Tuesday, July 29, 2008

ADUYAiiiii...

Kisah Si Kasihan perlukan Ihsan.


1) Handphone

Seorang businessman terlalu risau kerana perniagaannya yang merosot.
Dia bercadang untuk menjual sahamnya sebanyak 100 lot pada harga RM5.00.
Pesanan telah diberitahu pada remisier supaya menghubunginya bila harga naik
kepada RM5.00

Masuk waktu zohor,
dia pun sembahyang zohor dan ingin berdoa supaya harga
saham naik.
Ketika rakaat kedua, telefon bimbitnya berbunyi,
panggilan dari remisiernya.
Sidiapun cakap, "Hello! Aku tengah sembahyang ni!,
Kejap lagi aku telefon kau balik!'

2) Mat Rock Sudah Insaf!!!!

Seorang Mat Rock berasa sudah insaf dan ingin kembali ke pangkal jalan.
Dia pun singgah di Masjid Jamek, waktu asar.
Setelah ambik air sembahyang,
Mat Rock pun sembahyang asar.
Selepas dua rakaat, mat rock beri salam.
Selesai.

Seorang abang bilal pun bertanya,
"Saudara sembahyang apa tadi?
"sembahyang asar" jawab mat rock
"Tapi sembahyang asar empat rakaat,
bukan dua rakaat" sampuk abang bilal.

Dengan nada marah, mat rock jawab
"Nasib baik saya sembahyang dua rakaat,
kat luar sana tu, masih ramai yang tak sembahyang langsung!!!!!

3) Sembahyang tak boleh cakap

Ada tiga orang muallaf yang baru masuk islam dan sedang belajar sembahyang.
Sedang sujud rakaat kedua sembahyang maghrib,
mullaf pertama bertanya kepada mullaf kedua,
"Eh! sembahyang maghrib berapa rakaat?
"Hei, sembahyang mana boleh cakap!,
nanti batal sembahyang kau ni" marah muallaf kedua.

"Nasib baik saya tak cakap!" kata muallaf ketiga.


tegur menegur sangat dianjur oleh iSLAM.
method menegur mesti betul pada tempat,
masa n caranya. selamat beramal...

2 comments:

snm | snm said...

iye..aku setuju..tegur menegur digalakkan..tp zaman skrg style hidup "aku aku, kau kau" silap haribulan, klu kte tegur org, kte kena maki balik, x pun paling dasat boleh menyebabkan berbunuh-bunuhan sesama sendiri!

ko try google psl org tua mati kene tetak dgn jiran psl binatang ternakan kut..naudzubillahiminzalik..

Firdaus Masnan said...

sbb tu dalam islam meletakkan method2 n cara berdakwah yang dianjurkan.dlm quran juga ada menyebut bgaimana cara2 berdakwah.zaman nabi s.a.w dulu lebih teruk ancamannya.tp kita lihat bgaimana Rasulullah menanganinya dgn baik n islam berkembang sehingga hari ini.renung2kan...