Thursday, July 31, 2008

1991 - 1996 : Kesimpulan

bukan nak bercoletah panjang.
bukan nak mengadu domba.
bukan juga bermadah sampai ke tua.
tapi sekadar ulasan sang pencinta.

aku cintakan hidup.
aku gembira dengan kerenah.
aku sedih bila kau menangis.
aku merayu pada yang SATU.

ini kisah menjadi sejarah.
ini kisah si panahan cinta.
ini kisah dulu kala.
ini kisah buat semesta.

alkisah semua ini adalah sejarah hidup aku.
salasilah siapa edoi.
impian edoi.
cita-cita edoi.
matlamat edoi.
suka duka edoi.
sepanjang 1991-1996.
sungguhpon ada sedikit sebanyak kekurangan.
tapi itulah realitinya.
aku tetap edoi.
aku tak berubah macam dulu.
ada kurang.
ada tambah.
tidak pernah menipu walau sepatah.
cuma ditipu aku berserah.

pada cerita di tahun2....
1991,1992,1993,1994,1995,1996.
semua kisah di sekolah.

nak tau kisah hari2ku dirumah?...
sekadar kisah2 penting yg masih dlm ingatan.

antara peristiwa-peristiwa penting....

......................................................................................


pada 1992.

tengah sibuk dengan melayan kerenah pakcik sakor.
pakcik sakor diupah abah utk renovate umah.
pakcik sakor pandai buat umah.
kerja tangannya juga halus.
pakcik sakor merupakan sepupu abah.
sepupu yang agak jauh.
ketika itu abah nak tambah anjung depan sikit.
nampak besar sikit la.
boleh la Proton SAGA "BCP9123" abah berteduh.
proton saga tu dah xde skrg.
xtau la ape khabarnye dan di mana.

sedang asyik melayan pakcik ku yg ketika itu sering berlawak,
tiba2..
aku dikejutkan dengan kelahiran bakal adik ku.
alhamdulillah.
emak melahirkannya dengan selamat.
adik perempuan.
dalam hati,
bestnye laa...
xdela aku jadi anak bongsu.
tapi terfikir juga.
mesti abah dah xbakarkan sotong utk aku.
mesti abah dah xbelikan permainan utk aku.
mesti abah dah xlayan aku mcm dulu lepas ni.
aku bergelar abang.
alhamdulillah.
aku, abang alim dan kak yati masing2 gembira.
nama adik, abah namakan Rabiatul Adawiyah.
sedap nama tu.
kiteorg satu family panggil "ada"
kasih abah emak terhadap anak2 tidak berbelah bagi.
semuanya tetap sama.
cuit peha kiri, terasa di peha kanan.
masing2 berkongsi kasih tanpa batasan.

........................................................................................

di sebelah petang dan kebiasaannya.
aku dan abg alim akan ke padang bola atau padang badminton utk bersukan.
kami yang agak kamcing ketika kecil sering main bola dan badminton bersama.
kalau dirumah biasanya aku ngan abg akan gaduh.
abg aku ni kuat menyakat.
aku pulak kecik2 dulu panas baran.
pantang kene usik.
konpom gaduh dari ruang tamu sampai tong sampah dapur.
memang aku di ayam2kan.
sorry la abg ku.cerita xde tapis punye.
hahahhaaa...
bile ingat2 balik.tergeletik gak hati ni.
apepon dia tetap abg aku dan satu2nya abg aku yg aku ade kat dalam dunia ni.

pernah sekali main badminton.
main bergu.
aku jage depan, dia jage belakang.
bila aku xdapat.
standby la kritikan dan tohmahan padu dari dia.
tapi best.
sebab selalu menang.
abg aku memang terel badminton.
sorg ketot, sorg tinggi lampai.
aku ngan yonex carbonate6 btg besi.
abg aku yonex carbonate8 btg carbon.
semuanya tinggal kenangan setelah zaman kanak2 meninggalkan aku
dengan begitu pantas.

..................................................................................................


kak. yati pula akan sibuk memasak, mengemas, membasuh di rumah.
kakakku sangat baik.
aku je yang sangat nakal.
kenangan bersama akak xbanyak.
sebb akak aku sambung belajar kat ITM manjong.
sambung diploma interior designer kalau xsilap.
cuma ada sedikit kenangan yg agak pahit tp baru kelat2.
alhamdulillah.
kisah terjadi sewaktu kami sekeluarga nak hantar akak ke ITM.
kami bertolak agak lewat malam.
oleh kerana masa perjalanan yang agak panjang,
abah menjadi terlalu penat.
abah mengantuk.
bila mak cakap "abang ngantuk ke?"..
rehat la dulu kat tepi jalan nih"..
abah endah xendah..
aku, abg dan akak mcm biasa akan bergilir2 urut abah kat tengkok dr belakang.
abah segar.
tp buat seminit dua.
lepas tu ngantuk balik.
sedang aku asyik memerhatikan pemanduan abah.
ada lori trailer panjang memotong kereta hadapan.
aku xfikir abah turut serta.
tiba2 abah mengekori trailer dari belakang.
sekarang ada 2kenderaan sedang memotong.
bila trailer lepas memintas kereta hadapan.
giliran abah pula cuba memintas pula.
kita lihat apa nasib kami sekeluarga.
xsempat abah memotong...
ngam ngam ada kereta dr arah bertentangan meluru laju.
betul2 muka bertemu muka.
creeeeeeeeeettttttttttttttttttttttttt....
berderauuu darah aku..
kami semua senyap membisu.
sipi2.
ketis2.
kereta dari arah bertentangan mengelak ke bahu pembahagi jalan.
keadaan jadi kelam kabut.
abah cepat2 drift..
alhamdulillah.
terima kasih buat pemandu cekap dr arah bertentangan.
kami sekeluarga selamat.
mak xhabis2 membebel.
itu ini.....sok sek sok sek.
abah terus ke pembahagi jalan.
dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.
kalau tidak.
nauzubillah.
mgkin kami sekeluarga di tempatkan bersama2 org yg soleh.

