salam
BILA MALAIKAT MENCABUT NYAWA
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan
masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain
masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk
dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada
dan kemudiannya mereka keluar.
Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat
masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke
kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan
sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya disyurga.
Apabila orang yang beriman itu melihat syurga,maka dia
akan lupa kepada orang yang berada disekelilingnya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka
Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri.
Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya.
Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T.
menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya
maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut
maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan
berkata:
"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini
melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah "S.W.T."
Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu,
maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang
mukmin itu.
Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."
Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah
S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh
orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala
anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan
ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini
mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu
pengetahuan."
Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut
roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat
maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata:
Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah
dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."
Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang
mukmin dari arah kaki,
maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga
Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang
mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata:
"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat
beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa
menangis kerana takutkan Allah."
Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis Asma Ku ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang
beriman itu."
Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T.maka malaikat
maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan
Asma Allah S.W.T.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya
kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh
pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata
AbuBakar R.A:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke
SyurgaIlliyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di
syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung
di udara
tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada
di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam
nerakaSijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai
hari Kiamat."
Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia
yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari
mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan
ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.Sekian untuk ingatankita bersama.
Ilmu yang bermanfaat ialah
salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
Bersabda Rasulullah SAW:
"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpulkan
kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi
redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang
dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari amalam
untuk akhiratnya dan lalai untuk memperolehi redha Tuhannya.
(Riwayat Al-Hakim)
wallahu'alam.
renung2kan dah selamat beramal.
Sunday, August 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment