Monday, August 11, 2008

SEJARAH 5 WAKTU

salam.


Sejarah Solat 5 Waktu


Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran.
Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari.
Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut
akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut diterangkan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:

Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s.
iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi.
Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Zohor:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s.
iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s..
Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari,
lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.

Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

Asar:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s.
tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun.
Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai,
sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda
telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:

Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.

Maghrib:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s.
iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya,
sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa,
lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:

Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Isyak:

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s..
Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan,
sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita.
Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun.


Wallahua'alam.

WANiTA BERPOLiTiK?

salam


Wajarkah Wanita Berpolitik?


Antara isu yang sentiasa hangat diperkatakan atau evergreen ialah isu wanita. Sejak dulu lagi, isu wanita tidak pernah lapuk malah ia selalu menjadi isu kontroversi walaupun hakikatnya ia bukan kontroversi sekiranya kita melihat dan menilainya dari sudut pandangan syarak. Isu-isu seperti penglibatan wanita dalam politik, isu poligami, pendedahan aurat, pengeksploitasian dan diskriminasi wanita dan seumpamanya sentiasa menjadi tajuk perbincangan yang seolah-olah tidak pernah selesai.

Untuk tidak melebarkan perbincangan, saya hanya ingin menyentuh tentang penglibatan wanita dalam politik. Kebetulan pula negara kita baru selesai mengadakan pilihanraya pada 29 November yang lepas dan keputusannya telah sama-sama kita ketahui. Semasa pilihanraya inilah, pendirian Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang tidak meletakkan calon wanita dijadikan modal kempen oleh parpol-parpol yang tidak bersetuju dengan Pas terutamanya UMNO. Pas ditohmah kononnya telah mendiskriminasi golongan wanita kerana menafikan hak mereka.

Betulkah begitu?
Sebelum menjawab soalan tersebut, sudah tentu terlebih dahulu kita perlu menjawab persoalan; wajarkah wanita berpolitik? Atau haruskah dan bolehkan wanita berpolitik? Kalau kita memahami maksud politik yang sebenarnya, tanpa ragu-ragu kita akan mengatakan; wajar, harus, boleh bahkan perlu wanita melibatkan diri dalam politik. Orang yang mengatakan wanita tidak boleh berpolitik sebenarnya telah tersilap dalam memahami maksud politik. Mereka ini memahami politik dari sudut yang sempit.

Secara umumnya politik bermaksud hal ehwal yang berkaitan dengan pengurusan dan pentadbiran sama pengurusan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Dalam aspek yang lebih khusus, kita hari ini lebih melihat bahawa politik ialah yang berkaitan dengan soal-soal kenegaraan, kepimpinan dan bagaimana sesebuah negara itu ditadbir dan juga meliputi hubungan antara sebuah negara dengan negara yang lain. Jadi, penglibatan dalam politik bermakna melibatkan diri dalam menentukan kepimpinan dan corak pentadbiran sesebuah negara.

Kalau begitu, betulkah tohmahan yang mengatakan bahawa tindakan tidak membenarkan wanita menjadi calon dalam pilihanraya adalah menafikan hak wanita untuk berpolitik? Bukankah dengan membenarkan wanita mengundi, berkempen dan merayu undi merupakan sumbangan yang besar dalam menentukan pemimpin dan corak pentadbiran sesebuah negara? Dengan perkataan lain, Pas tidak menafikan hak wanita untuk berpolitik dan tidak juga hak mereka untuk mencorakkan politik negara.

Ternyata tohmahan yang mengatakan Pas mendiskriminasi wanita atau menafikan hak mereka untuk berpolitik semata-mata kerana Pas tidak meletak calon wanita adalah tohmahan daripada orang-orang yang jahil politik.

Ataupun mereka faham politik, tetapi sengaja mengambil kesempatan daripada senario tersebut sebagai modal kempen. Ataupun lebih terang dan nyata, orang-orang yang membuat tohmahan tersebut menampakkan bahawa mereka jahil Islam.
Islam tidak menghalang wanita berpolitik malah mewajibkan semua orang Islam supaya mengambil berat aspek politik dalam konteks menentukan pemimpin yang akan memimpin mereka. Menentukan pemimpin bermakna menentukan siapa yang berkuasa dan memerintah negara.

Adakah masuk akal sekiranya wanita yang juga merupakan sebahagian daripada golongan yang dipimpin atau diperintah tidak boleh atau tidak diberi hak untuk menentukan siapa yang memerintah mereka?
Kalau wanita tidak boleh berpolitik, kenapa Rasulullah SAW menerima baiah daripada wanita di ‘Aqabah dan Madinah? Kalau wanita tiada hak dalam menentukan siapa pemimpin mereka, bukankah hanya memadai dengan Rasulullah SAW menerima baiah daripada kaum lelaki sahaja tanpa perlu melibatkan wanita? Tetapi yang telah berlaku tidak begitu, bahkan secara jelas disebut dalam surah Mumtahanah ayat 12 bahawa wanita membaiah Rasulullah SAW.

Firman Allah maksudnya, “Wahai Nabi, apabila datang kepadamu wanita-wanita yang beriman untuk mengadakan janji setia (baiah)…………maka terimalah baiah mereka dan mohonkanlah keampunan Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”

Ayat ini menguatkan bahawa baiah wanita berasingan daripada baiah lelaki. Mereka ada hak yang tersendiri. Perintah Allah kepada Nabi SAW supaya menerima baiah mereka menunjukkan penglibatan wanita penting dan perlu.

Jadi, ayat ini menjadi dalil bahawa wanita boleh mengundi dan mereka ada hak untuk mengundi bagi menentukan pemimpin yang akan memerintah mereka. Penafian terhadap wanita dalam menentukan pemimpin mereka atau menentukan wakil mereka dalam parlimen atau majlis syura sesebuah negara bukan sahaja menafikan hak, malah menafikan kewajipan. Dalam hal ini, pada pandangan saya, keputusan sidang Majlis Negara Kuwait baru-baru ini yang tidak membenarkan wanita mengundi, tidak sepatutnya berlaku.
Melantik pemimpin adalah wajib dan wajib melantik pemimpin dari kalangan orang-orang beriman yang tidak cenderung kepada kekufuran. Tidak mungkinkah mengundi menjadi wajib sekiranya itulah wasilah dalam menentukan pemimpin yang sesuai dengan perintah Allah SWT.

Kaedah feqh menyebut, “Sesuatu perkara yang tidak sempurna perkara wajib kecuali dengannya (perkara tersebut), maka perkara itu menjadi wajib.”

Cuba kita bayangkan, sekiranya golongan yang mendukung perjuangan Islam dan bermatlamatkan menegakkan syariat Islam tidak membenarkan wanita mengundi tetapi sebaliknya golongan yang menentang mereka (menentang perjuangan Islam) memberi kebebasan kepada wanita mereka untuk mengundi? Apakah yang akan berlaku? Bukankah ini satu mudharat kepada Islam dan bukankah kemudharatan itu wajib dicegah? Kalau tidak mengundi menyebabkan mudharat dan mudharat wajib dicegah, maka, pencegahan kepada mudharat iaitu membenarkan wanita mengundi, menjadi wajib.

Berhubung dengan pilihanraya juga, saya ingin menyentuh tentang pencalonan wanita sebagai wakil rakyat. Ini termasuk juga pelantikan wanita sebagai menteri kerana biasanya menteri dilantik daripada wakil rakyat yang mewakili sesuatu kawasan parlimen atau dilantik terus daripada ahli Dewan Negara (senator). Persoalan yang ingin saya ketengahkan di sini ialah, wajarkah atau haruskah wanita menjadi wakil rakyat atau menjadi menjadi menteri.?
Dalam persoalan ini, saya bukannya hendak mengeluarkan fatwa atau memutuskan hukum tetapi sekadar memberikan pandangan selagimana ruang untuk berbicara dan berbincang secara ilmiah terbuka luas tanpa unsur taasub dan emosi. Pendapat saya dalam hal ini, secara peribadi saya tidak bersetuju wanita menjadi wakil rakyat (sudah tentu dengan meletakkan calon wanita dalam pilihanraya) dan juga menjadi menteri. Pendapat saya ini adalah dalam konteks negara kita, Malaysia.
Kalau kita menganggap bahawa wakil rakyat, sama ada peringkat Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undang Negeri (DUN) adalah pemimpin bagi penduduk yang diwakili olehnya secara wilayah ‘ammah, maka tidak harus wanita menduduki tempat tersebut, kerana sudah tentu dia juga pemimpin kepada kaum lelaki di kawasan yang diwakili olehnya. Tidak adakah lelaki yang layak? Dalam solat sebagai contoh, wanita boleh jadi imam sekiranya lelaki yang ada tidak layak seperti gila dan seumpamanya.
Kalau kedudukan wakil rakyat hanyalah sebagai wakil bagi menyuarakan masalah penduduk bagi kawasan yang diwakilinya olehnya dan juga hal ehwal yang berlaku di kawasan tersebut dalam sidang Dewan Rakyat (DR) atau DUN dan tanggungjawab lain wakil rakyat, ternyata tugas tersebut tidak sesuai bagi wanita. Tidak ada maslahah atau keperluan dharuri yang memerlukannya menjadi wakil rakyat kerana tugas tersebut ternyata lebih sesuai dilakukan oleh lelaki.

Kalau hujah mereka yang mengatakan wanita perlu menjadi wakil rakyat (di Malaysia) atas dasar untuk menyuarakan pandangan wanita dalam parlimen khususnya dalam membela hak-hak mereka, sebenarnya wakil rakyat lelaki yang memahami Islam lebih membela wanita daripada wakil rakyat wanita yang jahil Islam. Jadi, kita tidak perlu wakil rakyat wanita untuk tujuan membela wanita kerana tugas tersebut boleh dilakukan oleh lelaki.

Dari aspek lain, tugas seorang wakil rakyat bukan semata-mata bercakap di DR, tetapi dia perlu keluar menemui rakyat, bergaul dengan mereka bagi mengetahui masalah mereka, seterusnya berfikir dan mencari penyelesaiannya. Wakil rakyat, menjadi tempat rakyat untuk mengadu masalah dan memohon peruntukan pembangunan dan lain-lain. Pendek kata, wakil rakyat perlu mengambil berat hal ehwal rakyat yang diwakili olehnya dan juga bertanggungjawab terhadap apa-apa yang berlaku di kawasannya. Kalau tidak, bagaimana dia hendak menyuarakannya dalam sidang DR atau DUN.

Bagaimana seorang wanita yang menjadi wakil rakyat memikul tanggungjawab sebegini rupa dan dalam masa yang sama dia perlu memikirkan tanggungjawab terhadap rumahtangganya. Pada ketika dia memikul tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan suri rumah dan memikirkan masalah-masalah yang berkaitan, wakil rakyat wanita juga menjadi ‘bapa’ kepada rakyat yang diwakili olehnya dan bertanggungjawab memikirkan masalah mereka. Dalam keadaan itu, amat sukar untuk memastikan salah satu daripada tugas tersebut tidak terjejas.
Tugas dan tanggungjawab utama wanita ialah rumahtangga. Wanita dicipta dan difitrahkan oleh Allah SWT dari segi biologi dan psikologinya yang berbeza dengan lelaki supaya sesuai dengan tugasnya sebagai suri rumah. Perbezaan antara lelaki dan wanita ini bukannya sia-sia. Kejadian lelaki, sama ada dari aspek fizikal dan mental disesuaikan untuk melakukan tugas-tugas berat yang bersifat luaran, manakala wanita dijadikan dengan sifat yang lebih halus dan lembut daripada lelaki disesuaikan untuk melakukan tugas-tugas keibuan dan kesurirumahtanggaan yang bersifat dalaman.

Inilah yang dinamakan sebagai keseimbangannya dan pembahagian tugas sesuai dengan sifat dan kemampuan masing-masing. Apa yang ingin saya nyatakan di sini ialah tugas wakil rakyat bukannya tugas wanita dan bukan keutamaannya kerana tidak sesuai dengan fitrah mereka dan juga wanita perlu menumpukan tugas sebagai suri rumahtangga kerana itulah keutamaan mereka. Tugas wanita sebagai rabbatul bait (suri rumahtangga) akan dipertanggungjawabkan dan akan ditanya oleh Allah SWT kerana itulah tanggungjawab khusus bagi mereka.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya, “Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin (penanggungjawab) dan setiap kamu akan disoal (dipertanggungjawabkan) tentang apa yang dipimpin olehnya. Ketua adalah pemimpin dan lelaki adalah pemimpin ahli keluarganya dan wanita adalah pemimpin terhadap rumahtangga suami dan anak-anaknya, maka setiap kamu adalah pemimpin dan dipertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin olehnya (Muttafaq ‘alaih).

Jadi, sekiranya tugas menjadi wakil rakyat menyebabkan seseorang wanita itu mengabaikan tugas dalam rumahtangga, pasti ia merupakan satu dosa kerana telah mengabaikan tanggungjawabnya yang sewajibnya dilakukan. Tugas menjadi wakil rakyat adalah berat dan sekali-sekala akan menyebabkan tekanan. Sudah tentu ini akan menjejaskan tumpuan seseorang wanita terhadap rumahtangganya.

Lainlah halnya kalau wakil rakyat wanita itu tidak ambil hirau langsung tentang rakyat yang diwakili olehnya. Kalau begitu apa faedahnya dia menjadi wakil rakyat kalau tidak mengambil tahu masalah dan keperluan rakyat. Begitu juga sebaliknya, iaitu seorang wanita itu tidak mahu memikul tanggungjawab rumahtangga dengan cara tidak mahu menjadi isteri dan ibu. Maksudnya, tidak perlu berumahtangga. Tetapi, adakah ini yang diajar oleh Islam yang menggalakkan perkahwinan dan beranak ramai bagi menguatkan Islam?

Bagaimana pula sekiranya wanita menjadi menteri? Tentulah tugasnya lebih berat daripada wakil rakyat biasa kerana terpaksa memikul dua tugas secara serentak; sebagai wakil rakyat dan sebagai menteri. Sudah tentu ini akan lebih menjejaskan tanggungjawabnya terhadap rumahtangga dan mungkin akan menyebabkan krisis disebabkan tanggungjawab yang terabai.
Tugas sebagai wakil rakyat dan menteri menyebabkan seseorang wanita selalu keluar meninggalkan rumah bagi melakukan tugas-tugasnya. Tugas utama melayan suami dan anak-anak ditinggalkan dan diserahkan kepada pembantu. Bagi saya, dalam keadaan itu lebih baik isteri mempunyai madu daripada mempunyai pembantu. Suami tetap mendapat layanan isteri dan anak-anak pula, tetap sentiasa bersama ‘ibu’.

Kesimpulannya, penglibatan wanita dalam politik bukanlah semata-mata dengan menjadi calon dalam pilihanraya. Tugas sebagai wakil rakyat tidak sesuai bagi wanita. Medan politik utama wanita adalah rumahtangga. Di situlah peranan dan tanggungjawab politik mereka. Kejayaan politik wanita ialah kejayaan mereka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suri rumahtangga.


Wallahua’alam.

dipetik dari Wan Zaidel Wan Shekh
22 Ramadhan 1420 / 30 Disember 1999

apa pandangan anda?...

Thursday, August 7, 2008

keHEBATan BiSMiLLAHiRAHMANiRAHiM



salam


bismillahirahmanirrahim...


Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih Lagi
Maha Penyayang Sabda Rasulullah s.a.w.: "Adalah Jibril
apabila datang kepadaku, yang pertama diberikannya
kepadaku ialah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
(Darulquthni dan Ibnu Umar r.a. ) Sabda Rasulullah
s.a.w.: "Itulah isim dari asma Allah. Tidak lain
antara ia dengan nama Allah, 'Akbar' seperti putih
mata dengan hitamnya.Begitulah dekatnya."
Demikianlah jawapan Rasulullah s.a.w ketika ditanya
oleh Utsman Ibnu Affan berkenaan Bismillah. Sabda
Baginda s.a.w. lagi: "Ismullahil-A'zham ialah Allah.
Apakah engkau tidak lihat bahawasanya pada semua
pembacaan al-Qur'an dimulai dengan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi sebelum menyebut nama-nama Allah
yang lain." ( Riwayat Imam Bukhari dari Jabir )

Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya
Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli
langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy
kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000
Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan,
tunduklah segala jin dan bergetar segala planet.
Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari
Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma:
"Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi,
mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat
mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu
mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir
gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan
hingga meneduhkan penduduk Mekah."

Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa
membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh
yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja
ia tidak dapat mendengarnya."

Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa
haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim,
Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran,
dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan
Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa
ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka
Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana
Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu
sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud
r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa
membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan
baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan
darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000
darjat."

Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai
barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka.
Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian,
ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana
sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ
merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith
di atas ialah hendaklah kita mengucapkan
Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita
menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan
kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan
sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya
tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan
samada atas harta-benda mahupun diri dan segala
usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi
s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan
dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia
dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti
Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun,
mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya
satu persepuluh darinya."

Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum
yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih
berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu
berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya
imbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya,
adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka
sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan
Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim
Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan
langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca
timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi."

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w.
bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah
Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat
penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan
bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau
ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah
Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya
Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu
hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari
persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan
bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan
bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan
walau seorang."

Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah
bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara
kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya,
lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi
dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan
jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau
kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah
takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak,
tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk
selama-lamanya."



Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror
bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama
yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para
Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab
Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil,
300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama
disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1
berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada
keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3
nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim
yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir
rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan
mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia
menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun
sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi
itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat
penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka,
barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi
dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya
terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat
Zabbaniah.

Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir
rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan
mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki
dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta,
diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi
alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang
rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah
di mukabumi ).


wallahua'lam


renung2kan dan selamat beramal.

PE.MUDA.

salam.


Syed Qutb berkata :

"Kita akan merasa sempit apabila kita memikirkan
kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.
Tetapi apabila kita memikirkan kita ini hanyalah
satu mata dari mata2 rantai yang panjang,
kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang
kerana kita tahu akan ada orang yang menyambung perjaungan kita
dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda."


renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, August 5, 2008

20.5714285714 MiNiT

MALAIKAT MAUT menziarahi kita SETIAP 20.5714285714minit.


Sebuah hadis Nabi s.a.w
yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah
setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.
Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,
didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa."

Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat orang ini,
sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya,
tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

60minit x 24jam=1440minit
70 bahagi 1440minit=20.5714285714minit

wallahu'alam.


renung2kan dan selamat beramal...

AYaT KURSi

salam.


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.
Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri
di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya.
Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu,
dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang,
dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur,
Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu,
Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur,
setiap perbuatan orang yang benar,
pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua
memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang,
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang
yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan
niscaya Allah SWT perkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,

'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'

wallahu'alam.

CARdunK-carDUNk

salam.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat...
tetapi,
byk pula dugaan yang datang..

Kadang-kadang kita minta ketenangan,
tetapi,
masalah pula yang bertandang...

kadang-kadang kita minta kebahagiaan,
tetapi,
huru hara pula menjelang...

Dugaan menjadikan kita sabar,
masalah menjadikan kita berfikir,
huru hara menjadikan kita tabah...

SUBHANALLAH..MAHA suci ALLAH.

Betapa Hebatnya kuasa ALLAH...
semuanya ada hikmah..

Kalau lah manusia tahu hadis ini..

"Telah berkata Jibrail a.s:
"Wahai Tuhan, Engkau smpaikanlah hajat hambaMu,
maka Allah berfirman:
"Biarkan hambaKu itu...
kerana Aku mencintai rintih suaranya".....

-dari Anas ibn Malik r.a-


renung2kan dan selamat beramal...

nama SYAiTAN dalam AL_FATiHAH

BERHATI-HATI KETIKA MEMBACA AL-FATIHAH KERANA NAMA SYAITAN DALAM
AL-FATIHAH

Salam.

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat,
apabila cacat bacaannya maka rosaklah solatnya.
Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu TAJWID.
Bukan setakat bacaannya saja yg rosak malah kita
menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yg wujud di dalam Al-Fatihah,
sekiranya kita tidak berhati-hati.

Nama-nama syaitan:

1.DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4.KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K
5.KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS
6.SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti
7.AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA
......dua harakat, MIN .... 3 harakat.

Semoga Amin kita bersama dengan Amin para malaikat.....Insya-Allah.
Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

untuk lebih lanjut..

kita perlu merujuk kepada Ustaz2 atau org2 yang berilmu.
menuntut ilmu agama tanpa guru seperti pohon tidak berbuah.
sbb tu dlm ayat quran ade menyebut,
membawa maksud "..jika kita xtahu,
kita perlu belajar kepada orang yg lebih mengetahui."


wallahua'lam

SYAiTAN TOLONG Si BUTA

.salam.

bismillahirahmanirahim

Kisah ini , tak pasti semasa zaman Nabi s.a.w atau para sahabat.
Adaseorang buta yang rajin solat berjemaah di masjid.
Ada tali yang di buatuntuk menghubungkan rumahnya dan masjid.
Antara rumah dan masjid ada satulubang yang berair.
Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan
beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih.
Kali kedua, diaterjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju.
Kali ketiga, di rasanak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba
ada orang yang menyambut untukmenahannya dari jatuh
dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.

Beliau bertanya kepada orang tersebut :
"siapakah kau?"
Orang itu menjawab :
"Aku adalah syaitan."
Orang buta itu terkejut lalu bertanya,
"kenapa kau menolong aku dari jatuh ke dalam lubang?"
Syaitan menjawab :
"Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun."
"Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama,
dosamu Allah ampunkan, semasa engkau
jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku
biarkan engkau jatuh kali ketiga
maka seluruh dosa umat Islam akan terampun.

"Sebab itu aku menolongmu..!!"

Lihatlah dan fikirkanlah betapa besarnya pahala orang yang
melangkah ke masjid atau surau,
itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solatberjemaah.
Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk
solat berjemaahdi masjid,
inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan
kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk
terus malas dalammenambah pahala untuk bekalan ke akhirat,
kehidupan yang lebih kekal...


wallahu'alam


renung2kan dan selamat beramal...

SMiLE : スマイル 聖夜の奇跡



JapanG Muvi

rating: 11/5 bintang *+6

Director: Takanori Jinnai

Kisah ice hockey team yg sengal..
dibarisi pemain budak2 sekolah yg jugak sengal.
dtg cikgu phsycology kanak2 yg terpaksa mnjadi coach atas alasan nak kawin.
kahwin ngan sape?..cun sangat ke cikgu tu sampai sanggup nak jadi coach ice hockey.
memang cun+comey gile2.aku suke gila kat minah ni.nak crite skit background dia.nama penuh
KATO rosa.tinggi 159". kacukan dari ayah Italy dan emak dia JapaNG.patutla comey.
seusia 6thn baru awek ni lepak kat jepun.mula2 just jadi model gula2 n handset.
bila dah ramai producer yg usha2 awek aku ni, diorg pon try la dlm lakonan.
ok..continue balik part of d story..
awek nih coach utk budak2 ice ballet.ayah awek ni kerek gila.
ayah dia ckp aku nak menantu aku coach ice hockey.
puas awek ni pikir, pastu bgtau ayah dia yg mamat ni coach ice hockey terhebat.
padahal basic hockey pon xtau.hareeyyy tuii..
perjanjian diputuskan oleh otousan (ayah awek).
kalau menang ice hockey baru dpt kawin ngan anak aku.hahaahaa.
sgt lawak, dan sangat sedih n sgt sgt sgt...aku sangat suka muvi nihh..

nak tahu sebab apa sedih...?
korang kene cari cepat..inilah yg dikatakan semangat.
jepOng kan semangat2.
~itidaikimasssssssssss~

release date: 15December, 2007


LOve share and care...