Wednesday, September 3, 2008

2002 : KiSDAR

salam

ketemu lagi kita di satu marhalah yang lebih jauh.
kisah kali ini mempertemukan antara kau dan aku dalam
alam kolej. bagaimana aku meniti setiap detik
pahit maung sebelum bergelar graduan Diploma.

Cuti aku kali ini agak berpanjangan.
Maklumlah aku kan baru lepas SPM.
Cari kerja tapi tak dapat-dapat.
aku nikmati percutian yang panjang tanpa ada gangguan.
Pada suatu hari,
tengahari sebelum masuk waktu zohor
sedang aku asyik dibuai lena.

pinn pinnnn!!!

"mesti posmen ni"
macam biasa tugas aku,
keluar dan ambil surat.
agak terkejut bila surat yang tertera di atasnya,
"muhamad firdaus masnan"
jarang sekali surat sebegini rupa menjadi milik aku.
biasanya kalau intan hantar mesti tulis tangan,
pastu di mulakan dengan dedicated to:...bla bla...
aku terus buka.
rupa-rupanya...

..................................................................................................


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra Bangi, 43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.


Muhamad Firdaus Masnan.
pemegang kad metrik 0214042.
hari ini aku bergelar mahasiswa.
pelajar tahun pertama Kolej Islam Selangor Darul Ehsan.
sekarang dah naik taraf,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
alhamdulillah.
aku dapat meneruskan agenda pembelajaranku.
aku bagitau emak.
emak gembira, abah pon begitu juga.

aku duduk di asrama pada awal semester.
ini kerana sudah menjadi syarat wajib untuk setiap pelajar baru menduduki tahun pertamanya,
untuk menginap di asrama.
mana-mana U atau kolej pon sama je kan!
Peraturan tetap perauran.
Aku perlu ikut.

Tapi tak sampai sebulan pon.
seminggu selepas orientasi,
aku terus bawa motor.
Mak hadiahkan motor Sport100cc.
sungguhpon motor third hand, dengan pemilik sebelumnya menggunakan
motor itu untuk membawa gas, tapi aku tetap berterima kasih buat emak.
kerana hadiah ini merupakan hadiah termahal pernah aku miliki.
dalam kepala otak, puas pikir.
camne aku nak kasi cantik motor ni.
tak kesah la.
janji bleh bawak pergi asrama, pergi kuliyah dan ulang alik kisdar-serdang.
jadi, tiap-tiap minggu aku akan menghirup udara Serdang.
pantang jumaat mesti aku dah terpacak kat rumah.

Sem 1 dip Quran&Sunah 2002

dari kiri, aku, *farid, *razali, syuhaidi, apek, izat
pompuan :......
cameraman : panjang.

pada Tahun pertama ku,
pembalajaran terasa amat berlainan.
tidak membosankan.
seronok.
mudah menerima.
agak senang.
semangat masih membara.
keputusan amat memberangsangkan.

Sem 2

cameraman: panjang.
panjang sangat ke?

kawan-kawan yang entah dari suku sakat mana.
hulu banat mana.
tapi semuanya ramah.
masing-masing ingin berkawan.
tidak kira lelaki ataupon perempuan.
sangat seronok.
di Kisdar pergaulanan tidak terhad dan terbatas.
kami boleh bergaul dengan sesiapa.
tapi perlu diingat.
bukan pergaulan bebas yang aku maksudkan.
tapi pergaulan dalam kumpulan yang sedang membahaskan tntang ilmu
atau membentuk satu assignment dalam kumpulan.
dari sini aku belajar bagaimana mengenal tesis ringkas dan presentation.
membentangkan sebuah tajuk yang telah dikhususkan dikhalayak ramai.
antara kawan-kawan seperjuangan di dalam kelas tahun pertama.
Akmal(svelte), Syuhaidi, Sahal(panjang), Izat.
putera ada 7orang, 2lagi aku lupe sebab diorg tak lama kat kisdar.
perempuan pula ramai sangat.
paham2la kan.
so sape2 yang de bace entry ni, letak la nama korang kat comment yek.

aku dapat keputusan yang baik.
biasala kan.
mula-mula.
semangat masih membara.

apa benda baru yang dapat aku belajar.
owhh..
tentang soal income.
buat pertama kalinya.
aku memohon PTPTN.
aku juga memohon MAiS.
alhamdulillah.
kedua-dua pinjaman dan biasiswa ini telah di luluskan.
aku rasa senang.
duit sentiasa ada di poket.
pembayaran setiap semester juga teratur.
duit banyak,
hati senang.
aku tidak lagi menyusahkan mak dan abah.
segalanya cukup untuk membahagiakan aku dan semua.

antara pengalaman di tahun pertamaku.
aku masih ingat dan segar dalam ingatan.
aku pernah di offer untuk berlakon sebagai watak budak jahat untuk layar teater
sambutan Merdeka.
berlakon memang sudah sebati dengan jiwa aku.
bagi saja watak apa pon. aku tidak pernah kaku.
cuma kali ini lakonan yang perlu disembahkan di khalayak ramai,
antara tetamu yang diundang adalah...

A.Samad.Said.

wahhh!!!...
itula detik pertama dalam sejarah.
aku dinilai oleh seorang karyawan seni penulis tanahair yang sedang hangat diperkatakan.
sungguhpon aku antara pelakon utama yang di bariskan dalam layar teater ini,
aku tetap menunjukkan kehebatan di luar batasan.
promo la ni..
kot2la de pengarah filem terbaca blog aku ke kan...
untung-untung bleh ganti watak M.Rajoli. hahaha.
ala-ala islamic gitu.cewahh..
Penceritaan dalam teater itu berkisar tentang keMerdekaan.
kami tetap di tonton dan menerima tepukan gemuruh yang agak padu.
yang handle teater ini senior tahun akhir aku, Mohd Shahdan.
dah la aku sorang je pelakon tahun pertama.
camne bleh aku terpilih, aku pon lupa.
ehek2...konon-konon macam misteri la tu.

pensyarah-pensyarah di tahun pertama ku,
semuanya baik-baik.
tidak ada yang syadid(kedekut markah),
tidak ada yang menindas.
kalau pensyarah jahat,
awal-awal lagi dah jadi perompak kan!!..
method penyampaian nampak garang,
tapi di hatinya telus untuk mengajar anak bangsa.
menjadi seorang berguna.
terima kasih semua pensyarah yang mengajar
tahun pertama 2002, semester 1&2.
jurusan dip.Al-Quran&Sunnah.

ini kisah aku di KiSDAR!!
semester 1...
semester berikutnya bagaimana pula.
ada gossip panas tak?...

8 comments:

anap_ilmi said...

hehe..ingt x kumpulan ARA5H?haram toi..aku xleh lupe..lagu kau tu pun aku xbuang agi..best saje dgr kalau boring2..ingt blatih same2..berangan sajer

Dondo Chakka said...

hehe.. tu undergroud tu anap.. mana leh announce kat sini.. hehe..

doi.. aku rasa kan.. mamat farid tu nama dia azhar.. yg razali tu.. aku lupa lak nama dia.. haha.. serious memanjang.. takot aku.. wakakka.. tapi suka makan ikan keli goreng.. heheh.. :P :P

pergh.. QS mmg banyak kenangan la kat aku.. dari sem 1 sampai la dah abih dan sampai la ke sini.. hehe.. banyak benda aku belajar dalam QS.. bukan saja dari segi pendidikan tapi sosial dan juga benda2 lain.. apa2 pun QS mmg best! hehehe...

gambate doi.. tulis lagik... :P :P jgn lupa tulis majister skali.. wakkaka.. :P :P

Firdaus Masnan said...

hahaa..
aku main bantai je pek.
slumber je aku letak farid..wakaka.
nasib ko ingat.
QS mmg best.
jantan ber7 betina bersepah.
mana xbyk kenangan.heheehe.
ok2..
majister aku akan cerita.
tapi masa sem brape ek?

Firdaus Masnan said...

kumpulan ARA5H tu kump ape ek anap?
aku xingat langsung la.cuba bagi hint skit?..

Anonymous said...

heh..yg ni blm ada lg time pegi klia tuh ye?:p

Anonymous said...

wei doi, aku takde ke dalam theater tu?.. pe hko igt kan aku kembali la watak tu.. tapi aku bleh tak igt aku pgg watak aper?... anaf ape lagu ut.. bg skit...

anap_ilmi said...

alaaa..konon2 nak wt team nasyid masa EKSTIVAL tuu..dgn azuat,apis ntah sape ntah g..nyanyi lagu abg ko tu...ingt x?

Firdaus Masnan said...

oooo.ok2.ingat2.lama la..dah tua2 nih cepat lupa..kl x mesti dah jadi artis kan skrg..wakaka..

utk abou..aku xtau la ko pegang watak pe?macai kot.hehee..gurau jek...