Saturday, August 23, 2008

BAKAL AYAH



salam.

BAKAL AYAH

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar jururawat dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!".
"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Menara Berkembar Petronas"

Kemudian keluar pula jururawat lain dan memberitahu kepada ayah kedua,
"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"
"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pula jururawat lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan". Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "Kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-Eleven!"


gelak-gelak juga.
istighfar jangan lupa.

TEKA TEKi TEKA TEKUK -bhg.3-



salam

TekaTekiTekaTekuk penghibur lara.


1.Soalan : Jam apa yang terdapat di atas pokok? Jawapan : Jambu.

2.banyak banyak pokok,pokok apa yang boleh dimakan dengan daun dan akarnya sekali jawapannya:pokok taugeh.

3.dekat dapur ape yang paling besar sekali?...peti ais salah, meje makan pun salah, jawapannya bawang BESAR.

4.besar di Arab,kecil di China..dua pada kakak satu pada adik..ada pada ayam,tiada pada itik..so,what is this? ...huruf 'A' la.

5.Antara banyak-banyak kereta,kereta apa paling panjang...jawapannya...kereta jem.

6.Bila dilepas dia hidup,bila ditangkap mati...jawabnya gasing.

7.antara banyak2 ikan,ikan apa yang paling miskin? jawapangnya"ikan kering"

8.Kat tengah-tengah MALAM ada aper??? Jawapannya ialah...... huruf 'L'

9.KALAU TUAN BIJAK , DALAM SATU SAAT TIMBUL DUA KALI, DALAM SATU MINIT DIA HILANG, DALAM SATU JAM DIA TIMBUL SATU KALI. JAWAPANNYA :Huruf A

10.Di antara motosikal dan kereta yang mana lebih tua?..jawapannya:motosikal sebab motosikal pakai tongkat,kereta tak pakai tongkat.


berjumpa lagi di tekatekitekatekuk bhg.4

Friday, August 22, 2008

DOA ku HARAPAN ku

salam.



Kala manusia ada dalam derita
Dunia ini kan terasa neraka
Airmata tak cukup untuk berkata
Amarah bukanlah caranya bicara

Panjatkan doa, pada Tuhan Yang Maha Kuasa
Katakan kehendakmu kabulkan ya Robbi
( Panjatkan harapanmu kabulkan ya Robbi )
( Selamatkan akhiratmu kabulkan ya Robbi )
Diriku berlumur dosa
Mungkinkah akan kembali fitrah

Adakalanya manusia alpa lupa
Terlelap didalam buaian asmara
Jangan percaya tipu daya dunia
Tangis dan tawa takkan kekal selamanya



Doaku Harapanku

Thursday, August 21, 2008

BISKUT ku BISKUT mu



Biskut

Ada satu kisah...
Keindahan yang hakiki datangnya dari hati yang
ikhlas bukan dari pandangan seseorang.
Seorang wanita di lapangan terbang sedang menunggu waktu
penerbangannya.
Sambil menunggu dia makan biskut yang dibelinya sebelum itu
dan membaca buku cerita. Sedang dia makan dia terperasan yang
lelaki disebelahnya turut mengambil biskut dari bungkusan yang
sama yang terletak disebelahnya.
Setiap keping biskut yang dia ambil lelaki itu turut mengambil sama.
Didalam hati wanita itu menyumpah-nyumpah lelaki itu. "Alangkah
tak malunya lelaki ni...sudah la tak mintak izin dari aku...
makan sama banyak dengan aku pulak tu...
Pencuri!!!!"



rungut wanita itu dalam hati.
Dalam pada itu lelaki itu dengan muka yang tenang terus dengan
perbuatannya.
Hinggalah sampai ke biskut yang terakhir terdapat
dalam bungkusan itu. Wanita itu menunggu reaksi dari lelaki itu.
Sambil tersenyum lalaki itu mengambil biskut yang terakhir itu lalu
dipatah dua lantas memberikan separuh darinya kepada wanita
itu. Wanita itu menjadi begitu marah namun dia tetap menahan
dirinya dari memarahi lelaki itu.
Sambil merampas dengan kasar biskut yang separuh itu dan menunjukkan
mukanya yang masam mencuka wanita itu berkata dalam hatinya
"Berani sungguh lelaki ni. Memang muka tak malu. Pencuri besar.."
Kedua-dua wanita dan lelaki itu terus duduk sehingga panggilan untuk
menaiki pesawat untuk wanita itu sampai. Sambil menarik nafas
lega seolah baru lepas dari satu kejadian ngeri wanita itu
bergerak menaiki pesawatnya. Apabila dia sampai ditempat duduk
nya beliau membuka beg kecilnya untuk mengambil barang.
Alangkah terkejutnya dia bila melihat satu bungkusan biskut berada
di dalam begnya masih elok belum terbuka. Jika biskut ni ada
dalam beg aku jadi bermakna biskut yang aku makan tadi...
Ya!!...biskut yang dimakannya tadi adalah kepunyaan lelaki itu.
Alangkah malunya dia atas segala tindakannya terhadap lelaki itu.
Lelaki itu telah sanggup berkongsi biskut dengannya sehingga
biskut yang terakhir biar pun dari awal lagi wanita itu telah
menunjukkan reaksi marahnya.
Untuk meminta maaf sudah terlambat namun hatinya penuh kekesalan
kerana bersifat kedekut dan tidak mahu berkongsi dengan orang lain.
Kini dia menyedari bahawa dialah pencuri biskut yang sebenarnya.

MORAL of the STORY:

Moral 1: jangan makan biskut masa tunggu bas|keretapi|
kapalterbang...memberi biskut lebih baik

Moral 2: Lelaki lebih cool semasa makan biskut berbanding perempuan

Moral 3: Lain kali simpan biskut yang kita beli...makan biskut orang dulu

Moral 4: janganlah suka sangka buruk dengan orang yang kita tidak kenal..tak kenal
maka tak cinta...

Moral 5: teknik membuka biskut lebih awal adalah sangat tektikal...

renung2kan dan selamat mencuba,
mungkin jodoh anda dengan pasangan biskut.
uhuks uhuks...

DOSA DLM KELUARGA

salam.



DOSA-DOSA DALAM KELUARGA

Menderhaka Kepada Orang Tua- Memutus Hubungan Kekeluargaan

MENDERHAKA KEPADA ORANG TUA

Menderhaka kepada orang tua adalah mengganggu kedua orang itu dengan gangguan macam apa pun, sedikit atau banyak menentang mereka dalam hal yang mereka suruh atau larang dengan syarat ketiadaan maksiat dari mereka.Menderhaka kepada orang kedua tua termasuk dosa besar yang diperingatkan kepada kita oleh nabi saw dengan sabdanya:
"Mahukah kuberikan kepada kamu tentang dosa terbesar? (diucapnya tiga kali). Kami berkata: Baiklah, wahai rasullullah.Beliau bersabda: Menyekutukan allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa. Termasuk juga perkataan dusta dan kesaksian palsu. Beliau terus mengulangi hingga kami katakan: Mudah-mudahan beliau lekas diam. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

Termasuk menderhaka kepada kedua orang tua adalah bila anak-anak melakukan penganaiyaan badan kepada keduanya, atau melontarkan maki-makian kepada mereka atau membebani mereka diluar kemampuan mereka dalam pelbagai segi kehidupan seperti terus menerus minta kepada mereka sedangkan anak-anak itu tahu kedua orang tuanya tidak mampu memenuhi permintaan mereka dan mengandalkan cara-cara ancaman. Diantara bentuk-bentuk penderhakaan adalah bila anak-anak yang mampu tidak mahu membantu kedua orang tuanya yang miskin dan memerlukan pemeliharan dan perhatiannya. Termasuk penderhakaan adalah bila anak menjauhi kedua orang tuanya dan tidak mahu menjenguk mereka. Ini biasa terjadi di waktu keadaan sosial anak itu meningkat secara mendadak dan menganggap status sosialnya lebih tinggi dari status sosial kedua orang tuanya.Termasuk penderhakaan yang diperingatkan nabi saw kepada kita adalah bila kita menimbulkan sebab yang berakibat timbulnya makian kepada kedua orang tuanya.

Nabi saw bersabda :
Ertinya:Termasuk dosa terbesar adalah bila seseorang mengutuk kedua orang tuanya. Ada yang bertanya :Ya Rasullullah, bagaimana seseorang biasa mengutuk kedua orang tuanya? Beliau menjawab : Bila seseorang memaki ayah orang lain sehingga orang itu memaki ayahnya. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

Apabila kita menyebut penderhakan kepada kedua orang tua dan bentuk-bentuknya, maka Islam dari segi lain telah menekankan wasiat untuk berbuat baik kepada kedua orang tua. Cukuplah sebagai dalil atas kepentingan hal itu bahawa wasiat terhadap orang tua dalam Al-Quran selalu dikaitkan dengan ibadah kepada Allah swt berfirman:
Ertinya : Sembahlah Allah dan jangan menyekutukan dengan sesuatu serta berbuatlah baik kepada kedua orang tua. S.AN-NISA :36.

Ertinya : Bersyukurlah kepadaku dan kedua orang tuamu, kepadaku engkau akan kembali. S.LUQMAN :14.

Sebagaimana manusia wajib bersyukur kepada penciptanya yang memberi kenikmatannya kepada kenikmatan-kenikmatan yang tidak terhingga, begitu pula manusia wajib bersyukur kepada kedua orang tuanya kerana merka berjasa besar kepadanya dalam membesarkan dan mendidiknya, Ibnu Abbas telah menunjukkan kepada erti yang dalam pemahamannya mengenai Al-Quran, maka ia berkata: "Tiga ayat turun berkaitan dengan tiga hal yang tidak biasa lepas masing-masing dari yang lain".

(1) Firman Allah Taala :
Ertinya :Taatlah kepada Allah dan rasulnya.
Barangsiapa taat kepada Allah dan tidak taat kepada rasulnya tidaklah diterima amalnya.

(2)Firman Allah Taala :
Ertinya: Dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat.
Maka barangsiapa bersembahyang dan tidak mengeluarkan zakat tidaklah diterima amalnya.

(3)Firman Allah Taala :
Ertinya: Bersyukurlah kepadaku dan kedua orang tuamu dan kepadaku kamu akan kembali.
Maka barangsiapa bersyukur kepada Allah dan tidak bersyukur kepada kedua orang tuanya, tidaklah diterima amalnya itu.

Oleh kerana itu nabi saw bersabda :
Ertinya: Keredhaan Allah adalah dalam keredhaan kedua orang tua dan kemurkaan kedua orang tua. H.R.IBNU HIBBAN DAN HAKIM.

Seorang lelaki bertanya kepada nabi saw, maka orang itu berkata : Ya rasullullah, apakah masih ada kesempatan bagiku untuk berbakti kepada kedua orang tuaku sesudah keduanya wafat? Beliau menjawab : Ya, dengan mendoakan keduanya, melaksanakan wasiat keduanya sesudah mereka wafat, dan siraturrahim yang hanya bila disambung dengan mereka serta menghormati serta menghormati sahabat mereka. H.R.ABU DAWUD DAN IBNU MAJAH.

Nabi saw telah menjelaskan wasiat-wasiatnya tentang tentang keutamaan bakti kepada kedua orang tua, maka beliau bersabda :
Ertinya: Barangsiapa ingin dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya, hendaklah ia berbakti kepada kedua orang tuanya dan menyambung hubungan kekeluargaannya. H.R.IMAM AHMAD.

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud ia berkata :
Aku bertanya kepada Rasullullah: Amal mana yang paling disukai Allah? Beliau menjawab :Solat pada waktunya.
Aku berkata : Kemudian yang mana? Beliau menjawab: Jihad dijalan Allah. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

Islam telah mengkhususkan ibu dengan tambahan perhatian kerana jasamnya lebih besar dan kasih sayangnya lebih banyak dan kepayahannya lebih besar. Hal itu kerana ia menderitakan selama hamil, melahirkan, menyusukan, kurang tidur diwaktu malam dan terkena kotoran.Al-Quran telah menunjukkan kepada penderitaan yang dialami ibu dengan firman Allah taala:
Ertinya : Kami wasiatkan kepada manusia agar membuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah dari mulai mengandung hingga melepaskannya dari penyusuannya selama 30 bulan. S.AL-AHQAF :15.

Diriwayatkan bahawa seorang lelaki datang kepada nabi saw, maka ia berkata : Ya Rasullullah, siapa yang paling patut mendapat perlakuan yang baik dariku ? Beliau menjawab : Ibumu. Lalu siapa?
Beliau menjawab : Ibumu. Orang itu berkata : Lalu siapa?
Beliau menjawab : Ibumu. Orang itu berkata : Lalu siapa?
Beliau menjawab : Kemudian ayahmu.



MEMUTUSKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN

Manusia tidak merasakan ketenteraman dan keamanan kecuali dalam kelompok dimana ia mempunyai hak dan kewajipan. Tanpa manusia hidup dalam kelompok ia tidak akan menjadi kecuali seperti seekor domba yang tersesat, melarat dan sengsara. Kelompok yang memiliki sifat ini dalam maknanya yang paling menyeluruh adalah keluarga yang merupakan inti kumpulan dan sumber kebaikan dalam masyarakat manapun. Melalui jalan keluarga manusia dapat menuntut hak-haknya dan biasa terpenuhi serta merasakan kenikmatan dan ketenangan.

Lantaran ini Islam bersikap tegas kepada para pengikutnya dengan memberikan perhatian kepada keluarga dan memberikan kebaikan dan layanan kepadanya sebelum yang lain, sebagaimana memutuskan hubungan dengannya termasuk dosa besar. Islam menamakan keluarga dengan dua penamaan :Kadang-kadang memanggilnya dengan nama Al-Arhaam (jamak rahim), dan kadang-kadang dengan nama kaum kerabat (dzawil qurba).
Termasuk ayat Al-Quran yang menyebut keluarga dengan dzawil qurba adalah firman Allah Taala :

Ertinya: Berilah kaum kerabat haknya dan orang miskin serta musafir. S.AL-ISRA: 26.

Allah Taala berfirman :
Ertinya : Mereka bertanya berkata kepadamu tentang apa yang patut mereka belanjakan. Katakanlah : Apa yang kamu belanjakan berupa kebaikan, maka patut diberikan kepada kedua orang tua dan kaum kerabat dan anak-anak yatim serta dan orang-orang miskin. S.BAQARAH: 215.

Al-Quran mengkhususkan kaum kerabat dengan keutamaan perlakuan yang baik dan mendahulukan mereka atas lain dalam pertolongan. Disebutkan dalam Al-Quran ketika menamakan keluarga dengan Al-Arhaam :
Ertinya : Takutlah kamu kepada Allah yang dengan namanya kamu saling meminta, dan takutlah kamu dari memutuskan hubungan kekeluargaan. S.AN-NISA: 1.

Al-Quran memperingatkan dengan keras agar jangan memutus hubungan kekeluargaan :
Ertinya :Adakah patut diharapkan daripadamu bila kamu memerintah urusan manusia lalu kamu berbuat kerosakan dibumi dan memutuskan hubungan kekeluargaanmu. Mereka itulah yang dikuutuk Alah lalu membuat mereka tuli dan membutakan penglihatan mereka. S.MUHAMMAD: 22, 23.

Nabi saw memperingatkan dengan keras terhadap dosa besar yang ditimbulkan oleh pemutusan hubungan kekeluargaan, maka beliau bersabda :
Ertinya : Hubungan kekeluargaan tergantung di Arasy seraya berkata : Siapa yang menyambungku, Allah akan menyambung hubungan dengannya, dan siapa yang memutuskan hubungan denganku, Allah akan memutuskan hubungan dengannya. H.R. BUKHARI DAN MUSLIM.

Nabi saw bersabda :
Ertinya : Tidak ada dosa yang lebih patut disegerakan Allah hukumannya bagi pelakunya di dunia disamping yang disimpan baginya di akhirat, daripada : keredhaan dan pemutusan hubungan kekeluargaan. H.R.BUKHARI, TARMIZI DAN IBNU MAJAH.

Diantara sabdanya pula :
Ertinya : Tidak akan masuk syurga orang yang memutus hubungan kekeluargaan.

Sebagaimana nabi saw menerangkan pengaruh-pengaruh baik yang ditimbulkan oleh silaturrahim pada pelakunya ketika beliau bersabda :
Ertinya : Barangsiapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, hendaklah ia menyambung hubungan dengan keluarganya. H.R.BUKHARI DAN MUSLIM.

Hikmah dalam perhatian Islam kepada silaturrahim berdiri diatas alasan kejiwaan, iaitu bahawa kerabat manusia selalu mengharapkan kebaikan sesamanya, maka jika tidak diberi dianggaplah perbuatan itu sebagai kejahatan. Bila orang kaya tidak berbuat kebaikan kepada orang miskin yang bukan keluarganya maka kemarahannya tidak akan mencapai sedikit pun seperti kemarahan yang berkecamuk dalam dada keluarganya dan celaannya bila ia tidak mendapat kebaikannya.

Penyair mengatakan :
Kezaliman sanak saudara lebih sakit terasa dihati daripada pukulan pedang tajam.

Maka kezaliman sanak saudara menyebabkan saling dengki dan benci kerana keluarga biasanya lebih banyak mengetahui sifat-sifat kerabatnya sehingga bila ingin membalas dendam misalnya, ia pun paling tahu tentang apa yang biasa mengganggu kerabatnya dan menyulitkannya kerana kesempatan yang ditimbulkan oleh hubungan itu untuk mengetahui hal-hal yang hanya diketahui oleh kaum kerabat. Tatkala Islam bertujuan mendirikan keluarga yang paling berhak atas harta seseorang. Lantaran itu Allah menjadikan peninggalan orang mati sekutu diantara kaum kerabatnya, dimana masing-masing mengambil bahagiannya yang ditetapkan Allah sesuai dengan darjat kerabat dan keadilan.

Sebagaimana Allah Taala berfirman :
Ertinya : Orang lelaki mendapat bahagian dari peninggalan kedua orang tua dan kaum kerabat dan orang-orang perempuan mendapat bahagian dari peninggalannya kedua orang tua dan kaum kerabat sedikit atau banyak, iaitu bahagian yang sudah ditetapkan. S.AN-NISA :7.

Untuk menegaskan keinginan Islam akan perhatian kepada keluarga, maka Islam telah mewajibkan atas orang-orang yang mampu dan bagi orang-orang yang memerlukan dari pokok dan cabang keluarga seperti ayah, kakak, anak dan cucu serta menjadikan nafkah isteri dan anak-anak wajib atas suami dan ayah.

rumahku syurgaku.
keluargaku juga syurgaku.
usrati ahlan.

wallahu'alam

Wednesday, August 20, 2008

FORM4 : 2000



sebelum melabuhkan jemari ke papan keyboard A4tech ku,
aku dah telan sebiji pil kuning,
sebiji pil merah.
?
memberi ketenangan bersama

.............................................................................

di pagi yang hening.
surup surup di suatu kesurupan.
masih tertinggal tanda tanya yang perlu dijelaskan.
lemah gemalai kehijauan bumi tuhan melambai.
embun bertaburan menghamparkan kilauan,
di kala sang matahari menyimbah sinaran.
bagaikan suatu yang indah dan tidak terbanding.
dengan siulan dan mainan merdu si anak pipit di sana sini.
kagum aku dengan kuasa tuhan.
kampung jalan kebun sangat segar.
tidak sama seperti di serdang.
setiap pagi udaranya nyaman dan bugar.
nikmat yang tidak terbanding.
bagaimana agaknya syurga yang menanti di sana?...

form4.
tahun SMA.(sijil menengah agama).
ini adalah penilaian pertama bagi
sekolah2 agama samada rakyat atau swasta.
acuh tak acuh,
endah tak endah.
belajar still macam biasa.
semuanya dalam arab.
mati kutu.
hafal boleh la.
tapi nak cakap arab memang lembap.
lagi2 kalau menghadap subjek b.arab bab nahu dan sorof.
dengan segarnya keadaan panorama di sekeliling.
bersama sepoi-sepoi dinginnya angin bayu malar hijau,
10 minit berikutnya, masing2 sayu,
layu dan ramai yg tersengguk2.
bosan sbb tak paham i'rab.
tapi.
walau apapon secara totalnya.
alhamdulillah.
semuanya najihin.
mumtaz, jayid jiddan, jayid, maqbul, dhaif, rasib tu,
ikut rajinnya setiap individu.

personaliti yang agak keterlaluan.
apa yang pasti masa ni aku kuat meroyan.
aku dah pandai keluar ke bandar.
keluar asrama pakai baju sekolah,
naik je bus dah tukar segalanya.
ala2 hikhok.
camne la hikhok nih bleh masuk kat jiwa aku.
ape pengaruh la yg buat aku tergoda.
mungkin factor kawan-kawan.
masing2 duk dengar lagu eminem, snoopDog, dr Dre'.
hujung minggu je lepak bandar Klang,
kadang2 merayau smpai ke Kuala lumpur.
yang penting sebelum magrib dah kena sampai ke asrama.
kalau tak abes aku kene tibai ngan ustad warden.
kantoi tu dah jadi biasa.
masalah remaja kan.
susah nak bendung.
orang kata time2 camtu,
testosterone testarosa sedang berkecamuk.
sedikit penanggal dari kalimah2 malique TooPhat:

"lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum"

ape yang korang paham dr kesenian bahasa indah ini.
tentunya para2 schizo paranoia sedang asyik memikirkannya.

itu dulu.
skrg tidak lagi.
hikhok bukan lagi jiwaku.
tapi mungkin dendangan malique akan membangunkan aku
utk berfikir sejenak
di mana diriku di waktu itu.

begitula topeng di depan dan di belakang.
2 paparan berbeza yang sentiasa angkuh merasakan kedua2nya adlh benar.

jgn cuba ikut langkah ini.
kelak termakan diri.
amat rugi dan basi bila segalanya kita tinggal tanpa makna.
tanpa ada manfaat yg berdiri bersama.

cuba kau fikirkan
cuba kau renungkan
apa yang telah kau butuhkan,
apa yang kau inginkan,
adakah menjadi milikmu?


fORM5 menanti...

Tuesday, August 19, 2008

4CiRi WANiTA

salam.


4CIRI - CIRI PEREMPUAN AHLI NERAKA


Dalam kitab Muhimmah ada disebutkan hadis Nabi SAW mengenai 4 ciri perempuan ahli neraka.

1-Perempuan yang bermulut jahat kepada suami. Jika suami tiada dirumah, maruah dirinya tidak dijaga. Dan jika suami ada dia suka sakiti hati suaminya dengan kata-kata.

2-Perempuan yang menuntut itu ini dari suami di luar kemampuan suami.

3-Perempuan yang tidak memelihara auratnya di depan lelaki ajnabi (lelaki asing) dan suka keluar rumah memakai perhiasan untuk kelihatan lebih cantik.

4-Perempuan yang kerjanya hanya makan tidur, tidak mengerjakan sembahyang dan tidak taat pada Allah, Rasul serta suaminya.


wallahu'alam.

renung2kan dan selamat beramal...

Monday, August 18, 2008

15 JADi BALA'

salam.


15 PERKARA YANG MENDATANGKAN BALA'


1-Apabila kekuasaan dianggap keuntungan.

2-Amanat dianggap ghanimah.

3-Membayar zakat dianggap sesuatu yang merugikan.

4-Suami tunduk pada isteri.

5-Derhaka terhadap ibu.

6-Mentaati kawan yang terpesong dari kebenaran.

7-Membenci ayah.

8-Pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya.

9-Membuat bising di dalam masjid.

10-Orang disanjung kerana kejahatannya.

11-Minum arak berleluasa.

12-Semakin ramai lelaki memakai sutera.

13-Wanita menari di khalayak ramai dianggap sebagai perkara biasa.

14-Pemain muzik merata - rata.

15-Umat akhir zaman sewenangnya mengutuk umat terdahulu.


wallahu'alam.

renung2kan dan selamat beramal...

RAHSiA HARi iSLAM

salam


RAHSIA HARI ISLAM


Adapun peristiwa yang berlaku pada hari yang tujuh itu:


AHAD

a) Allah menjadikan alam.
b) Allah menjadikan bintang-bintang.
c) Allah menjadikan api neraka.
d) Allah menjadikan bumi yang tujuh.
e) Allah menjadikan lautan yang tujuh.
f) Allah menjadikan anggota manusia yang tujuh.
g) Allah menjadikan hari yang tujuh.

