Tuesday, September 9, 2008

2003 : KiSDAR

pada tahun kedua ku, secara totalnya.
aku tidak lagi menginap di asrama.
aku perlu ulang alik dari rumah untuk ke kolej setiap kelas bermula.
setiap pagi kalau kelas pukul 8pagi.
aku sudah bersiap-siap untuk bertolak pada 7.15pagi.
perjalanan menggunakan motorspot100cc berkuasa kuda laut memerlukan
30minit.
bayangkanlah dari Serdang Jaya>highway KL-Seremban > Bandar Seri Putra.
30minint andai tidak terdesak.
lagipon pada permulaannya motor aku standard je.
xde modi-modified.
nak prengg lebih pon xbleh.
so, very melly go slow
tapi kejadian akan berubah sekiranya aku lambat siap untuk ke klass.
kalau 7.30 baru bersiap, aku akan mengambil masa selama 20 minit sahaja untuk sampai di pintu park guard Kisdar.
fuhh...kecian motor spot aku nih...
setelah aku kesian atas keupayaan nya.
aku pon mula untuk menambah serba sedikit kuasa terjahan kudanya.
sekarang kuasa kuda laut bertukar menjadi kuda Hitam.
ni dah masuk bab mat Rempit nih..
layan je ekk..
setelah diubahsuai mengikut spesifikasi yang kurang dibenarkan.
inilah hasil alat ganti yang dikenal pasti.
body:colour pink
kaberate:Z
bearing:fully FAGfiber
clucth:tangan
coil:kaler ijau
break:disc
ekzos:selapisAHM.
magnet:potong
spocket:33'15
alloy:merah/LC
tayar:FKR2.25
selesai pon.
keupayaan sekilo hanya18#km/
jadi boleh la aku sampai lebih awal dari kebiasaanya.
minyak pon akan habis awal.
dulu isi minyak 3rm pegi balik.
sekarang 5rm pegi balik.huhuhu..
kopak-kopak...
yang penting aku bahagia bersama sia dia.
cuma dalam satu keadaan yang akan menjadikan sesuatu perjalanan menjadi sukar.
jawapannya HUJAN.
sungguhpon hujan badai lebat atau renyai.
aku tetap harungi dengan tabah.
menuntut ilmu itu suatu kewajipan.
jadi tiada nokhtah untuk melenyapkan hati untuk berseronok di buai lena.
aku tetap akan sampai tepat pada waktunya.
kalau tak percaya tanya la kawan-kawan dan ustazah2.
basah pon basah la.
aku nak gak dapat markah penuh kedatangan.
nampak macam semangat kan.
huhu..
itulah suatu kenyataan.

mungkin kurang indahnya andai u all tak kenal kawan2 lelaki dalam kelas aku.
meh aku bawa korang semua untuk menyulusuri setiap perangai-perangai member
dalam kelas Al-Quran dan As-Sunah aku.


AKMAL ARSHAD.sVelte.APEK.
seorang yg bertubuh sasa.
muka ala-ala Cina.
agak pendiam.
agak pemalu. beperkerti baik dan mudah dalam kerja
tolong menolong, khusus dalam membuat assignment.
bijak dalam menguruskan makanan.
cerdas dalam segala pengSoftwarean baru.
suka berkomputeran.
suka makanan yang kurang kuah.
kalau bleh yang goreng2 je.
panggilan manjanya "APEK"...


SHUHAIDI,wiLdan.
berketrampilan.bijak dalam mengutarakan pendapat.
seorang yg UNGGUL.
suka bernasyid. berJIWA ketua.
merupakan abang dalam kelas.
senang kata, shuhaidi ni memang mantapok la.
serba serbi memang hebat.
cuma koko je malas nak pegi.haha..
pointer xjatuh2.asyik dekan memanjang.


IZZAT ABDUL HAMID.ijat
pendiam.pemalu.
kalau sepatah.jawab juga sepatah.
tak banyak cakap.
prinsip hidupnya.
"cakap banyak, banyak la salahnya, kalau dah salah neraka la tempatnya"
izat seorang yang sangat baik.
idea-ideanya bernas dan relevan.
merupakan kawan aku sejak sekolah menengah.
amat sukar untuk mencari kesalahannya.
ramai wanita-wanita ingin mengganggunya.
tapi jangan harap ijat nak layan..
dalam hati ijat...hanya TUHAN yang tahu apa yang terbuku di hati ini..


SAHAL a.k.a Panjang.
seorang pemain bola tampar yang tinggi lampai.
19lebeh kot.
bejanggut ala-ala tabligh.
suka buat assignment ngan shuhaidi.huhu
agak sukar membawa motor.kaki panjang.
bijak dalam teknik2 meluaskan pandangan.
idea agak bernas.
suka menyakat wanita-wanita di seklilingnya.
nama favret dan panggilan famousnya...PANJANG...

itulah teman-teman seperjuangan dalam kelas aku.
kami hanya berlima.
aZhar ngan FaZli dah kuar hilang entah kemana.
suka duka,
pahit maung,
kami berlima harungi.
yang perempuan tak payah kot aku nak cerita.
korang pikir la sendiri. ramai sangat.
tentang aku akan la korang xtau lagi.
dah baca kisah aku dari aku lahir, mesti dah tau aku camne kan.

setiap hari aku akan sampai awal untuk amek apek kat asrama.
apek ngan aku memang kamcing la.
apa-apa kerja assignment, presentation, kerja dalam kumpulan mesti aku akan bersama apek.
nak rapat ngan shuhaidi macam segan.
sebab shuhaidi pandai orangnya.
kalau tak paham bahasa arab baru tanya shuhaidi.
si panjang biasanya akan menempah awal untuk berassignment bersama shuhaidi.
ijat pula termasuk dalam kumpulan aku.
cuma ijat biasanya akan bersama time buat assignment dan dalam perbincangan yang berkaitan.
kalau kat luar-luar kelas jarang la jumpa.
sebab ijat sangat jaga tingkah lakunya.

begitulah perihal kami sekelas.
masing-masing de kerenah dan tugas yang perlu dipikul.
seberat mana pun dugaan yang datang,
kami tetap layan walaupun mulut bising menyumpah itu ini.
kisdar memang menyeronokkan.
bila terlalu seronok keadaan akan berubah menjadi beronok-ronok.
beronok-ronok pon tetap ada sedihnya.
kesedihan yang di luar lain pula ceritanya?
ape lagi yang nak diceritakan ye..

kalau masuk bab apa yang aku belajar nanti korang boring la pulak.
jadi aku cerita yang luaran je la.
kawan-kawan sekelas yang masih ingat peristiwa-peristiwa penting tolonglah kemukakan.
sebab aku dah kuat lupa sekarang ni.
asyik ingat nak kawin je.
haha..tiadaaaaa..


..................................................................................................


aku lupa nak cerita masa semester 2 di tahun pertama.
aku de masuk sketsa teater untuk assignment bahasa inggeris.
lakonan semuanya dalam bahasa inggeris.
tergeliat jugak la lidah aku nak speaking.
tajuk cerita dia, SinChan and Sakura.
cerita sebenar diambil dari cerita rumah coklat.
cuma kami olah nama karektornya kepada sinchan dan sakura.
ingat-ingat balik memang lawak.haha..
ehh...camne ekk jalan cerita dia.
aku pon lupa..hahaha..
yang aku ingat time tuh..
aku jadi SinChan, saleha jadi Sakura, rohaida jadi pokok.
yang lain-lain aku xingat la..huhu.
sowwy.

ini pula cerita pada akhir semester 1
cerita pasal KOKO pula.
masa SEM1 aku amek koko
REJIMEN ASKAR WATANIAH.
wahh..hebatkan bunyinya..
memang hebat pon.
aku ditempatkan di KEM AMPANG
kalau nak rasa camna askar hidup tryla masuk ASKAR WATANIAH.
kene belasah, tumbuk, kene sepak, mandi air longkang, forkroll, sideroll, bumping knuckle, PT10, PT15,
starjump, jogging satu ampang, kawat berjam-jam, duduk hutan seminggu dengan tak mandi tak tidur, menembak di padang sasar, bukak pasang M16...
tempoh dan sessi latihan selama satu bulan.
langsung tak boleh balik rumah.
seronok bila dah dapat pengalaman.
tapi tak tahan kalau nak pegi lagi untuk berkhidmat.
memang berat kerja-kerja askar.
jadi jangan anggap remeh kerja-kerja askar dalam sessi latihan.
kalau nak tahu teruk atau tidak.
daftar la untuk kemasukan prebet ASKAR WATANIAH.
thanks pegawai-pegawai WATANIAH yang ajar aku untuk disiplin yang kuat.
korang memang best.
aku lulus KOKO dengan kepujian A+.
4jam credit tuh.

..................................................................................................

apa lagi yang indah...?
nanti kita cerita lagi ye..
jumpa lagi di hari2ku yang seterusnya...

Wednesday, September 3, 2008

2002 : KiSDAR

salam

ketemu lagi kita di satu marhalah yang lebih jauh.
kisah kali ini mempertemukan antara kau dan aku dalam
alam kolej. bagaimana aku meniti setiap detik
pahit maung sebelum bergelar graduan Diploma.

Cuti aku kali ini agak berpanjangan.
Maklumlah aku kan baru lepas SPM.
Cari kerja tapi tak dapat-dapat.
aku nikmati percutian yang panjang tanpa ada gangguan.
Pada suatu hari,
tengahari sebelum masuk waktu zohor
sedang aku asyik dibuai lena.

pinn pinnnn!!!

"mesti posmen ni"
macam biasa tugas aku,
keluar dan ambil surat.
agak terkejut bila surat yang tertera di atasnya,
"muhamad firdaus masnan"
jarang sekali surat sebegini rupa menjadi milik aku.
biasanya kalau intan hantar mesti tulis tangan,
pastu di mulakan dengan dedicated to:...bla bla...
aku terus buka.
rupa-rupanya...

..................................................................................................


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
Bandar Seri Putra Bangi, 43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan.


Muhamad Firdaus Masnan.
pemegang kad metrik 0214042.
hari ini aku bergelar mahasiswa.
pelajar tahun pertama Kolej Islam Selangor Darul Ehsan.
sekarang dah naik taraf,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
alhamdulillah.
aku dapat meneruskan agenda pembelajaranku.
aku bagitau emak.
emak gembira, abah pon begitu juga.

aku duduk di asrama pada awal semester.
ini kerana sudah menjadi syarat wajib untuk setiap pelajar baru menduduki tahun pertamanya,
untuk menginap di asrama.
mana-mana U atau kolej pon sama je kan!
Peraturan tetap perauran.
Aku perlu ikut.

Tapi tak sampai sebulan pon.
seminggu selepas orientasi,
aku terus bawa motor.
Mak hadiahkan motor Sport100cc.
sungguhpon motor third hand, dengan pemilik sebelumnya menggunakan
motor itu untuk membawa gas, tapi aku tetap berterima kasih buat emak.
kerana hadiah ini merupakan hadiah termahal pernah aku miliki.
dalam kepala otak, puas pikir.
camne aku nak kasi cantik motor ni.
tak kesah la.
janji bleh bawak pergi asrama, pergi kuliyah dan ulang alik kisdar-serdang.
jadi, tiap-tiap minggu aku akan menghirup udara Serdang.
pantang jumaat mesti aku dah terpacak kat rumah.

Sem 1 dip Quran&Sunah 2002

dari kiri, aku, *farid, *razali, syuhaidi, apek, izat
pompuan :......
cameraman : panjang.

pada Tahun pertama ku,
pembalajaran terasa amat berlainan.
tidak membosankan.
seronok.
mudah menerima.
agak senang.
semangat masih membara.
keputusan amat memberangsangkan.

Sem 2

cameraman: panjang.
panjang sangat ke?

kawan-kawan yang entah dari suku sakat mana.
hulu banat mana.
tapi semuanya ramah.
masing-masing ingin berkawan.
tidak kira lelaki ataupon perempuan.
sangat seronok.
di Kisdar pergaulanan tidak terhad dan terbatas.
kami boleh bergaul dengan sesiapa.
tapi perlu diingat.
bukan pergaulan bebas yang aku maksudkan.
tapi pergaulan dalam kumpulan yang sedang membahaskan tntang ilmu
atau membentuk satu assignment dalam kumpulan.
dari sini aku belajar bagaimana mengenal tesis ringkas dan presentation.
membentangkan sebuah tajuk yang telah dikhususkan dikhalayak ramai.
antara kawan-kawan seperjuangan di dalam kelas tahun pertama.
Akmal(svelte), Syuhaidi, Sahal(panjang), Izat.
putera ada 7orang, 2lagi aku lupe sebab diorg tak lama kat kisdar.
perempuan pula ramai sangat.
paham2la kan.
so sape2 yang de bace entry ni, letak la nama korang kat comment yek.

aku dapat keputusan yang baik.
biasala kan.
mula-mula.
semangat masih membara.

apa benda baru yang dapat aku belajar.
owhh..
tentang soal income.
buat pertama kalinya.
aku memohon PTPTN.
aku juga memohon MAiS.
alhamdulillah.
kedua-dua pinjaman dan biasiswa ini telah di luluskan.
aku rasa senang.
duit sentiasa ada di poket.
pembayaran setiap semester juga teratur.
duit banyak,
hati senang.
aku tidak lagi menyusahkan mak dan abah.
segalanya cukup untuk membahagiakan aku dan semua.

antara pengalaman di tahun pertamaku.
aku masih ingat dan segar dalam ingatan.
aku pernah di offer untuk berlakon sebagai watak budak jahat untuk layar teater
sambutan Merdeka.
berlakon memang sudah sebati dengan jiwa aku.
bagi saja watak apa pon. aku tidak pernah kaku.
cuma kali ini lakonan yang perlu disembahkan di khalayak ramai,
antara tetamu yang diundang adalah...

A.Samad.Said.

wahhh!!!...
itula detik pertama dalam sejarah.
aku dinilai oleh seorang karyawan seni penulis tanahair yang sedang hangat diperkatakan.
sungguhpon aku antara pelakon utama yang di bariskan dalam layar teater ini,
aku tetap menunjukkan kehebatan di luar batasan.
promo la ni..
kot2la de pengarah filem terbaca blog aku ke kan...
untung-untung bleh ganti watak M.Rajoli. hahaha.
ala-ala islamic gitu.cewahh..
Penceritaan dalam teater itu berkisar tentang keMerdekaan.
kami tetap di tonton dan menerima tepukan gemuruh yang agak padu.
yang handle teater ini senior tahun akhir aku, Mohd Shahdan.
dah la aku sorang je pelakon tahun pertama.
camne bleh aku terpilih, aku pon lupa.
ehek2...konon-konon macam misteri la tu.

pensyarah-pensyarah di tahun pertama ku,
semuanya baik-baik.
tidak ada yang syadid(kedekut markah),
tidak ada yang menindas.
kalau pensyarah jahat,
awal-awal lagi dah jadi perompak kan!!..
method penyampaian nampak garang,
tapi di hatinya telus untuk mengajar anak bangsa.
menjadi seorang berguna.
terima kasih semua pensyarah yang mengajar
tahun pertama 2002, semester 1&2.
jurusan dip.Al-Quran&Sunnah.

ini kisah aku di KiSDAR!!
semester 1...
semester berikutnya bagaimana pula.
ada gossip panas tak?...

Tuesday, September 2, 2008

PESANKU DI RAMADHAN

assalamualaikum semua...



HAi TAWAN-TAWAN,

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA & MENDAPAT KEBERKATAN DARI-NYA..SAMA-SAMA KITA MEREBUT PELUANG BERIBADAH SEBANYAK MUNGKIN UNTUK MENGEJAR PAHALA ALLAH YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA. PADA TAHUN INI AKU BUAT KALI KETIGA NYA BERPUASA DI BUMI ANBIYA' MESIR. OLEH ITU AKU INGIN BERPESAN-PESAN BUAT KAWAN-KAWAN SEMUA MOGA KALIAN MELAKSANAKAN IBADAH PUASA DENGAN BAIK DAH KHUSYU'. REBUTLAH PELUANG UNTUK DI SIANG DAN DI MALAMNYA. KERANA HANYA DI BULAN RAMADHAN INI ALLAH MENYEDIAKAN PELBAGAI KEISTIMEWAAN DAN GANJARAN YANG SANGAT BESAR PAHALANYA. INGAT!! HANYA SEBULAN...CUMA SEBULAN...CEPAT-CEPAT MEREBUT PELUANG UNTUK MELETAKKAN KITA DEKAT DENGAN ALLAH, DEKAT DENGAN SYURGA ALLAH. AMINN YA RABB.. PESANKU...
JANGAN CURI-CURI

JANGAN MALAS-MALAS


JANGAN KUAT


JANGAN ASYIK


JANGAN PANAS


BANYAK-BANYAKLAH BERSABAR...


MESTILAH SENTIASA...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa
umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.


Oleh itu AKU terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jika AKU ada berbuat
kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan, semoga kita
dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah
S.W.T, insyaallah.



SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA



TINTATULUS
edoi84theology&keluarga

Saturday, August 30, 2008

HiKMAH PUASA




salam

HIKMAH PUASA RAMADHAN
Oleh Syed Hasan Al'Atas

"Wahai orang-orang yang beriman !Diwajibkan kepada kamu
puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang
sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."
(Surah al-Baqarah:183)

PUASA menurut syariat ialah menahan diri dari segala sesuatu yang
membatalkan puasa (seperti makan,minum,hubungan kelamin,dan sebagainya)
semenjak terbit fajar sampai terbenamnya matahari,dengan disertai niat
ibadah kepada Allah,karena mengharapkan redho-Nya dan menyiapkan diri
guna meningkatkan Taqwa kepada-Nya.

RAMHADAN bulan yang banyak mengandung Hikmah didalamnya.Alangkah
gembiranya hati mereka yang beriman dengan kedatangan bulan Ramadhan.
Bukan sahaja telah diarahkan menunaikan Ibadah selama sebulan penuh
dengan balasan pahala yang berlipat ganda,malah dibulan Ramadhan Allah
telah menurunkan kitab suci al-Quranulkarim,yang menjadi petunjuk bagi
seluruh manusia dan untuk membedakan yang benar dengan yang salah.

Puasa Ramadhan akan membersihkan rohani kita dengan menanamkan
perasaan kesabaran,kasih sayang,pemurah,berkata benar,ikhlas,disiplin,
terthindar dari sifat tamak dan rakus,percaya pada diri sendiri,dsb.

Meskipun makanan dan minuman itu halal,kita mengawal diri kita
untuk tidak makan dan minum dari semenjak fajar hingga terbenamnya
matahari,karena mematuhi perintah Allah.Walaupun isteri kita sendiri,
kita tidak mencampurinya diketika masa berpuasa demi mematuhi perintah
Allah s.w.t.

Ayat puasa itu dimulai dengan firman Allah:"Wahai orang-orang yang
beriman" dan disudahi dengan:" Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang
bertaqwa."Jadi jelaslah bagi kita puasa Ramadhan berdasarkan keimanan
dan ketaqwaan.Untuk menjadi orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah
kita diberi kesempatan selama sebulan Ramadhan,melatih diri kita,menahan
hawa nafsu kita dari makan dan minum,mencampuri isteri,menahan diri dari
perkataan dan perbuatan yang sia-sia,seperti berkata bohong,membuat
fitnah dan tipu daya,merasa dengki dan khianat,memecah belah persatuan
ummat,dan berbagai perbuatan jahat lainnya.Rasullah s.a.w.bersabda:

"Bukanlah puasa itu hanya sekedar menghentikan makan dan
minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong
dan
kata-kata kotor."
(Hadith Riwayat Ibnu Khuzaimah)

Beruntunglah mereka yang dapat berpuasa selama bulan Ramadhan,karena
puasa itu bukan sahaja dapat membersihkan Rohani manusia juga akan
membersihkan Jasmani manusia itu sendiri,puasa sebagai alat penyembuh
yang baik.Semua alat pada tubuh kita senantiasa digunakan,boleh
dikatakan alat-alat itu tidak berehat selama 24 jam.Alhamdulillah dengan
berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama
12 jam setiap harinya.Oleh karena itu dengan berpuasa,organ dalam tubuh
kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.

Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesehatan
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah
ditetapkan,jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin
ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:

"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan
sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-
lebihan."
(surah al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:

"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar,dan bila
makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh
kita.Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa
muzarat kepada kesehatan kita.Boleh menyebabkan badan menjadi
gemuk,dengan mengakibatkan kepada sakit jantung,darah tinggi,penyakit
kencing manis,dan berbagai penyakit lainnya.Oleh itu makanlah secara
sederhana,terutama sekali ketika berbuka,mudah-mudahan Puasa dibulan
Ramadhan akan membawa kesehatan bogi rohani dan jasmani kita.
Insy Allah kita akan bertemu kembali.

Allah berfirman yang maksudny:"Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran
itu,dan yang memisahkan antara kebenaran daengan kebathilan.Barangsiapa
menyaksikan (bulan) Ramadhan,hendaklah ia mengerjakan puasa.

(surah al-Baqarah:185)


Selamat Menyambut Ramadhan.
hiasi iman dan taqwa dengan amal ma'ruf dan tinggalkan segala kemungkaran.


wallahua'lam

Wednesday, August 27, 2008

DiALOG RAMADHAN




salam


DIALOG RAMADHAN DI HADAPAN ALLAH


Di akhirat semua amal kebajikan boleh dilihat dan ditimbang.
Amal kebajikan datang dengan rupa dan paras yang sangat elok seperti
bulan purnama; sementara amal kejahatan kelihatan amat buruk dan busuk.

Ramadhan merupakan satu bulan di mana amalan puasa diwajibkan.
Pada hari kiamat ia kelihatan amat cantik.
Satu ketika Ramadhan datang ke hadrat Allah s.w.t.
memohon sesuatu "recommedation" bagi manusia
yang berpuasa di bulan Ramadhan.
Allah bertanya : Apa hajat kau ya Ramadhan?.
Ramadhan meminta Allah memakaikan mahkota kepada
setiap orang yang berpuasa di bulan ini. Allah lantas
perkenankan dengan mengurniakan 1000 mahkota kepada
setiap pengamal puasa di bulan Ramadhan.
Di samping itu ada tambahan lain iaitu setiap orang diberikan
syafaat untuk membebaskan 70,000 orang yang berdosa besar.
Kemudian dikahwinkan setiap orang dengan 1000 bidadari yang rupawan.
Setiap bidadari itu dilayan oleh 70000 dayang-dayang.
Untuk kelengkapan menerawang di syurga
mereka diberikan kenaikan BUROQ sebagai kapal terbang.

Ramadhan masih tegak tidak berganjak. Allah bertanya
"Apa lagi kehendakmu ya Ramadhan?"
Ramadhan meminta Allah menempatkan pengamal
puasa Ramadhan supaya ditempatkan bersama Nabi di Syurga FiRDAUS.
Allah memperkenankan hajatnya dengan tambahan setiap orang diberi
100 bandar daripada permata merah ya'qut.
Setiap bandar pula dilengkapkan dengan 1000 mahligai.
Betapa hebatnya pengurniaan Allah terhadap
orang yang berpuasa di bulan Ramadhan.

--------------------------------------------------------------------------------

Pengajaran dan Istifadah:

1. Setiap amal kebajikan akan memberi pertolongan kepada
pengamalnya sama ada di dalam kubur atau di akhirat kelak.
Fadhilat Ramadhan amat banyak tidak terbatas.
2. Amalan puasa diberikan balasan tanpa had.
3. Mengosongkan perut kerana mengharap keredhaan Allah adalah satu amalan
yang terpuji.
4. Balasan bagi orang berpuasa di bulan Ramadhan atas hak Allah teristimewa
dalam Lailatul-Qadr.
5. Orang berpuasa tinggal bersama nabi di Syurga FiRDAUS.
6. Mereka tinggal dalam kediaman yang tidak dapat digambarkan dengan
mata kepala bersama bidadari dan kenaikan yang paling canggih.
7. Amat rugilah mereka yang tidak berpuasa dengan adab yang betul sepanjang
Ramadhan ini.


renung2kan dan selamat beramal...

Tuesday, August 26, 2008

1997 - 2001 : Kesimpulan

haii!!kisah CiNTa+jiWang+JaMBu aku.
tak malu baca la.



ini kisah langsung tidak masuk tentang perihal sekolah.
mungkin terlalu banyak kisah tertangguh.
terlalu banyak membuat pembaca tertanya-tanya.
penulis meninggalkan soalan, tapi tiada jawapan.
segalanya akan terjawab pada kesimpulan ini.

Soalan ini aku tinggalkan pada darjah2Mursyid,
"sungguh manis tidak terperi.
bagaikan gula batu melekat di anak tekak.
manisnye...bersemut2 mata aku.
di celahan sinar matanya ade kilau2an yg terpancar di setiap pelusuk jiwa n raga ku.
siapakah gadis yang membuatkan aku jatuh hati?
still ingat lagi kan?...

dia lah,
INTAN hazrina.
lahir pada 1/7/1984.
budak bijak+cerdik.
agak Comey.
suka minum Orange Juice.
minat makan LAKSA.
periang dan berspectacle.

untuk soalan tingkatan5,
"tingkatan5 aku dah tak de couple2.
aku dah tak fikir apa2.
malas nak layan"
sebab??
sengaja aku tinggalkan persoalan ini...
dan jawapannya...
sebab aku yakin yang dia akan jadi milik ku satu hari nanti.
Intan oh intan.

mungkin cukup dan membuatkan semua paham kan!
okay,
kita tinggalkan jawapan-jawapan itu.

lupakan yang lama,
kita singkap imbauan yang baru.

ini kisah bagaimana aku kenal si intan dan confirm couple.

okay...
masa aku berumur 15tahun.form3.
waktu cuti sekolah,
Sekolah Menengah Sri Serdang ada buat Hari Kantin.
maklumlah, aku kan bersekolah di KLANG.
jadi aku tidak sehaluan lagi dengan kawan-kawan di SERDANG.
aku dijemput kawan-kawan lama untuk turut hadir ke majlis itu.
kot kot la jumpa kawan-kawan lama.
boleh tanya khabar atau bersembang panjang.
jumpa la ramai kawan-kawan lama.
masing-masing dah punya perwatakan yang berbeza.
dengan cara membeli menggunakan KUPON.
aku puas menikmati juadah yang berbagai-bagai.
bila sudah kenyang, aku pon mahu pulang.
tiba-tiba...

"daussssssssss!!! dausss!!!"
dausssssssssssssss!"


aku dengar suara jeritan orang memanggil.
entah dari mana.
aku pandang kiri kanan.
nampak lah sekelompok budak-budak perempuan.
tapi dalam hati, tak mungkin la diorang tiba-tiba panggil aku.
aku buat tal peduli.
terus balik rumah dengan hati yang masih tertanya-tanya.
siapakah gerangan yang menjerit menyebut-nyebut nama aku?
langsung tak tenteram.


kring kringggg!!!!!!

baru saja aku nak berehat,
telefon rumah pula berdering.
aku terus angkat.
tiba-tiba aku dengar suara seorang perempuan.
dalam benak,
tak mungkin ini perempuan tadi.
enggak bisa.

"ini firdaus ke?"

subhanallah...
jantungku berdegup kencang.
aku langsung senyap.
si dia terus bertanya

"kenal ke siapa ni?

tanpa memikir panjang aku terus meneka.

"saya rasa saya kenal"
si dia terus menyapa "teka la siapa?"
lantas dengan yakin aku terus menjawab...

.............................................................................

haus laa..
nak minum air jap.
panas betul musim panas ni.
dah tidak berbaju pun masih terasa bahang .
ohhh...
di mana ye kita tadi..
jangan marah.
saja buat suspen!!..
izin untuk aku sambung balik ye.hehe...

............................................................................


lantass!!
"ini INTAN hazrina kan!!"
si dia terkejut.
sebab suaranya agak terperanjat.
bla bla bla...
zassssssssssssss!!
aku terus tackle smpai tergolek-golek.
awek yang aku idam-idam dah depan mata.
akan la aku buat tak reti je kan.
aku layan sampai dapat la.
berguni-guni surat aku layangkan,
berjela-jela bil tipon rumah aku kerjakan,
berkotak-kotak crayon dan colour pencil aku lakarkan.
semuanya untuk dia.
sungguhpon pada tingkatan 4 dia berpindah sekolah.
si dia di MRSM,Taiping, aku pula di Klang,
tapi kami sering rasakan yang berjauhan bukan lah satu penghalang.
akhirnya.
aku berjaya bertakhta di hatinya.
yessss!!!!!!!...



mungkin ini lah yang di katakan CiNTA pertama antara aku dan dia.
aku terus asyik di buai mimpi-mimpi indah.
bermacam-macam mehnah, suka, duka,
selama 3tahun kami bercanda.
semua itu terlalu awal untuk diungkap.
kerana perjalanan masih jauh.
sungguhpon aku telah menuai perasaan cinta sejak di darjah 3.
tapi aku kembali mendapat hasilnya sekembali di tingkatan 3.
sangat lama kan.
kisah yang langsung sukar untuk dilupakan.
inikan pula di tanam hidup-hidup bersama kenangan-kenangan indah.
tapi apakan daya.
apa yang kita inginkan biasanya bukan menjadi milik kita yang kekal.
mungkin sekadar mainan untuk dijadikan persembahan dalam hidup.

alhamdulillah.
aku banyak belajar dari kesilapan lalu.
aku banyak perbaiki dari kisah hidupku.

aku dan dia sepanjang 1999-2001 masih bercinta.
mesti korang ingat aku dah xde pape kan.
sabar2.
ada banyak kisah lagi tentang CINTA kami.
macam pisang goreng.
makan panas-panas kan sedap.
inikan pula masa bercinta.

korang mesti tertunggu-tunggu untuk aku teruskan kisah cinta aku dengan dia kan.
minta maaf la ye.
inikan hanya kesimpulan.
jadi ringkas-ringkas aja.
macam SPM la.
dalam kertas karangan, bahagian RUMUSAN.
kan tak boleh lebih 150patah perkataan.

nak tahu kisah aku lagi.

JOM kita ke layar 2002...

mari beristighfar sama-sama.
astaghfirullahalazim3X...

Monday, August 25, 2008

SUARA SUBUH



salam.

CETUSAN SUARA SUBUH

Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain,
aku menyambut kedatangan
seorang tetamu tetapku.
"Assalamualaikum", seru Subuh.
"Wa'alaikumsalam", sahutku.

Dan kami terus berpelukan,
tanda rindu serta kasih sayang.
Kutanya khabar Subuh,
bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.
"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "...
aku baru sahaja melintasi satu tempat.

Kucari tempat persinggahan,
kuketuk rumah-rumah yang sunyi,
tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."
Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah aku
menyambutmu dengan penuh
rasa kegembiraan?
Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.

"Oh ya,
tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai.
Orang-orangnya sepertimu,
menyambutku dengan penuh kesukaan,
menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan.
Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud,
puas kucari dibumi lain,
tapi jarang kujumpa.
Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku
fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail,
jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai.
Tapi aku ada Roti Shiyam", cadangku pada Subuh.

Subuh menolak dengan hormat.
"Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.

"Baiklah,
ambilkan aku sedikit,
serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan",
pinta Subuh.

Aku agak sugul,
bagaimana harusku beritahu pada Subuh,
yang Mata Air tangisan sudah hampir kekeringan akibat
kemarau Maksiat yang berpanjangan?
Namun, aku tetap menjenguk ke dalam Perigi yang
memuatkan Mata Air tersebut.
Aku terkejut.
Perigi tersebut hampir separuh penuhnya.
Dan aku berdetik
didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?
Tanpa berlengah lagi
kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi,
dan kusuakan manisan yang dipintanya.
Selesai menjamah kesemuanya,
Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya
denganku?
Aku memerlukan teman dalam kesunyian.
Akan kulayan kau dengan sebaiknya,
wahai Subuh".
Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku
tidak akan terpenuhi.
"Aku perlu menziarahi ramai orang,
dan ramai lagi yang memerlukan
kehadiranku untuk mengubati rindu mereka,
sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh.
"Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,
"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"
"InsyaAllah", jawab Subuh,"...
bukankah aku kekasih yang kau rindui?"
Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.

"Assalamualaikum", seru Subuh.

"Waalaikumsalam", jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh,
yang semakin laju dengan setiap langkah.
Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.


[P|S] : Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar,
Magrib dan Isyak?

aku sugul.

MAHA suci ALLAH yang mentadbir alam.

renung2kan dan selamat beramal...

FORM5 : 2001



nukilan terakhir babak babak di alam persekolahan.
ku tinggalkan semalam, demi dini hari.
ku tinggalkan hari ini demi sebuah kehidupan.
putaran sentiasa berlegar.
tidak pernah terhenti mahu pon sedetik.
semalam, hari ini, esok.
silih berganti tanpa jemu.
kita manusia asyik dengan dunia.
terlalu mendambakan sesuatu yang tentunya bukan milik kita.
apa pula kata dunia?...

tinggalkan tentang kerenah alam,
lupakan makhluk yang sering mengejar dunia.

fuhhhhh!!...
aku menghela nafas panjang.
17 tahun kini.
terima kasih.
tuhan masih memberi sehela nafas yang panjang utk aku terus
menyedut dan menghembus udaraNya.
aku suka kerenah dunia.
aku suka telatah manusia.
aku suka melihat.
aku suka mendengar suara hati.
kagum langsung terpanar.

seperti biasa tepat jam 5pagi aku dan kawan-kawan bangun.
agak susah untuk mengukir senyuman.
inikan pula melihat sinaran lampu kalimantang.
arghhhhh..!!
sakitnya mata ini.
empuk sungguh balutan selimut berkiaskan khinzir.
mahu saja ku sambung sampai esoknya.
disimbah, dimandikan sudah menjadi kebiasaan.
mahu atau tidak itulah peraturan asrama.
bangun awal.
mandi.
dan bersiap-siap untuk ke surau.

tugasan harian untuk azan, imam dan memberi tazkirah telah disusun rapi.
giliran aku juga tidak diketepikan.
aku kan senior.
siapa lagi kalau bukan aku di antara orang-orangnya.
begitulah etika sewaktu mengerjakan ibadah.
peraturan dunia mungkin boleh disangkal.
tapi hukum ALLah, jangan sekali.

alhamdulillah.
aku bersyukur.
aku di sistemkan dalam fikrah islam.
inilah yang dikatakan rezeki dari ALLAH.
datang bergolek tidak mengira siapa.

aku kenal ma'thurat,
aku kenal zikir,
aku kenal solat2 malam,
aku kenal usrah,
aku kenal sunah.

tahun ini aku perlu menghadapi satu fenomena besar.
peperiksaan Sijil Penilaian Malaysia(SPM).
inilah kebiasaan dan bagi setiap pelajar2 sekolah akan risau.
fikir setiap hari camne nak skor.
tapi jalan untuk skor banyak dihabiskan dengan relax.
cakap tak serupa bikin!!
seminar itu ini,
nasihat itu ini,
matlamat menggunung, perlaksanaan tetap sama.
memang me LAYU.
aku cakap untuk diri aku tau..
korang semua OK! nothing 2wurried...

tingkatan5 aku dah tak de couple2.
aku dah tak fikir apa2.
malas nak layan

sebab...???
jawapan akan disambung pada kesimpulan 1997-2001.

......................................................................................

tiap-tiap malam sibuklah aku dengan bukuan latih tubi.
aku dan rakan seangkatan sering berbincang.
boleh kata rajin la.
dah tak de main-main.
SPM mesti skor.hhuhu..
beriya-iya je aku.
nampak gaya nya macam bleh dapat 15A1.
walau apa pon, usaha itu penting.
kalau dah usaha, doa dan tawakal.
terima saja dengan hati terbuka.
sebab pintu-pintu khikmah mudah menerima.
maknanya kalau kantoi pon,
bleh la aku cakap,
"mungkin ada khikmahnya"
ALLAH itu MAHA ADiL kan..
meletakkan sesuatu itu betul pada tempatnya.

sebelum melabuhkan jemari jauh dari papan kekunci ini..
izinkan aku berterima kasih khusus
buat guru-guru sekolah menengah ibn khaldun.
pengetua Abdullah Thaidi
cikgu Razak
ustaz Mazlan
ustaz Daniel
Teacher Muzlifah
cikgu nailah
cikgu matematik
ustaz Asri
jasamu ku bayar dalam doaku.
moga sihat dan tidak jemu jemu melayan kerenah anak bangsamu.

cerita time besar-besar nih dah tak sama macam budak-budak kan?
macam hambar.
kurang riang.
kurang manisan.
entahla. aku pon mati akal nak cerita.
taip sikit-sikit.
pastu berhenti.
fikir-fikir.
dah macam ahli fikir.
terdetik ditulis.
terpanar melengkar.
jauhhhhh nun di sana.
entah hilang kemana.

keputusan SPM aku alhamdulillah.
semuanya tertera di dalam sijil.
paham-pahamla kan.
agak menghiburkan,
tapi ada yang menghambarkan.
yang penting aku dah buat yang terbaik.
untuk diri aku.
untuk mak abah.
untuk keluarga.
untuk negara.
untuk semua umat islam.

kemana pula aku selepas ini.?
adakah bercuti sampai mati.?
adakah berkerja menikmati mainan duniawi.?
adakah berkahwin.?
adakah menelan udara lalu menghembus di setiap sudutnya?

selamat tinggal alam persekolahan.
ketemu lagi di lena yang panjang.
entah kan hari ini, entah esok lusa atau entah kan tidak...

aku benar bingung dan ingin benar bertemunya.
rinduu.
izinkan aku.
mahukan ketenangan yang panjang.
bertemu ya RABB, ya tuhankuu..

solat isya'.

Sunday, August 24, 2008

JiBRAiL

salam

JiBRAiL.

Allah SWT menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang,
sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000 sayap).
Setelah itu Jibrail alaihi salam memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh,
dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu,
akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja,
dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga.
Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha dalam ibadah dan amalan...
Moga2 kita termasuk dalam golongan jannatul ma'wa bersama-sama penghuninya.
Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan lima perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al- Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).


wallahu'alam.

renung2kan dan selamat beramal...

J.O.D.O.H



.salam.

JODOH

Tidak,
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.
Hanya belum sampai masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke
seberang. Kalau panjang jambatannya
jauhlah perjalanan kita. Ada org
jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah
terlalu lewat. Dan usia 35
tahun belum apa2 kalau sepanjang usia
itu telah digunakan untuk
membina kecemerlangan. Nyatakanlah
perasaan dan keinginan anda itu
dalam doa2 lewat sembahyang. Allah
mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk
lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh
asalkan mendapat pilihan yang betul dan
biar seorang diri drpd menjadi mangsa
lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu
sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat
ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat apa yang kita inginkan
itu, ia juga dtg bersama
masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta
mewah dan terdetiklah di hati
kita, bahagianya org itu. Hakikatnya
apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah kita ditimpa
pelbagai kerenah. Tidak mustahil
pula org yang memandu kereta
mewah(walaupun sebenarnya tak mewah)
terpaksa membayar lebih tatkala berhenti
untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga
biasa, dia terpaksa membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan
jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh
di hadapan. Anda pun mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya
menunggang sebuah motosikal seperti
itu dan cepat sampai ke tempat yang
dituju. Padahal si penunggang
motosikal mungkin sedang memikirkan
bilakah dia akan memandu kereta di
tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka
membahagiakan itu benar2 membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda,
pasti ada baik buruknya.



Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab
ia dibenarkan oleh agama,
sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul
untuk melepaskan shahwat di
samping membina sahsiah dan sebagainya,
tapi ia juga buruk sebab ramai
org yang berkahwin hidupnya semakin
tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik
sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan
Kabul selain menghalalkan
hubungan kelamin, tanggungjawab yang
terpaksa dipikul juga turut
banyak? Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa
seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali
perkahwinan masing2 padahal dahulunya
mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada
yang sanggup berkorban apa sahaja
asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri
tidak usah berkahwin dulu.
Jika merasakan diri belum cukup ilmu
untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah dulu. Jika rasa2 belum
bersedia untuk bersabar dgn kerenah
anak2, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia
untuk melangkah tetapi telah
melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan
tidak jumpa akar berpaut
tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang
benar2 mengerti tuntutan2nya.

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak
putus2 bagi yang menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman,
mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan
insan kepada kesempurnaan insan - bagi
yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan
Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana
perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh
usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia akan datang menjemput, namun
perlu juga anda membuka
lorong2nya agar jemputan itu mudah
sampai dan tidak terhalang. "

"Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita
pelangi.."


renung2kan dan selamat beramal...