+paste.
tapi mmg banyak yg copy+paste pon..
hahaha..
pemalas.
Tessis aku berkenaan ngan tajuk..
PEMAKANAN DALAM PENGHAFALAN ALQURAN MENGIKUT ALQURAN DAN ASSUNAH.
wahh..
nampak bahagia je kan tajuk tessis aku.
aku yang cari sendiri tau subjek tajuk tu.
aku hantar 3 tajuk.
semua tajuk approved.
so, nak nampak simple, aku pilih tajuk ni.
ada sebab.
sebab tajuk ni de kaitan ngan sains.
so bile dah berkaitan ngan sains.
aku xde la kena rujuk kepada banyak kitab arab.
hehe.bijak bijak.
lagipon, tajuk yang aku buat nih,
nampak professional kan?
seolah-olah aku ni duktur pakar islam dalam soal makanan.
dahsat dahsat...
go go edoi!!
alhamdulillah la..
dapat penyelia pulak ngan ustaz Abdul Rahman, Ketua Jabatan Qira'at dan Tahfiz.
memang sempoi.
bila jumpa ustaz je..
ustaz cakap, kamu cari la seberapa banyak fakta tentang makanan yang baik untuk minda..
kemudian masukkan sama adab-adab serta cara makan yang dianjurkan dalam islam.
xlain xbukan, cara bagaimana Rasulullah S.A.W ikutan kita dalam menitikberatkan soal adab2 dlm permakanan.
masuk la sikit2 ayat quran yang dalam surah An-Nahl...
berkaitan ngan lebah.
madu kan baik untuk otak..
look simple kan.
tapi hasilnya menarik.
tessis aku akhirnya selesai tepat pada waktunya.
dan aku mendapat cop mohor dekan Pengajian Islam..
Ustazah Nur Ainan.
dengan prestasi kepujian.
lega dado den.

................................................

kita rehat sebentar dengan melihat sedikit gambaran2 semasa di semester 5. gambar ini sempat di shot menggunakan compact camera kak.yan. credit 2apek, still simpan pix ni.detik2 indah semasa kami semua membuat majlis perpisahan untuk senior kami.antara persembahan yang kami hidangi sketsa membalas pantun di antara pantun JAWA dengan pantun dialek NEGERI.memang banyak lawak tym sketsa tu, tp semuanya tinggal kenangan. xde rakaman yg sempat dibuat. jadi bg sesiapa yg ada pada majlis itu sahaja yang merasai kehangatan hilai tawa yang sangat menyeronokkan. yang penting abg akak senior ENJOY..cayalahh..
kelas B

kelas A
................................................

sabar sabar..
ngantuk ye baca tessis nih..
sikit je lagi..
tahan ye..

.................................................

dengan itu.
setelah selesai semuanya.
tibalah masa yang amat sukar untuk diterima.
setiap yang bertemu pasti akan berpisah.
pasti dalam setiap ayat ada nokhtah.
belum ada yang hidup di bumi ini masih kekal selamanya.
pasti akan mati jua.

kami tahun akhir Alquran dan Assunah akan berpisah.
isk isk..
sedih sedih..

oleh yang demikian itu.
kami membuat majlis perpisahan antara kami.
majlis terakhir untuk kami beramah mesra.
malas la nak cerita panjang.
sebab yang konduk majlis tu aku kan.
so nanti macam bangga la plak.
so, aku buat biasa2 je.
tempah resort kisdar.
alhamdulillah berjalan lancar.
semuanya meleleh2 nangis terpekik terlolong.
maklumlah kan..
semuanya akan membawa arah tuju masing2.
dan mungkin kite all dah x jumpa lagi pasni.

ape2pon yang berlaku.
aku minta ampon maap la kat kawan2 batch 2002/05
diploma AlQuran ASSunah.
terlebih, terkurang, terlawak, termarah.
ampon ya.

berakhir sudah tirai hidup ku di Kisdar.
ketemu lagi di lain marhalah yang lebih gilang gemilang.

eh ehhh...
title 2004.
habis kisdar 2005 kan?..
ok
ok
aku terlupa plak.
aku cerita k pasni.
ape yang berlaku sepanjang 2005
GRADUATiON day.
blum masuk kisah sepanjang aku duk umah sewa.
nanti aku cerita k.
dun wuri.
duduk bebaik, bekalkan sedikit coco crunch or pop corn.
untuk sama-sama terkam kisah2 aku.

ape lagi tunggu.
jom la terus menyokong kisah di Hari2ku..






sapa awek aku?
mana awek kacamata aku?
senyap je.
tak abes2 ngan awek.
awek awek awekkkkkkkk..
menyampah...