Showing posts with label hari2 ku..... Show all posts
Showing posts with label hari2 ku..... Show all posts

Wednesday, February 18, 2009

2009 : ALEXANDRIA bhg.3

salam semua

uhuk2..

aku sihat.
korang pon harap2 sihat.
kalau xsihat camne nak bace blog aku kan.
okeh..

sama2 kite lihat gambaran seperti yang dijanjikan.

1. arca batu, bukan acar buah.
aku pon xtau ape sejarahnya..
tapi boleh dimungkinkan sbg art Cube transformers..
betul ke kewujudan autobot...
adekah optimus prime benar2 wujud?..
kalau nak tengok depan mata, saksikan ramai2 di museum art kat alexandria.
area groundfloor..masuk baru 2LE..
kalau nak best lg bawak la camera yg best2...
sbb area ni agak gelap n memerlukan keupayaan sensor speed yg agak power.




















2. ini pula aksi bebas penari rota2.
siapa la agaknya mamat ni..
aku ke?..
abaikan...
perlu ke aku amek pix2 sebegini.
jawapannye yup!!!...sgt perlu
sebab aku suka dengan kerja2 tangan.
xkira la hodoh ke cantik ke..
kerana seni itu untuk semua.
setiap yang melakukan sesuatu kerja melibatkan idea adlh seni.
maknanya kesenian setiap org xbleh la kite pertikaikan..
rambut same perang hati belum tentu sama kan!!..












3. riang ria seperti di pagi raya setelah dpt angpow sebanyak 50sen.
yupp..meriahkan..
ape yang dpt kita lihat dibelakang tu seperti bebola separa.
bebola ini symbol astronomi.
dibawahnya terdapat astronomi gallery.
bila malam menjelma kelihatan bebola ini membiru..
sangat cantek n menerujakan..
jom cuti2 ke library alexandria..
tenks kat encik KeyEl kerana sudi melonjak2kan diri utk
model version action photo...




















4. panorama dari luar library.
cantekkan..
memang xdisangkal lagi.
memang xdpt dinafikan setiap visitor yg dtg kesini semestinya
akan menghabiskan masa utk bergambar di sini..











5. sillhoutes di dalam library..
kedudukan library yg membuatkan kita merasakan kita berada di dalam
pyramid..
dahsat juga architect yg mereka struktur dalaman.
besar memang besar..
luasnya 3kali ganda perpustakaan negara rasanya.













6. panorama entrance library Alexandria.
kagum la bila tengok.
sebab ukiran symbol2 leng KUNO mesir menghiasi dinding luaran.
sgt cantek..
reka bentuknya pula tidak flat dan bergeomatri tepat.
seperti penglihatan berada di paras ilusi optik..
nampak senget benget tapi sangat teguh.


7. susunan rak dalam library.
setiap rak dihiasi lampu2an.
ala2 matrix.


jadi pada siapa2 berminat dan ingin berkongsi pengalaman,
jomla join cerita tentang library ini.
mungkin pembaca2 kurang puashati pada gambar yg kurang kan..
sengaja jek xnak letak banyak2..
ade banyak lagi paparan menarik di dalamnya..
so....
nantikan sambungan tentang library ini di muka surat yang baru...

untuk melihat gambaran yang lebih besar dan jelas..
silalah ke ruangan Flicker aku..
link nya ade di sebelah tu..

okay..

bertemu kembali..

maasalamah...

2009 : ALEXANDRIA bhg.2

salam semua..

setelah sekian lama menyepi.
mungkin terlalu sibuk dengan klass
dengan kerja2 duniawi.
kini aku bawak smua menerokai alam sepanjang hari2ku..
edoi kembali ..

okay..
sebelum ni aku de janji nak sambung cerita pasal alex kan..
so pada tahun yg mulia ni, tahun 2009...
aku kembali menerjah sekitar mesir utk merekodkan perkembangan terbaru.
kot2la ade benda baru atau renovation tempat2 yg sblm ni belum selesai..
baru2 ni aku sempat ke sekitar sinai...
ke alexandria sekitar library dan ma'murah.
agak menggembirakan..
sebab perjalanan amat baik dan menepati citarasa ku.

pendek ceritanya aku suka amek gambar.
aku baru angkat nikon D8O.
beli secondhand jek..
nak angkat baru mahal sgt..so sKOda je la..
puashati la bile amek gambar itu ini..
cuma size agak bagak la..
tp mantopp..

cakap jek xguna kan..
so kl nak tengok paparan2 menarik jom kite menyelusur ke....
thread selepas ini...

nak makan coklat jap...huhu...
yuhuuu..

Thursday, October 30, 2008

2007 : alexandria bhg.1

salam semua.

kabare?..
moga sehat tidak terhingga.
kalau sakitsakit pon,
anggaplah itu suatu ujian tuhan.
oklah..

kali ini aku nak cerita tentang satu perjalanan.
perjalanan ape?
perjalanan suatu percutian.
percutian!!
di ISKANDARIAH.
nama lain yang lebih menjadi jolokan,
dipanggil ALEXANDRIA.
yupp..
tempat ini sangat best untuk didampingi.
kalau tym cuti aku dan kawan2 mesti kesana.
almaklumla.
di Alex de pantai yang terbahagi kepada dua daerah.
satu SAFIRAH.
satu lagi MANDARAH.
nak dikatakan keluasan tu, aku pon xtau.
Wallahua'lam.
cantek memang cantek.
aku xnafikan.
bile dok tepi laut yang membiru, pekena isap syisya enab fakhir...
angin2 membedil pipi dan membelai rambut,
ku rasa terhuyung hayang dilanda badai kesegaran ciptaan tuhan.
Alhamdulillah syukur.
untuk kebiasaannye, aku dan kawan serumah akan pergi setiap kali cuti selepas peperiksaan.
biasanya selepas exam musim sejuk dlm bulan FEBRUARY.
masa untuk release kan otak la kunun2 nye.
sebenarnya bila dah lama xnampak perempuan2 bandar,
teringan la nak tengok untuk freashkan mata yang agak SUGUL terperap
di TANTA..hehe..
perempuan arab kan canteekk.

seperti biasa,
kami akan menyewa rumah kosong untuk bermalam di Alex.
harga yang agak berpatutan. sekitar 80LE = 60rm untuk satu malam.
rumah besar, dan bleh duduk dalam 8orang.
kami akan ambil yang paling last.
untuk kesegaran di tingkat paling atas,
kami ke balkoni untuk menghirup angin laut
mandarah...
teringat kepada novel ayat-ayat cinta,
karya fadhil Habiburahman... yang banyak menceritakan plot2 indah
ketika fahri bersama aisyah di Iskandariah,
ketika itu mereka berbulan madu di San Stefano.
macam xpercaya aku boleh berada di sini.
sangat indah kan?...
jom la ke EGYPT...

bercerita perihal Alex nih,
banyak juga tempat2 menarik.
antaranya, terdapat,
kawasan kubu kuat panglima Salehudin Al Ayubi,
Muntazah, kawasan bunga yang paling cantik dan paling besar di Egypt.
di situ terdapat Istana Raja Farouq, dan juga terdapat jambatan yang dibina indah.
keluasan kawasan itu dikatakan mencecah puluhan hektar.
memang penat la nak jalan.
tidak ketinggalan di Alexandria terdapat Colloseum.
aku kurang pasti tentang sejarahnya...tapi nanti de gambar2 peninggalan yang sempat aku amek. tunggu dan lihat la ye.
terdapat juga kawasan untuk membeli di pasar besar mansyiah dan ada sedikit sebanyak monumen sejarah untuk memperingati askar2 egypt ketika mesir menuntut kemerdekaan.
yang paling terindah di Alex ni,
terdapat makam NABI kita.
iaitu makam NABI DANIAL dan disebelahnya makam LUKMAN AL HAKIM.
terdapat juga makam imam ABI DARDA'.
dikatakan terdapat banyak lagi makam imam2 yang masyur.
tapi aku xjumpa lagi..insyallah, lepas nih. hehe..
owhh lupa nak bagitau kat u all.
antara yang terhebat di Alex adalah PERPUSTAKAAN.
perpustakaan yang terbesar di benua Afrika.
tiket hanya 2LE,
duduklah sepuas2nya dalam perpustakaan.
memang besar gila2.
bertingkat2 dah macam mangkuk tingkat.
dari atas bila lihat bawah nampak orang kecil je.
bayangkan la...jgn berangan dah le..haha
di ALEX juga terdapat Universiti AL Azhar..
tapi U ni hanya dikhaskan untuk perempuan sahaja.
kalau de lelaki Malaysia di sana pon disebabkan mereka yang sudah berkahwin.
akan nak tinggal bini kat Alex kot. hehe...

keseronokan akan lebih dirasai di malam hari.
berjalan2 sepanjang persisiran pantai.
menikmati bunyi ombak dan deruan angin sepoi2 menusuk2 gegendang comel ku ini.
sebelum subuh sampai rumah,
selepas solat subuh,
kite all akan mandi manda di pantai.
semestinya menjadi perkara wajib untuk tuun ke laut.
bukan mencari rezeki, tapi mencari pasal...
kalau dah kat tempat orang ni paham2 la ye.
dah macam artis.
ramai awek2, minah2, mamat2 perhatikan.
kadang2 naik segan gak.
nak buat camnekan..
terpaksa la buat tak tahu je.
kat Alex ni pelik skit.
nak mandi kena bayar.
dalam 3LE seorang.
dia akan bagi payung besar dan kerusi sorg satu.
macam bersantai la kiranya.
bolehla dikatakan seronok.

sebelum pulang tidak lupa untuk menjamu selera di MAKRAM.
MAKRAM ni mmg tempat aku dan kawan2 selalu layan.
kat situ de jual sandwich sotong, udang yang fresh2.
memang tip top la.
meleleh bila teringat.
harga berpatutan dan sangat berbaloi.
maklumlah laut besar, makanan laut murah.
sempat juga beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang ke Tanta.

dalam perjalan ke Tanta yang memakan masa hampir 2 ke 3 jam.
membolehkan aku tidur dengan lena dalam keadaan separuh sedar.
apa?
naik APA?
hehe..depend kat ahli syura la.
kalau semua setuju train, kite all akan naik train.
kalau nak murah sikit, aku akan amek PEUGOT.
sebuah kereta yang memuatkan 7penumpang.
ape2pon semoga korang enjoy bila tengok pix2 yg sempat di ambil...

opss..

Tengoklah puas2 picture nih. banyak lagi sebenarnya, tapi akan aku nak upload semua kan.
mahu penuh ngan gambar je nanti...


ni betul2 tepi laut sebelum aku nak mandi.. cari port yang sesuai.
nanti melekat obor2 kat badan susah plak nanti..haha..besarkan batu tuh..
so korang paham2 la kan..maknanye aku dah tinggi, sbb aku bleh panjat batu tuh.
jangan marah...

matahari baru nak naik. so aku sempat la amek pix nih.cantek kan view nih..memang indah ciptaan tuhan.

view lautan n jutaan manusia sedang mandi manda. memang best la..
terbaeeeeeeekkk laa...

yang ni masa kat muntaza..

tenang je bila tengok garisan horizontal antara laut dan langit.
korang mesti dapat rasakan kan. kl xdapat rasakan, try pasni pegi laut tengok hujung laut.
kl xtenang jugak, korang baca surah yasin banyak2 la. pastu taubat seikhlas hati..
dah xlama la tuh..hahha

jambatan yang cantek. laluan untuk ke istana Raja Faroq
cuma laluan tu dah xdibenarkan pengunjung lalu. sbb, Raja je yang bleh lalu.huhu

bercuti kan untuk merehatkan otak yang runsing, jadi ini lah sedikit aksi ranjang pengunjung2. pelbagai aksi yang menarik dipersembahkan..moga2 kegembiraan dirasai bersama dan melenyapkan segala kegelisahan di dalam hati.huuraayyy

pemandangan di sepanjang muntaza.ramai gak couple2 arab beronggeng kat sini.
kiteorg skodeng2 je la. takut2 gak diorg rupenye. ingatkan berani sangat..

sekarang ni kita berada di dalam kubu kuat pertahanan panglima perang Salehudin Al Ayubi.
cantik dalam dia.aku suka tempat nih. di setiap tetingkapnya, de cahaya yang masuk.terdapat juga tempat2 khas memanah, tempat solat, sistem peredaran angin yg mengkagumkan.

ni pintu masuk ke dalam kubu. besar gila pintu dia. berat lak tu. xlarat aku nak tolak.

pintu masuk kubu pertahanan. masa aku pegi ni tiba2 jumpa pelancong cina dari malaysia.
kebetulan la kot. cina tu suami istri. kalau dia xtegur dulu mane la aku nak tau yg dia tu cina malaysia. takut mmg betul2 cina dr negara Cina.haha..pening aku baca statement nih.

penat la gak pusing2 kubu kuat orang islam nih..memang besar gila.
cuma yang best, sbb dia betul2 tepi laut. pemandangan nya sangatla benar2 indah..

yang ni la yang aku katakan masjid. dlm kubu kuat ni terdapat masjid.
mmg mantap tentera2 dibawah pimpinan Salehudin Al Ayubi nih. aku de la dengar2 sejarah di masa peperangan meletus. masjid ni kecik je sebenarnya, tapi bala tentera yang ramai muat ketika bersolat jemaah kat sini. mgkin kuasa tuhan melebarkan keluasaannya.
Wallahua'lam.

inilah colloseum Roman theatre...aku xpasti la digunakan untuk bergaduh atau tengok drama.
hehe..sayangnya tempat ni dah barai. batu batan banyak yg dah runtuh. sedang dlm keadaan membaik pulih.

pandanglah lihatlah...

pandanglah lihatlahh..

ade la sikit2 sumber2 kl rajin nak baca. hehe..aku amek gambar je, nak baca malas.

aku curi2 panjat smpai ke belakang, nasib pak guard xnampak. kl x mesti kena tembak.
hohoho...

konon2 aku tengok theatre ngan kucing la nih..haha..
merasa gak aku duduk kat sit pendekar2 zaman dulu kala..

ni la patung2 yang dijumpai di dalam laut. mgkin de sejarah sebelum ni. tapi aku kurang mengerti. apa sejarah benda ni nanti aku selidik balik.
patung2 ni juga ditempatkan bersebelahan colloseum.

setelah penat mandi manda, ke kubu pertahanan dan muntaza,
kami beralih ke bandar2 Alexandria..ni de la skit2 pix tatapan u all semua.
dari depan. aku pon xtau pe fungsi benda nih.tapi de la mamat dua orang yang berdiri tegak mcm patung. mungkin 8 jam mungkin 12 jam mungkin 1hari...kesian..

panorama dari belakang bandar bersejarah Alex

tugu memperingati pahlawan2 mesir yang menuntut keMerdekaan mesir.

jalan Nabi Danial.

Al fatehah buat Nabi Danial dan juga Lukman al Hakim.keadaan makam di bawah tanah.
mungkin sebelum ni kawasan ni rendah, tapi dah ditinggikan.di atas makam ini, adalah masjid Nabi Danial. kawasan ini telah di cantikkan, untuk memudahkan pelawat dtg untuk melihat.
di dalam ini juga terdapat peninggalan terowong yang sangat menyeramkan. di katakan terowong tu digunakan sewaktu perang. wallahua'lam. aku sempat tengok2, tapi seram, sbb xnampak penghujungnya...

ni la makam Abi Darda.besar makam nih. siap dibina rumah khas. siap de penjaga.
makam ni menjadi laluan kiri dan kanannya laluan keretapi jalanraya. kami melihat dengan jarak dekat keadaan sebenar makam beliau. Alfatehah buat imam Abi Darda, moga bersama2 orang2 yang soleh...

aku sempat candid pix nih.mamat yg bukak papan tanda ni membuat perkhidmatan tipon bergerak. yang tergantung berjela2 tu kad topup. mudah la gak nak dpt kad topup.
bersepah2 orang jual. nilai terendah 10LE. masa aku baru2 sampai harga kad 10LE ni berharga 12LE, dah la harga mahal, pastu nilai di dalamnya xsampai 10LE..pelik tapi benar. pada tahun 2008 baru de perubahan. harga sama n nilai dalam pon sama. mungkin syarikat telekomunikasi dah kaya kot. antara yline yang popular di Egypt nih, Vodafone, Mobinil, Etisalat. aku pakai Vodafone, sbb nmpak class gitu.wahh...

keadaan pasar di Alex.cantek kan susunannya. susah la kalau nak dpt kat Tanta.xbeli pon, tapi just round2 amek angin pasar sebelum berangkat pulang meninggalkan Alex.

sebelum pulang ni la kedai yang aku cakapkan tuh. kl korang teringin nak ke sini nnt aku bawakkan.best woo....

ni la no flat peugot yg aku penah naik..
tibe2 terasa nak amek gambar tym tuh..

sampai sudah di Tanta..

ketemu lagi di lain waktu..
owhh..
masih de pix yg kurang.
tym di perpustakaan... nanti aku masukkan di bahgian ke dua ye.
banyak sgt gambau, pening aku nak edit...

ape kisah seterusnya...

Thursday, October 23, 2008

2006 - 2007 : EGYPT

salam kawan2.

edoi xtau nak cerita camne ni..
terlalu banyak yg dah berlaku.
tapi doi try la ringkaskan ye..

banyak peristiwa menarik bila tym jalan2.
kl tym study kat sini biasa je.
cuma sistem markah dan kuliyah yg agak berbeza.
banyak beza.
xsama macam kat malaysia.
nanti aku cerita k.

aku mula dengan jalan2 la ye..
antara tempat yg pernah aku lawati,
pyramid di Gizza..
syalalat wadi alrayan..
qalaah salehudin al ayubi.
makam2 para sahabat n imam2 masyhur.
iskandariah.
port said.
sinai.
tempat2 ni semua antara tempat2 yg biasa org lawati..
cuma aku belum sempat sampai ke matruh siwa dan hurghada.
insyallah, ade rezki aku akan pergi di suatu hari nnt.
nak dipendekkan cerita.
meh la tengok gambar2 setakat yg ada ni.
kalau cakap je xbest la kan..

.......................................................................................

ini gambar2 yang sempat di shot...


tugu ramsis II yg terletak sekitar bandar kaherah.
benda ni ade kat tepi jalan je..so sempat la shot utk korang tengok2...


ni pulak kawasan kubu pertahanan panglima Salehudin Al-ayubi..
kl korang tengok de satu lorong mcm tangga tu, tu bukan la tangga..tapi tu sistem perairan yg sangat agung pada zaman itu..orang sekarang pon pelik ngan sistem perairan tu.sebab salehudin al ayubi buat perairan dari bawah, air akan naik ke atas. dahsat tul pemikiran orang2 dulu..
puas org sekarang kaji. tapi xdpt jmpe teknologi ape yg diorg guna...


yg ni mcm biasala..pyramid dr jauh. nampak 3 ketul. paling besar, sederhana n kecil.
masing2 ade nama tersendiri.aku dah lupe pe nama dia. memang power tul orang zaman2 firaun nih..kuat2 belaka..


ni piramid yg paling besar.sejarahnya dulu, kat atas sekali tu ada emas..tp dah kena rembat ngan malaun kapir dulu kala. sanggup diorg naik smpai atas, nak amek emas tu.kalau jatuh sia2 je..besar memang besar.xleh dinafikan..


sebelum sampai ke piramid excited nak amek gambar.
dalam bus pon sempat amek gambar...
batak la katakan..benda ajaib dunia tuh..


yang ni pula istana Qarun. Maha suci ALLAH, dengan kuasanya,
dia memperlihatkan kpd umat sekarang antara istana Qarun laknatullah yang tinggal..
asalnya kawasan qarun ni besar. tp banyak yang dah ditenggelamkan air.


