Wednesday, August 27, 2008

DiALOG RAMADHAN




salam


DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH


Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang.
Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti
bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan.
Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik.
Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah s.w.t.
memohon sesuatu "recommedation" bagi manusia
yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?.
Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada
setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas
perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada
setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan.
Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan
syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar.
Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan.
Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang.
Untuk kelengkapan menerawang di syurga
mereka diberikan kenaikan BUROQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya
"Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?"
Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal
puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga FiRDAUS.
Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi
100 bandar daripada permata merah ya'qut.
Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.
Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap
orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran dan Istifadah:

1. Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada
pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak.
Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas.
2. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.
3. Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan
yang terpuji.
4. Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa
dalam Lailatul-Qadr.
5. Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga FiRDAUS.
6. Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan
mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
7. Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang
Ramadhan ini.


renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, August 26, 2008

1997 - 2001 : Kesimpulan

haii!!kisah CiNTa+jiWang+JaMBu aku.
tak malu baca la.



ini kisah langsung tidak masuk tentang perihal sekolah.
mungkin terlalu banyak kisah tertangguh.
terlalu banyak membuat pembaca tertanya-tanya.
penulis meninggalkan soalan, tapi tiada jawapan.
segalanya akan terjawab pada kesimpulan ini.

Soalan ini aku tinggalkan pada darjah2Mursyid,
"sungguh manis tidak terperi.
bagaikan gula batu melekat di anak tekak.
manisnye...bersemut2 mata aku.
di celahan sinar matanya ade kilau2an yg terpancar di setiap pelusuk jiwa n raga ku.
siapakah gadis yang membuatkan aku jatuh hati?
still ingat lagi kan?...

dia lah,
INTAN hazrina.
lahir pada 1/7/1984.
budak bijak+cerdik.
agak Comey.
suka minum Orange Juice.
minat makan LAKSA.
periang dan berspectacle.

untuk soalan tingkatan5,
"tingkatan5 aku dah tak de couple2.
aku dah tak fikir apa2.
malas nak layan"
sebab??
sengaja aku tinggalkan persoalan ini...
dan jawapannya...
sebab aku yakin yang dia akan jadi milik ku satu hari nanti.
Intan oh intan.

mungkin cukup dan membuatkan semua paham kan!
okay,
kita tinggalkan jawapan-jawapan itu.

lupakan yang lama,
kita singkap imbauan yang baru.

ini kisah bagaimana aku kenal si intan dan confirm couple.

okay...
masa aku berumur 15tahun.form3.
waktu cuti sekolah,
Sekolah Menengah Sri Serdang ada buat Hari Kantin.
maklumlah, aku kan bersekolah di KLANG.
jadi aku tidak sehaluan lagi dengan kawan-kawan di SERDANG.
aku dijemput kawan-kawan lama untuk turut hadir ke majlis itu.
kot kot la jumpa kawan-kawan lama.
boleh tanya khabar atau bersembang panjang.
jumpa la ramai kawan-kawan lama.
masing-masing dah punya perwatakan yang berbeza.
dengan cara membeli menggunakan KUPON.
aku puas menikmati juadah yang berbagai-bagai.
bila sudah kenyang, aku pon mahu pulang.
tiba-tiba...

"daussssssssss!!! dausss!!!"
dausssssssssssssss!"


aku dengar suara jeritan orang memanggil.
entah dari mana.
aku pandang kiri kanan.
nampak lah sekelompok budak-budak perempuan.
tapi dalam hati, tak mungkin la diorang tiba-tiba panggil aku.
aku buat tal peduli.
terus balik rumah dengan hati yang masih tertanya-tanya.
siapakah gerangan yang menjerit menyebut-nyebut nama aku?
langsung tak tenteram.


kring kringggg!!!!!!

baru saja aku nak berehat,
telefon rumah pula berdering.
aku terus angkat.
tiba-tiba aku dengar suara seorang perempuan.
dalam benak,
tak mungkin ini perempuan tadi.
enggak bisa.

"ini firdaus ke?"

subhanallah...
jantungku berdegup kencang.
aku langsung senyap.
si dia terus bertanya

"kenal ke siapa ni?

tanpa memikir panjang aku terus meneka.

"saya rasa saya kenal"
si dia terus menyapa "teka la siapa?"
lantas dengan yakin aku terus menjawab...

.............................................................................

haus laa..
nak minum air jap.
panas betul musim panas ni.
dah tidak berbaju pun masih terasa bahang .
ohhh...
di mana ye kita tadi..
jangan marah.
saja buat suspen!!..
izin untuk aku sambung balik ye.hehe...

............................................................................


lantass!!
"ini INTAN hazrina kan!!"
si dia terkejut.
sebab suaranya agak terperanjat.
bla bla bla...
zassssssssssssss!!
aku terus tackle smpai tergolek-golek.
awek yang aku idam-idam dah depan mata.
akan la aku buat tak reti je kan.
aku layan sampai dapat la.
berguni-guni surat aku layangkan,
berjela-jela bil tipon rumah aku kerjakan,
berkotak-kotak crayon dan colour pencil aku lakarkan.
semuanya untuk dia.
sungguhpon pada tingkatan 4 dia berpindah sekolah.
si dia di MRSM,Taiping, aku pula di Klang,
tapi kami sering rasakan yang berjauhan bukan lah satu penghalang.
akhirnya.
aku berjaya bertakhta di hatinya.
yessss!!!!!!!...



mungkin ini lah yang di katakan CiNTA pertama antara aku dan dia.
aku terus asyik di buai mimpi-mimpi indah.
bermacam-macam mehnah, suka, duka,
selama 3tahun kami bercanda.
semua itu terlalu awal untuk diungkap.
kerana perjalanan masih jauh.
sungguhpon aku telah menuai perasaan cinta sejak di darjah 3.
tapi aku kembali mendapat hasilnya sekembali di tingkatan 3.
sangat lama kan.
kisah yang langsung sukar untuk dilupakan.
inikan pula di tanam hidup-hidup bersama kenangan-kenangan indah.
tapi apakan daya.
apa yang kita inginkan biasanya bukan menjadi milik kita yang kekal.
mungkin sekadar mainan untuk dijadikan persembahan dalam hidup.

alhamdulillah.
aku banyak belajar dari kesilapan lalu.
aku banyak perbaiki dari kisah hidupku.

aku dan dia sepanjang 1999-2001 masih bercinta.
mesti korang ingat aku dah xde pape kan.
sabar2.
ada banyak kisah lagi tentang CINTA kami.
macam pisang goreng.
makan panas-panas kan sedap.
inikan pula masa bercinta.

korang mesti tertunggu-tunggu untuk aku teruskan kisah cinta aku dengan dia kan.
minta maaf la ye.
inikan hanya kesimpulan.
jadi ringkas-ringkas aja.
macam SPM la.
dalam kertas karangan, bahagian RUMUSAN.
kan tak boleh lebih 150patah perkataan.

nak tahu kisah aku lagi.

JOM kita ke layar 2002...

mari beristighfar sama-sama.
astaghfirullahalazim3X...

Monday, August 25, 2008

SUARA SUBUH



salam.

CETUSAN SUARA SUBUH

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain,
aku menyambut kedatangan
seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan,
tanda rindu serta kasih sayang.
Kutanya khabar Subuh,
bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "...
aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Kucari tempat persinggahan,
kuketuk rumah-rumah yang sunyi,
tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."
Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku
menyambutmu dengan penuh
rasa kegembiraan?
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya,
tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu,
menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud,
puas kucari dibumi lain,
tapi jarang kujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku
fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail,
jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.
Tapi aku ada Roti Shiyam", cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat.
"Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah,
ambilkan aku sedikit,
serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",
pinta Subuh.

Aku agak sugul,
bagaimana harusku beritahu pada Subuh,
yang Mata Air tangisan sudah hampir kekeringan akibat
kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut.
Aku terkejut.
Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.
Dan aku berdetik
didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi
kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi,
dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya,
Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya
denganku?
Aku memerlukan teman dalam kesunyian.
Akan kulayan kau dengan sebaiknya,
wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku
tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang,
dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,
"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"...
bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,
yang semakin laju dengan setiap langkah.
Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


[P|S] : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?

aku sugul.

MAHA suci ALLAH yang mentadbir alam.

renung2kan dan selamat beramal...

FORM5 : 2001



nukilan terakhir babak babak di alam persekolahan.
ku tinggalkan semalam, demi dini hari.
ku tinggalkan hari ini demi sebuah kehidupan.
putaran sentiasa berlegar.
tidak pernah terhenti mahu pon sedetik.
semalam, hari ini, esok.
silih berganti tanpa jemu.
kita manusia asyik dengan dunia.
terlalu mendambakan sesuatu yang tentunya bukan milik kita.
apa pula kata dunia?...

tinggalkan tentang kerenah alam,
lupakan makhluk yang sering mengejar dunia.

fuhhhhh!!...
aku menghela nafas panjang.
17 tahun kini.
terima kasih.
tuhan masih memberi sehela nafas yang panjang utk aku terus
menyedut dan menghembus udaraNya.
aku suka kerenah dunia.
aku suka telatah manusia.
aku suka melihat.
aku suka mendengar suara hati.
kagum langsung terpanar.

seperti biasa tepat jam 5pagi aku dan kawan-kawan bangun.
agak susah untuk mengukir senyuman.
inikan pula melihat sinaran lampu kalimantang.
arghhhhh..!!
sakitnya mata ini.
empuk sungguh balutan selimut berkiaskan khinzir.
mahu saja ku sambung sampai esoknya.
disimbah, dimandikan sudah menjadi kebiasaan.
mahu atau tidak itulah peraturan asrama.
bangun awal.
mandi.
dan bersiap-siap untuk ke surau.

tugasan harian untuk azan, imam dan memberi tazkirah telah disusun rapi.
giliran aku juga tidak diketepikan.
aku kan senior.
siapa lagi kalau bukan aku di antara orang-orangnya.
begitulah etika sewaktu mengerjakan ibadah.
peraturan dunia mungkin boleh disangkal.
tapi hukum ALLah, jangan sekali.

alhamdulillah.
aku bersyukur.
aku di sistemkan dalam fikrah islam.
inilah yang dikatakan rezeki dari ALLAH.
datang bergolek tidak mengira siapa.

aku kenal ma'thurat,
aku kenal zikir,
aku kenal solat2 malam,
aku kenal usrah,
aku kenal sunah.

tahun ini aku perlu menghadapi satu fenomena besar.
peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia(SPM).
inilah kebiasaan dan bagi setiap pelajar2 sekolah akan risau.
fikir setiap hari camne nak skor.
tapi jalan untuk skor banyak dihabiskan dengan relax.
cakap tak serupa bikin!!
seminar itu ini,
nasihat itu ini,
matlamat menggunung, perlaksanaan tetap sama.
memang me LAYU.
aku cakap untuk diri aku tau..
korang semua OK! nothing 2wurried...

tingkatan5 aku dah tak de couple2.
aku dah tak fikir apa2.
malas nak layan

sebab...???
jawapan akan disambung pada kesimpulan 1997-2001.

......................................................................................

tiap-tiap malam sibuklah aku dengan bukuan latih tubi.
aku dan rakan seangkatan sering berbincang.
boleh kata rajin la.
dah tak de main-main.
SPM mesti skor.hhuhu..
beriya-iya je aku.
nampak gaya nya macam bleh dapat 15A1.
walau apa pon, usaha itu penting.
kalau dah usaha, doa dan tawakal.
terima saja dengan hati terbuka.
sebab pintu-pintu khikmah mudah menerima.
maknanya kalau kantoi pon,
bleh la aku cakap,
"mungkin ada khikmahnya"
ALLAH itu MAHA ADiL kan..
meletakkan sesuatu itu betul pada tempatnya.

sebelum melabuhkan jemari jauh dari papan kekunci ini..
izinkan aku berterima kasih khusus
buat guru-guru sekolah menengah ibn khaldun.
pengetua Abdullah Thaidi
cikgu Razak
ustaz Mazlan
ustaz Daniel
Teacher Muzlifah
cikgu nailah
cikgu matematik
ustaz Asri
jasamu ku bayar dalam doaku.
moga sihat dan tidak jemu jemu melayan kerenah anak bangsamu.

cerita time besar-besar nih dah tak sama macam budak-budak kan?
macam hambar.
kurang riang.
kurang manisan.
entahla. aku pon mati akal nak cerita.
taip sikit-sikit.
pastu berhenti.
fikir-fikir.
dah macam ahli fikir.
terdetik ditulis.
terpanar melengkar.
jauhhhhh nun di sana.
entah hilang kemana.

keputusan SPM aku alhamdulillah.
semuanya tertera di dalam sijil.
paham-pahamla kan.
agak menghiburkan,
tapi ada yang menghambarkan.
yang penting aku dah buat yang terbaik.
untuk diri aku.
untuk mak abah.
untuk keluarga.
untuk negara.
untuk semua umat islam.

kemana pula aku selepas ini.?
adakah bercuti sampai mati.?
adakah berkerja menikmati mainan duniawi.?
adakah berkahwin.?
adakah menelan udara lalu menghembus di setiap sudutnya?

selamat tinggal alam persekolahan.
ketemu lagi di lena yang panjang.
entah kan hari ini, entah esok lusa atau entah kan tidak...

aku benar bingung dan ingin benar bertemunya.
rinduu.
izinkan aku.
mahukan ketenangan yang panjang.
bertemu ya RABB, ya tuhankuu..

solat isya'.

Sunday, August 24, 2008

JiBRAiL

salam

JiBRAiL.

Allah SWT menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).
Setelah itu Jibrail alaihi salam memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,
dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,
akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha dalam ibadah dan amalan...
Moga2 kita termasuk dalam golongan jannatul ma'wa bersama-sama penghuninya.
Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan lima perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).


wallahu'alam.

renung2kan dan selamat beramal...

J.O.D.O.H



.salam.

JODOH

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke
seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org
jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah
terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh
asalkan mendapat pilihan yang betul dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa
lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan
itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya
apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa
pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti
untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan
jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab
ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya,
tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri
tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum
bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang
benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi
yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh
usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun
perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita
pelangi.."


renung2kan dan selamat beramal...

Saturday, August 23, 2008

BAKAL AYAH



salam.

BAKAL AYAH

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"


gelak-gelak juga.
istighfar jangan lupa.

TEKA TEKi TEKA TEKUK -bhg.3-



salam

TekaTekiTekaTekuk penghibur lara.


1.Soalan : Jam apa yang terdapat di atas pokok? Jawapan : Jambu.

2.banyak banyak pokok,pokok apa yang boleh dimakan dengan daun dan akarnya sekali jawapannya:pokok taugeh.

3.dekat dapur ape yang paling besar sekali?...peti ais salah, meje makan pun salah, jawapannya bawang BESAR.

4.besar di Arab,kecil di China..dua pada kakak satu pada adik..ada pada ayam,tiada pada itik..so,what is this? ...huruf 'A' la.

5.Antara banyak-banyak kereta,kereta apa paling panjang...jawapannya...kereta jem.

6.Bila dilepas dia hidup,bila ditangkap mati...jawabnya gasing.

7.antara banyak2 ikan,ikan apa yang paling miskin? jawapangnya"ikan kering"

8.Kat tengah-tengah MALAM ada aper??? Jawapannya ialah...... huruf 'L'

9.KALAU TUAN BIJAK , DALAM SATU SAAT TIMBUL DUA KALI, DALAM SATU MINIT DIA HILANG, DALAM SATU JAM DIA TIMBUL SATU KALI. JAWAPANNYA :Huruf A

10.Di antara motosikal dan kereta yang mana lebih tua?..jawapannya:motosikal sebab motosikal pakai tongkat,kereta tak pakai tongkat.


berjumpa lagi di tekatekitekatekuk bhg.4

Friday, August 22, 2008

DOA ku HARAPAN ku

salam.



Kala manusia ada dalam derita
Dunia ini kan terasa neraka
Airmata tak cukup untuk berkata
Amarah bukanlah caranya bicara

Panjatkan doa, pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Katakan kehendakmu kabulkan ya Robbi
( Panjatkan harapanmu kabulkan ya Robbi )
( Selamatkan akhiratmu kabulkan ya Robbi )
Diriku berlumur dosa
Mungkinkah akan kembali fitrah

Adakalanya manusia alpa lupa
Terlelap didalam buaian asmara
Jangan percaya tipu daya dunia
Tangis dan tawa takkan kekal selamanya



Doaku Harapanku

Thursday, August 21, 2008

BISKUT ku BISKUT mu



Biskut

Ada satu kisah...
Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu
dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang
lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang
sama yang terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah
tak malunya lelaki ni...sudah la tak mintak izin dari aku...
makan sama banyak dengan aku pulak tu...
Pencuri!!!!"



rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk
nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada
dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...
Ya!!...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.
Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

MORAL of the STORY:

Moral 1: jangan makan biskut masa tunggu bas|keretapi|
kapalterbang...memberi biskut lebih baik

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan

Moral 3: Lain kali simpan biskut yang kita beli...makan biskut orang dulu

Moral 4: janganlah suka sangka buruk dengan orang yang kita tidak kenal..tak kenal
maka tak cinta...

Moral 5: teknik membuka biskut lebih awal adalah sangat tektikal...

renung2kan dan selamat mencuba,
mungkin jodoh anda dengan pasangan biskut.
uhuks uhuks...