Thursday, August 14, 2008
side 'A' side 'B'
salam
SIDE A, SIDE B
"Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit Jiwa berjalan-jalan di sekitar hospital untuk melawat
para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti hariannya sepanjang beliau bertugas.
Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang menyanyi kalau tidak silapnya.
Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah suara itu.
Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari sebuah bilik berhampiran
dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah salah seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan
seolah-olah seorang penyanyi.
Tapi yang hairannya, beliau melihat pesakit itu menyanyi dalam keadaan terlentang.
Tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula......sambil menyanyi
doktor itu terus bertanya, "Kenapa awak tadi terlentang....tapi sekarang meniarap pula?!"
Lalu pesakit itu menjawab, "Ooooo tadi Side A..ini Side B pulak."
MADE iN JAPAN
salam.
MADE IN JAPAN
Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke lapangan terbang
Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu mula bergerak dengan perlahan.
Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan yang sederhana.
Tiba2, sebuah kereta memotong.
"Ah, Nissan. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tadi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan laju.
"Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast", kata pelancong Jepun tu lagi.
Kemudian sebuah lagi kereta memotong, lebih laju.
"Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast", kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.
Sampai di lapangan terbang.....ketika pelancong itu ingin membayar tambang teksinya..
"RM100 please..." kata pemandu teksi selamba.
"What? RM100? it's not that far from the hotel?", pelancong tu tak puas hati.
"Ah. Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast", jawab pemandu teksi tersebut dengan selambanya.
Si SENG HAU
salam
KISAH SENGAU
Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas
"Vang.. vas nih fegi hamfang ke...? " (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.
Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
"kenapa awak diam tadi? kesian dia..."
Pemandu itu pun menjawab:
"Masham mana haya nak hawab.... haya hun hengau hugak..
hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!........"
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)..."
Subscribe to:
Posts (Atom)