tengokla batu2an yg digunakan utk membuat piramid.
besar gila.satu batu dah tinggi orang..
bygkan la utk satu piramid de 2juta batu sebesar itu..
memang firaun ni gila. kesian hamba tym tu..kena kerah gila2.
tp de pendapat mengatakan, firauan menggunakan bantuan jin.
wallahua'lam..


nampak xkepala singa tuh..itu la yg orang panggil SPHINX.
aku pon xtau pe yg best kat kepala tu..
tp itula yg diagung2kan firauan sebg tanda GAH nye
kekuasaan Firaun pada masa dulu kala...
kami xdibenarkan masuk, sebab kerja2 pembaikpulihan sedang dilakukan ketika itu.


lompat terus ke DAHAB..
antara tempat peranginan yg menarik.
laut kat dahab ni cantik gila.
colour biru..nnt aku up lg pix k..
sempat bermalam di sini, untuk ke destinasi seterusnya SiNAi..


inilah masjid Ali Pasha..dalam kawasan kubu pertahanan Salehudin al ayubi..
cantik masjid ni. tp sayang, sbb masjid ini hanya dijadikan kawasan utk melawat.
ianya tidak berfungsi sbg masjid, kerana masjid ini dipelihara sbg kawasan yg bersejarah.
mmg cantik..binaan n ukiran dia aku bg 20/10.. terpanar seketika bila masuk ke dalamnya.


pix ni bg aku paling mahal. sbb yg bintik2 tu wap sebenarnya.
bukan wap buatan..tapi natural wap yang bleh menyembuhkan banyak penyakit.
antaranya penyakit kusta. ni bukan calang2 tempat.
inilah HAMAM FIRAUN.tempat mandi firaun. ramai pelancong kapir dtg sini pakai spender ngan bra lepak dlm nih..diorg wat terapi...aku sempat lepak kejap je. sbb panas, berpeluh2..
ala2 sauna la...


ni masjid ali pasha dr luar. cantik masjid nih..
memang kagum atas binaanya..
masjid ni juga telah banyak kali keluar di kalender2 mesir.


ramai2 amek gambau depan piramid..semua budget kacak..
jaga akhlak skit..bakal ustat nih...


biasanya piramid bucu kat atas kan...
tapi yg kat belakang ni piramid terbalik..
memang best...pelik bin ajaib..aku pon xtau tempat tu tmpat apa.
katanya sekadar pejabat kerajaan.
so kite all xleh nak masuk..


emm...kincir air peninggalan nabi Yusuf..dah 3000thn benda ni.
tapi still berfungsi. dahsat kan..
teknologi dahulu kala memang mengkagumkan.
bertahan lama.aku suka tempat ni, bila lepak kat tepi tu,
seronok je dengar alunan bunyi tym roda2 tu berpusing.
diperbuat dari kayu. tapi xreput2..sangat dahsat..
aku rasa kayu ni lagi bagus dr JATi..mungkin kayu dari syurga agaknya.
wallahualam.


xberapa jelas akibat kamera yg kurang bagus..
dan mungkin sebab tempat ni byk sejarah hitamnya.
inilah tasik QORUN laknatullah..
bukan tasik ni Qorun yang punya. tapi tasik ni la yg menenggelamkan segala kekayaan Qorun.
dengan istana2 n segala harta benda Qorun.
mula2 ingatkan laut.
tp kami silap..ini lah tasik QORUN...
memang besar gila tasik ni..
kite all xlepak lama kat sini, sebab airnya busuk gila yang amat2.
mungkin dsbbkan kejahatan yg QORUN dah buat...
ALLAH balas ngan busuk sehingga la sekrang..
cakap tentang harta kekayaan QORUN.
cuba bayangkan ye...kunci utk membuka pintu istana sahaja memerlukan beratus ekor unta.
itu baru nak bawak kunci Qorun...
belum pintu lagi.
wallahualam..

.......................................................................................

mungkin sampai di sini dahulu..
banyak lagi tempat best yg aku blum tunjuk..
nnt aku update ye..

hari2ku semakin hampir...