Tuesday, October 28, 2008

TUGU

Salam semua.

Bismillahirahmannirrahim


Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz

Seperti yang kita ketahui.
Negara kita ni banyak tugu.
Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan,
Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya..
Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993,
Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.
ciri-cirinya menyerupai berhala.
melawatnya juga adalah haram.
Setelah fatwa itu dikeluarkan,
maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2
boleh dikenakan kepada sesiapa yang
melawat tugu kebangsaan!
Tetapi sayang...pihak atasan tidak suka akan
keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu.

Setelah berbincang.
Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu.
Maka pihak atasan telah menarik balik gazet
tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja.
Tiada tindakan undang2 yang boleh diambil.
Menurut kupasan Ust. Harun Din,
tugu2 ini boleh mendatang syirik.
Beliau berkata bawalah dosa anda sebesar
langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan
mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit
atau sebesar zarah pun dosa syirik
maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu.
Berkata beliau lagi.
walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi
jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2,
berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik.

Seperti mana yang telah dilakukan oleh Tuan Guru Nik Aziz
Menteri Besar Kelantan telah membuang segala
bentuk patung yg menyerupai binatang
di sekitar bandar Kota Bharu apabila sahaja
Pas memerintah Kelantan walaupun lambang Kijang
itu merupakan identiti bagi Negeri Kelantan.

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan
dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan.
' Menurut kamus dewan,
indera bermaksud nama tuhan hindu manakala
kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.
maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam.
Menurut beliau...
Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik.
Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan negara.
Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawa
mana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai
jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud.
Iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.
Dosa syirik boleh diakibatkan oleh.
1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan
membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dan lain lain.
2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.
3. Mereka yang berdiam diri.
4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM
HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

hasil ini aku amek dari kawan2 yg xserik
nasihat menasihati pada jalan ALLAH..

renung2kan dan selamat beramal.

Wallahua'alam..

No comments: