Salam.
Seorang soleh bercerita :
Ada Raja yang membangun sebuah istana yang sangat indah , serba
serbinya cantik serta megah sekali . Selesai membangunkanya , Raja pun
merasmikan bangunan indah itu dengan mengatur berbagai bagai acara
kebesaran , dan tak ketinggalan dengan mengundang semua rakyat nya , dari
orang orang atasan, seperti para menteri dan pengiring istana, hingga
kepada orang orang bawahan seperti pekerja pekerja biasa, para fakir miskin
dan sebagainya.
Mereka kemudian dijamu dengan beraneka macam makanan dan
minuman,yang bukan main nikmat dan enaknya. Untuk mempastikan keistimewaan istana
itu Raja telah menempatkan beberapa penjaga di setiap pintu istana yang
indah itu untuk bertanya kepada setiap para undangan yang memasukkannya
akan keindahannya, kemegahan serta kekukuhan istana itu, apakah disana
terdapat apa apa cacat meskipun yang paling kecil sekali pun ? .
Beribu ribu para undangan yang datang mengunjungi istana itu,
dan apabila mereka ditanya tentang istana itu , ternyata jawapannya semua
nya sama, iaitu ia adalah sebuah istana yang paling hebat , indah, megah
dan kukuh, dan sama sekali tidak terdapat apa cacat pun walau pun yang
terkecil sekali .
Sebentar lagi, tibalah pula serombongan orang orang tua yang
bertampal tampalan bajunya memasuki istana itu. Para pejaga menjamu mereka
dengan sempurna, kemudian tidak lupa bertanya kepada mereka tentang
pendapatnya pada istana yang indah itu.
“ Terdapat dua cacat besar pada istana indah ini !” salah seorang antara
orang orang tua itu berkata. “Apa kata kau ? Ada dua cacat besar pada
istana indah ini ? !!” Tanya penjaga istana itu dengan hairan. “
Benar, terdapat dua cacat besar didalam nya ,” jawabnya .
Penjaga istana itu lalu menahan sebahagian orang tua itu lalu
membawa mereka mengadap Raja seraya berkata kepadanya :
Wahai paduka Raja! Hamba telah bertanya kepada ribuan orang akan
kehebatan, kemegahan dan keindahan istana paduka. Semua orang mengatakan
yang istana itu indah bangunanya dan sempurna, dan tidak ada suatu cacat pun
padanya, meski pun yang terkecil. Bahkan mereka telah memuji mujinya
setinggi langit. Tetepi apabila hamba bertanya kepada rombongan orang orang
tua ini justeru mereka telah mengatakan ada dua cacat besar pada istan
paduka itu !.
Raja pun menganguk anggukkan kepalanya, kemudian bertanya : ‘
Wahai tuan tuan sekalian ! Saya tak rela dengan cacat yang sekecil pun
pada istana saya itu,tetapi mereka telah menyebut kan dua cacat besar
padanya, Nah , cubalah sebutkan kedua cacat itu !’ pinta Raja kepada orang
orang tua itu.
Seorang dari orang orang tua itu menjawab ;
‘Bukankah istana indah ini pada akhirnya akan rosak ?!’ Tanya seorang dari
orang orang tua itu.‘Ya, benar kata mu itu!’ jawab Raja.‘Itulah
cacatnya yang pertama !’‘Habis apa pula cacatnya yang kedua, !’ Tanya
Raja.‘Pemiliknya akan meninggal dunia, itu lah cacatnya yang kedua.’
Jawab orang tua yang lain.
Raja tercengang mendengar jawapan itu, dan mengakui akan
kebenaran kata kata orang orang tua itu. Dia termenung sejenak, kemudian
berkata kepada mereka :
‘Benar, dan sungguh benar jawapan mereka, namun apakah ada istana yang
tak rosak selama lamanya, dan pemiliknya tak kan mati seterusnya ? Tanya Raja pula.
Orang orang tua itu hampir serentak tersenyum dan ketawa. Seolah
olah mereka sudah menunggu soalan itu daripada Raja, dan mereka pun sudah
ada jawapannya.
‘Ada, wahai paduka Raja, ada,‘jawab mereka serentak.“Dimanakah dia ?” Tanya raja…
“Di Syurga ! Syurga dan kenikmatannya tidak akan rusak buat selama lamanya,
dan pemiliknya juga tidak akan mati seterusnya !” jawab mereka lagi. Raja
mengangguk anggukkan kepala. “ Alangkah bahagianya sekiranya paduka dapat
memperolehinya, sebab jalan untuk memperolehinya bagi paduka sangatlah
terbuka luas, dan tidak sukar,” tambah orang orang tua itu.
Cuba terangkan, bagaimana cara memperolehinya? Tanya Raja.
Mudah saja! Paduka akan memperolehinya dengan beriman kepada Alah s.w.t.
dengan menjalani semua perintah dan menjauhi segala yang tiada diperkenankan Nya.
Sebaliknya jika paduka tidak mengerjakan semua itu, maka paduka pun
akan menghadapi kecelakaan dan siksaan yang sangat pedih, iaitu yang berupa
api neraka, kekal di sana yang kesakitannya tidak dapat dibayangkan, jelas
mereka sekalian.
Baiklah, kalau begitu aku akan turuti segala nasihat kamu dan
akan aku tinggalkan yang selama ini akan aku pegang. Aku akan beriman kepada
Tuhan Maha Esa , dan aku akan tinggalkan kerusi kerajaan ini untuk bertaubat
kepada Nya, balas Raja.
Raja itu benar benar melaksanakan segala apa yang diucapkannya. Akhirnya
jadilah ia sebagai hamba Allah yang soleh, taat sehingga ke akhir hayatnya,
dengan berkat ajaran hamba Nya yang soleh.
Ya Allah! Berilah hamba Mu ini petunjuk dan hidayah Mu dalam
mengarungi kehidupan ini.
Amin!!!...
Friday, August 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment