Sunday, August 3, 2008
FORM 1 : 1997
aku perlu bersiap mengemas barang.
baju2an, dan segala peralatan yang penting aku telah susun dgn baik.
bila selesai.
aku terus ke luar rumah.
dinginnya malam ini.
aku renung keindahan malam.
aku hirup udara sepuas-puasnya.
aku saksikan jutaan bintang di langit.
aku tatap dengan asyiknya.
inilah nikmat kurniaan tuhan.
tiada terbanding.
inilah mlm terakhir aku berpijak di bumi serdang.
aku terpaksa meninggalkan kawan2.
mak abah.
abg alim, k.yati dan ada.
aku sedih.
sangat sepi.
hari ini dalam lipatan sejarah.
aku perlu meninggalkan keluarga terCinta.
aku dihantar utk kesekolah yg jauh dari keluarga.
aku jadi tak ketahuan.
adakah aku masih berpijak di bumi yang nyata.
atau semua ini adalah sebuah mimpi.
mimpi ngeri.
aku terus lena.
diulit mimpi...
"..bangun doi..."
siap2 cepat.
lambat nanti.."sapa emak.
aku tidak lagi berada di serdang.
sekarang aku di Klang.
Sekolah Menengah Agama Ibn Khaldun,
Jalan Kebun, Klang.
sekarang dah jadi Shah Alam kot..
semua kawan2 baru.
langsung tak serupa ngan muka budak2 serdang.
aku biyol.
bosan.
entah datang dari mana.
entah baik, entah jahat.
boleh masuk ke kepala aku ngan budak2 ni.
rungsing.
pusing.
aku putuskan utk tidak tinggal di asrama.
sebab aku langsung xbiasa.
aku tinggal dengan pakcik mohsin.
pakcik mohsin ni adik emak yg ke3 dari 5 adik beradik.
anak pakcik aku ni pon sekolah di tempat yg sama.
cuma budak2 tu baru sekolah rendah.
bosan.
aku lalui hari-hari tanpa ada perubahan.
aku langsung xbergaul dengan kawan2.
aku asyik fikirkan serdang.
fikirkan emak, abah, abg, akak dan adik.
aku kena balik jugak minggu ni.
pelajaran tak de satu pon yang melekat kat kepala aku.
boleh dikatakan setiap minggu aku akan balik.
abah akan datang menjemput ku.
aku langsung tak hirau penat lelah abah.
aku tetap nak balik.
aku sangat tertekan.
aku homesick.
rindu sangat kat serdang.
aku tak nak belajar kat Klang.
aku pernah menangis sepanjang hari sebab rindukan serdang.
makcik aku yang pening nak layan aku.
macam2 cara nak pujuk.
tapi aku tetap rindu.
pujuk pon xguna.
Ohhh Serdang ku..
dikau lah ratu hatiku.
aku tak tahu kenapa.
aku sering sakit kepala.
kerana terlalu sangat memikirkan tentang hal ini.
aku menghidap migrain.
banyak gak la aku cuti sekolah sebab migrain.
setiap kali isnin menjelma.
aku rasakan setiap saat bagaikan beribu tahun lamanya.
terlalu lama untuk ke penghujung jumaat.
aku nak balik serdang.
kesian kat abah.
ahhh!!!
aku xkira.
aku nak balik jugak.
bila hampir ke penghujung tahun.
aku hampir menyesuaikan diri.
aku sudah ada kawan baru.
sungguhpon tidak serapat seperti kawan di serdang.
betegur sapa pon dah membuatkan aku rasa tidak keseorangan.
walau bunyi nya macam aku dah hampir serasi.
tapi setiap minggu aku tetap mahu pulang.
hahhahahaaa..
ini kerana.
Serdang adalah DUNIA ku!!
aku nak cerita pon malu sebenarnya.
sebab dah besar kan!!
tapi itulah realitinya.
ianya satu kenyataan hidup.
setiap pengakhiran sudah pasti ada awal nya.
bermula dengan menangis baru la kita gembira.
itulah rahsia sebuah kehidupan yang tiada tolak bandingan.
menangis lagi walau dah FORM 2..??
aaaapa..?
betul ke....?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment