Sunday, July 27, 2008

iSLAM ZODiAC

salam.

Moon_illusion_2









Muharram

Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.


Safar
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya. Ibu bapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan diri, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.


Rabiul Awal
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.


Rabiul Akhir
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.


Jamadil Awal
Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.


Jamadil Akhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian yang ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannya keras dan tidak mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidik dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua-dua orang tuanya.

Moooon
















Rejab

Semasa kecilnya dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.


Sya'ban
Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.


Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan dirinya. Kehidupannya selalu selamat.


Syawal
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibubapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu. Jika tidak, kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.


Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalan kehidupannya. Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keluru, dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.


Zulhijjah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan.

terima kasih kerana sudi mengambil tahu tentang bulan2 islam anda...
mgkin ianye satu fakta hasil drpd kajian atau kebetulan..
semua manusia itu baik dan sering melakukan kesilapan..
cube muhasabah dan perbaiki diri kerana anda masih belum terlambat...

kelahiranku pada 24 bulan 4RABIULAKHIR 1404hijrah...sabar ye mak abah!!!

8 comments:

snm | snm said...

haih...x semestinya betul pun kan?well, u proved it pun..x de pun ko nakal, degil kan? ko pun baik dgn aku, kwn2 lain kan?

Firdaus Masnan said...

hhahaha..
anggap la ianya satu wacana utk kite perbaiki diri.dr baik kpd yg lebih baik.aku rase mssg dia membina aku.sbb tu aku letak artikel tu dlm blog aku..huhu..

Puan T said...

haku sya'aban....erm bab mengalah tuh betol kot...seringkali dibuli ketike kecil sb aku pelat hurup R..da beso pon kne bahan gk sb pelat tu xdpt nk ejas..hukhuk..

Firdaus Masnan said...

pandaila ko nury..
nasib ko baik tau.
nanti aku nak tukar la sya'ban ngan rabiulakhir..wakaka..

Puan T said...

huhu pd pndpt aku..ujung pangkal adelah didikan mak abah..mmg tafsir bln tuh sume ada yg bener..tp ada juge yg tersimpang..kalu mak abah mendidik ng betul n ikot kehendak islam..insyaAllah ank itu akan terdidik ng jayenyer..
jd incik edoi..anda tidaklah jahat.edoi yg aku knl (adelah dlm bbrp bln)..adelah sorg yg hormati rakan2..aku sokong palin!~

Firdaus Masnan said...

bagus..aku sokong said..sape said?..
said yang tertulis sebelah name korang.snm said...nuryko said...hahhaa..betul la tu.hujung pangkal, titik tolak semuanye bermula dr rumah.mak ayah yang baik, akan didik anak2 menjadi baik.hormon anak2 akan lahir dr sikap seorg ayah dan ibu.sebb itu ade pepatah mnyebut..bapak borek, anak rintik.xgitu cik lin n cik nury..

snm | snm said...

ye begitu cik edoi, cik nury dan cik said2 sekalian :D
melentur buluh biar dr rebung nye (kwn aku, janatunnaim panggil baby buluh :p )
ape2 pun, didikan dr mak ayah sebenarnye memainkan peranan. tetapi, bila kanak2 ni dh besar pjg, lebih tdedah kpd pengaruh luar:rakan sebaya, media, org2 sekeliling, keadaan sekeliling.
tu yg kdg2 apa yg mak ayah ajar&didik dh mula jd celaru klu x pandai filter mane baik buruk kan?

Firdaus Masnan said...

tertarik pada perkataan FILTER.
filter yg baik akan membuatkan anak2 itu di nyah dari kekuningan atau keladak mazmumah. oleh itu, filter terbaik adlh filter yg berlandaskan hukum2 ALLAH.