..........................................................................................................

kebiasaannya di musim perayaan.

yeayyy...
lagi 2jam lagi dah nak berbuka.
berbuka apa?
buka puasa la..
arini hari yang terakhir untuk umat islam berpuasa.
esok raya.
dan macam biasa kemas umah, cat2 pagar, tukar langsir, isi kueh dalam balang,
pasang lampung kelip-kelip, try baju raya...
pada kebiasaan dan setiap tahun kami sekeluarga akan pulang ke kampung.
al maklum la kampung kami sangat jauh.
kat mane kampung yg jauh sangat tu?.
SiJangkang batu8 Klang. fuyoooo...jauhnyaa..wakakaa.
sungguhpon kampung kami masih di lingkaran kawasan selangor,
tp tetap merasakan kehangatan beraya di kampung.
kampung ku tempat raya ku.
berbalik pada kebiasaan nye di bulan puasa.
aku akan berpuasa penuh setiap hari.
cuma disebelah petangnya aku akan tido.
xtahan.
bila jam dah pukul5, aku akan siap2 buat air milo ice.
buat pekat2, cawan mesti yang paling besar dan panjang.
baru puas. milo ice ini untuk aku sorg je.
kalau abg alim nak, buat la sendiri.
abg alim akan jeling2 tengok milo ice aku, geram!!
kak yati pulak buat xtau je.
makan, sekadar apa yang ada untuk dijamah je.
tiba malam, selepas isya' macam biasa la.
tarawikh di surau.
hari pertama je 21rakaat.
hari seterusnya yang pasti tolak 13rakaat =8 je.
hehe.
pemalas.
biasala kan.
jiwa budak2 ku masih meronta2 inginkan keseronokkan.
aku akan sibuk ngan kawan2 main mercun, meriam tin, pasang pelita.
bila TV1 mengumumkan :
" dengan ini saya penyimpan mohor2 besar seluruh negeri mengisytiharkan bahawa pada esok hari bersamaan dengan 1Syawal adalah hari raya..."
aku ngan abg alim akan menjerit..woooooo.mcm org xbetul, guling2..
esok raya, esok raya...
malam tu jugak kami akan siap2 utk pulang ke kampung.
bermalam di kampung sebelum pagi raya teramatlah indah.
sungguhpon kampung ku sangat dekat,
tapi kami tetap merasakan seperti satu perjalanan yang amat jauh.
keesokan paginya.
aku akan melangkah kaki lebih awal utk ke bilik mandi yg kedudukannya di luar rumah.
seram gak.
kolah besar.
gelap jek.
raya punya pasal, nak xnak mandi gakla.
mandi sunat hari raya.
kan dapat pahala.
mak siap2 iron baju utk aku, abg alim dan abah.
aku bersiap bagaikan raja sehari.
nampak kacak je.siap sampin songket dan songkok.
itulah rasminya cara berpakaian di Malaysia.
cukup beradat dan sopan santun.

rutinnya aku akan bermaaf2an kami sekeluarga,
kemudian minta maaf kat atok nenek.
pastu mcm biasa, acara kumpul duit mengelilingi kampung.
kerja2 ni kebiasaanye aku, abg alim dan sepupu aku ANOR (anak pacik SARIP kambing)
akan terus cari beskal tua dan pusing beraya di setiap rumah.
rumah demi rumah kami akan redah.
xkenal pon belasah jek. buat2 macam kenal.
ada yang siap cakap " bapak korang ni kerja BOMBA ye?.."
aku tahan gelak dan iyye kan jee..hahaha
objektif dan matlamat mesti tercapai.
duit raya penuh di pocket kiri kanan juga pocket atas.hahhaa.

penah sekali kami bertiga yg ala2 budak lapok termuntah2 xlarat nak makan.
macam2 kerenah.

nak cerita ke ni..?
korang nak tau ke?
macam membuka pekong di angin belakang la pulak.
tapi xpe la.
kisah ni dah jadi sejarah pon.

setiap air yg dituang tuan rumah, kami akan minum sikit jek,
yang lebih buang ikut tingkap,
makan pon just kacang2 dan benda yang xmngenyangkan.
xsempat tuan rumah nak borak,
kami bertiga dah mintak balik.
yang penting duit raya dapat.
dulu xmacam sekarang, 50sen dah kira banyak sangat la tu.
penah juga kami dihidangkan lemang.
time tuh abg alim xlarat nak makan.
agak2 clear je, tuan rumah xde, zasssssssssssss....
gedebakkkk...
lemang melekat kat dinding.
time tuh mmg lawak gila2.
sasaran ke luar pintu xtepat.
terkena dinding.
semua tahan gelak.nasib tuan rumah xperasan.
nakal betul kami bertiga.
ada je perangai2 pelik.
bila perut memulas, xtahan nak BERR...
kami pon slumber je melepas kat hutan.
nyamuk pulak banyak.
abes merah2 apam kiteorg.haha..
teruk betul budak2 nih.
sebelum magrib kami akan pulang ke umah nenek dgn pocket yg penuh isi.
sangat best.
aku akan mendapat jumlah yang paling banyak.
sebab aku yang paling muda dan cute.
ahakss..perasan jek.
memang pon.
setiap tahun itulah rutin bila tiba musim perayaan.
meriah dan sangat menggembirakan.
kampung mak dan abah sebelah2 je.
bukak tingkap kanan nampak kampung abah.
jadi bila bercakap yang aku ni cucu JABAR(ayah abah) atau cucu TAMJIS(ayah mak)
satu kampung akan tahu.
aku xperlu risau, sebab satu kampung saudara aku.


..............................................................................................................


mungkin setakat ini dahulu.
aku akan update dari masa ke semasa.
terlalu banyak peristiwa yang perlu aku remind kembali.
maaf andai ada terkurang dan kata2 riya' yg boleh melukakan hati si pembaca.

tadaa~~~~


maasalamah.

11 comments:

Puan T said...

kak yati aka kak mis.xkusangke akak ipar jiran sebelah umah aku merupakan akak kandung ko wahai daus.kecik bona dunia neh.xkusangke zubir yg manja ng kak umi merupakan ank buah ko wahai daus.kemetot bona dunia neh.

snm | snm said...

abg ko bace ni sure gelak jek..x sia2 aku push ko create blog :D at least org kt serdang xdela hilang jejak ko kt sane..kan?

kelakar wey :D zaman kecik2 mmg x bole lupa..

Firdaus Masnan said...

haha..sorg crite pasal kak.mis, sorg crite abg.alim.mane bleh lupe dunia kecik2.dunia bermula dr bertatih.pasti ada awalnya sebelum akhirnya.blog ni salah satu kwn baik aku.blog ni la selalunya mendengar cerita2 aku, kisah2 aku.suka duka semua dikongsi bersama.

ada cerita lagi...
insyallah aku persembahkan utk kalian semua.

tunggu..

snm | snm said...

kan bagus ko dh create blog :D nnt aku create..tp myb byk crte psl shopping kut :p

Firdaus Masnan said...

shopin je la ko lin.
jgn biasakan sgt lin.
baik ko kumpul simpan utk pegi umrah.
xpon ko simpan pastu blanje aku satay kajang ke, rangka ayam pasar mlm pon dah ok..hahahaa.terliur siot.

snm | snm said...

mungkin definisi shopping aku agak berbeza dgn ko kut :D aku x shop kt shopping mall..mcm ko dgn kasut branded, jam branded..aku nk tye..mane lokasi ko beli..shopping mall?? aku x shop kt ctu..aku menunggu warehouse sale di mane sgl hrga yg 2-3 ratus x kn dpt di whouse sale..whouse sale kbykan brg2 branded blh dpt below rm150..swatch aku bli dpt rm180..bile aku tgk kt butik swatc..jam yg sme tu hrga rm360..aku akan cr tmpt yg blh bargain mark down! :D so amin skrg x pening kpla klu aku mcm demand nk brg branded :p let say eyeshadow maybelline dlm rm20 lbh satu palette(3color) whouse sale aku dpt 9 color rm10 :D so aku rse aku x susahkan amin lg..aku pun x susahkan diri aku lg krn dpt shopping tanpa mengeluarkan lebih duit pun :D

>>sbnarnye cr brg hntran :D

Firdaus Masnan said...

ko buat aku jeles nih.agak geram gak la.xpe2..sila2.moga korang smpai ke jinjang pelamin.insyallah.kl de rezki aku smpat la snap pict korang.

Dondo Chakka said...

err.. kalu cam tu.. saya nak tumpang shopping sekali buleh tak... :D :D hehehehehehe

Firdaus Masnan said...

berkebolehan!!

snm | snm said...

master jiraiya..sila klik pada link tersebut
www.shoppingnsales.com

td aku terbeli jaket jeans MNG rm36 sahaja :p hrga retail di shopping mall boleh mjangkau ke rm100 :D

td juga aku terbeli revlon lipgloss dgn hrga rm5 shj :p normal price rm20++ heeee...:D

Firdaus Masnan said...

aku xtau pek.aiyott.snm offer ko bershopping tuh.siap bg link lg.
lantak korang la.pandai2 la berbelanja.aku nak beli dslr.xmo pikir yg lain2.