salam.
Maklumat tambahan: Untuk pengetahuan semua di Sepanyol banyak harta
benda dan intellek org Islam dihancurkan oleh puak Kristian di kurun ke
12 dan seterusnya. Dan pada masa kejatuhan Islam itulah bermula
Renaissance Kristian, hasil dari ilmu2 cendekiawan Islam seperti Ibnu
SIna (Avicenna - the great mathematician) untuk puak kristian melepaskan
diri dari belengu zaman meleset/derita (ie Dark Ages).
Cuma hari ini tinggal sejarah sahaja di Sepanyol seperti Granada,
Andalusia, etc, hingga Masjid yg cantik dah jadi Cathedral.
Hasad dengki mereka terhadap Islam masih membara hingga sekarang
(kesinambungan King Richard menentang khalifah2 Islam dahulu).
Contoh angkara Bush & Presiden Sepanyol menyedut hasil bumi(black oil)
org Islam dan menhancurkan kemjauan org Islam di sana dan jugak tammadun
manusia serta Gedung ilmu Islam di Iraq/Baghdad.
Rasa cukup lah kita dari terus ditipu oleh puak kristian dan Yahudi yg
memerintah dunia, tapi kita masih lagi menang kerana: Allah hu rabbul
'Alamin.
Pls read on.....and do not celebrate April Fool & advise your
immediate family too......cos we gonna be the fool in the eyes of
Allah.
Rahsia Sebenar AprilFool...!
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan
bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu
taksub dengan budaya 'pandang kebarat' menjadi begitu sibuk sekali.
Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk
dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala
mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini.
Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah
padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari,
kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan
boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.
Suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang
jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak
3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada
mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka
selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si
suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang
dilafazkan telah pun jatuh!!!
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa
ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol,
kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.
Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di
dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera
Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk
menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim
ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol
dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan
menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan
suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal
yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk
bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan
yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah
pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian
membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat
untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian
kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki,
perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh
tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan
sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan,
orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan
April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun
pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri. Semoga Allah
sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.
-Petikan drpd Risalah Fikrah-
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu...
riwayat Tirmidzi.
renung2kan dan selamat beramal...
Tuesday, July 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
itu sebab aku kurg gemar dgn pkataan itu..mase skola rnedah ade jugak sebut sebut sbb x tau crte sebenar..skrg, logik akal mengatasi..maka nya, ucapan joke itu harus di nyah sama skali dlm hidup setiap muslim..
bagus snm.
tanamkan dlm diri dari menyebut perkataan itu sbg joke.lebih bagus jika menyebut subhanallah, alhamdulillah, lailahaillallah, allah akbar.kan dapat pahala!!..amin
Post a Comment