ISNIN

a) Nabi Idris dinaikkan Allah ke langit.
b) Nabi Musa mengunjungi Bumi Tursina.
c) Bukti ke Esaan Allah diturunkan.
d) Junjungan besar Nabi Muhammad SAW dilahirkan.
e) Wahyu pertama diturunkan pada Nabi Muhammad SAW.
f) Rasullullah wafat.

SELASA

a) Nabi Yahya dibunuh.
b) Nabi Zakaria dibunuh.
c) Tukang-tukang sihir firaun ditewaskan.
d) Asiah isteri Firaun dibunuh.
e) Lembu kaum Bani Israel dibunuh.
f) Habil dibunuh oleh Qabil.

RABU

a) Qarun hancur binasa.
b) Firaun dan tenteranya hancur binasa.
c) Raja Namrud ditewaskan nyamuk.
d) Umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakkan keras Malaikat Jibril.
e) Syadad bin Ad musnah.
f) Umat Nabi Hud dihancurkan Allah dengan taufan.

KHAMIS

a) Nabi Ibrahim memasuki kerajaan Mesir.
b) Saudara-saudara Nabi Yusuf menemuinya.
c) Bunyamin mengunjungi Nabi Yusuf di Mesir.
d) Nabi Yaakob bertemu dengan anaknya Nabi Yusuf di Mesir.
e) Nabi Musa memasuki Mesir.
f) Nabi Muhammad s.a.w memasuki Mekah.

JUMAAT

a) Nabi Adam berkahwin dengan Hawa.
b) Nabi Yusuf berkahwin Zulaikha.
c) Nabi Yusuf berkahwin dengan Siti Safurah anak Nabi Syuaib.
d) Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.
e) Rasullullah berkahwin dengan Siti Khadijah dan juga Aisyah.
f) Ali bin Abu Talib berkahwin dengan Fatimah.

SABTU

a) Nabi Nuh diperolok oleh kaumnya.
b) Nabi salleh ditipu oleh umatnya.
c) Nabi Yusuf ditipu umatnya.
d) Nabi Musa ditindas Firaun.
e) Nabi Isa diperdayakan oleh kaum Yahudi.
f) Nabi Muhammad s.a.w menjadi pengerusi di sidang Darul Nadwah.


wallahu'alam.

Sunday, August 17, 2008

HALAWAH iMAN

salam.


KEMANiSAN iMAN


Hadis Anas r.a: Nabi s.a.w bersabda:
Ada tiga sifat yang sesiapa memilikinya,
dia akan mendapat kemanisan iman:

Seseorang yang menyintai Allah dan RasulNya
lebih daripada yang lain, menyintai seseorang
hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada
kekafiran selepas Allah menyelamatkannya dari
kekafiran itu sebagaimana dia juga tidak suka
dicampakkan ke dalam Neraka.

Dalam Hadis diatas Rasulullah menegaskan bahawa
seseorang boleh merasai kemanisan iman apabila
dia melakukan tiga perkara.:

Yang pertama:
Menyintai Allah dan Rasulullah S.A.W.
lebih daripada yang lain,ini bermakna meletakkan rasa
kasih dan cinta kita yang pertama hanya pada Allah
dan Rasul-Nya, bukan kepada yang selain
daripadanya.

Yang kedua:
Mengasihi dan menyintai seseorang hanya
kerana Allah, ini di ertikan sebagai kita hendaklah
mengasihi dan menyintai seseorang hanya kerana
Allah, mengasihinya dapat menambah ketaqwaan kita pada
Allah dan dengan mengasihinya merapatkan diri kita
dengan Allah.

Yang ketiga:
Merasa benci untk kembali pada kekafiran
sepertimana benci dirinya dicampakkan ke dalam api
neraka.Ini bermakna kita hendaklah merasa benci
dan tidak suka diri kita kembali melakukan
perkara-perkara buruk dan maksiat sepertimana kita
benci diri kita dicampakkan ke dalam api neraka....

Bersabda Rasulullah SAW:
"Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpulkan
kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga ia memperolehi
redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang
dipengaruhi oleh dunia, sehingga ia terhalang dari amalam
untuk akhiratnya dan lalai untuk memperolehi redha Tuhannya.
(Riwayat Al-Hakim)

renung2kan dan selamat beramal...